Header Ads

Kelantan Cuti Peristiwa Ahad Sempena Final Piala F.A



Sebelum DVII sampai ke rumah lagi, DVII sudah menjangkakan yang Kerajaan Negeri Kelantan akan mengisytiharkan cuti kepada seluruh rakyat Kelantan walaupun tewas di Perlawanan Akhir Piala F.A yang berkesudahan dengan Terengganu 2 - 1 Kelantan dalam perlawanan yang penuh dramatik berlanjutan ke masa tambahan.

DVII dah terdetik yang esok Kelantan bakal cuti demi keselamatan pulang rakyat jelatanya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang...Terengganu usah cakaplah, dah jadi Juara, pasti Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berikan Cuti Peristiwa juga kepada rakyat Terengganu di atas kejayaan pasukan bolasepak nya menjuarai Final Piala F.A malam td.

DVII sampai dirumah terus online tengok akhbar-akhbar nak tahu sama ada Terengganu dah isytiharkan cuti peristiwa atau pun tidak...tapi DVII terperasan yang Kelantan pula bakal mendapat Cuti peristiwa setelah diumumkan Lebih awal iaitu petang sebelum perlawanan Akhir Final Piala F.A berlangsung...

Kerajaan Negeri Kelantan betul-betul menjaga kebajikan rakyatnya yang pergi berpusu-pusu berkilometer ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan bola The Red Warriors agar dapat pulang semula Kelantan dengan selesa dan selamat tanpa mengejar masa untuk bekerja keesokan hari...

Tahniah kepada pasukan The Red Warriors atas persembahan yang bersemangat walaupun telah mendahului akhirnya terpaksa kalah di masa tambahan kepada Terengganu 2-1. Teruskan usaha di masa hadapan... ;-)

Kelantan dah cuti...Terengganu macam mana??? confirm cuti kan....Juara tue.....

ni antara berita yang DVII ambil dari Utusan Online


Kelantan cuti peristiwa esok sempena Piala FA
11/06/2011 4:43pm

KOTA BAHARU 11 Jun — Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini. - Bernama



tags : cuti peristiwa, kelantan dapat cuti peristiwa, terengganu dapat cuti peristiwa, kelantan cuti bola sepak, terengganu cuti juara bola sepak, terengganu cuti esok, kelantan cuti esok, f

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.