Kutipan Akhir Filem KL Gangster : Jumlah RM12 juta | defarhano.com
D7

Selasa, 14 Jun 2011

Kutipan Akhir Filem KL Gangster : Jumlah RM12 juta




UPDATE Selasa 12 Julai 2011
Kutipan Akhir Filem KL Gangster boleh dikatakan secara rasminya RM12 juta untuk tayangan di Malaysia sahaja dan Syamsul Yusof kini layak digelar The Six Million Dolar Guy menyaingi kehebatan bapanya Datuk Yusof Haslam The Six Million Dollar Man seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam.

Maka kini berakhirlah spekulasi mengenai Kutipan Filem KL Gangster yang bermain di fikiran peminat filem tempatan. KL Gangster kini gah menakluki carta tertinggi sejarah kutipan filem tanah air dengan RM12 juta diikuti Kutipan Filem Kongsi RM8.5 juta. Tahniah buat Syamsul Yusof, semoga maju jaya demi membangunkan industri perfileman di tanah air!!!


UPDATE Jumaat 8 Julai 2011
Melalui sumber yang telah dikeluarkan di akhbar, Kutipan KL Gangster di Singapore tidak termasuk dalam jumlah hampir RM12juta yang diperolehi sehingga kini, kerana tayangan Filem KL Gangster di Singapore telah dijual kepada pihak berwajib tayang disana... Sangat-sangat rugi rasanya....berapalah yang Syamsul jual untuk Filem KL Gangster kat sana erk?..???double cost jadi RM3 juta...macam rugi je RM3juta...HeHeHe
Kutipan Tiket KL Gangster di laman web FINAS tertera RM11.62 juta, masih belum diupdate untuk Kutipan Akhir KL Gangster okay.(",)


UPDATE Sabtu 2 Julai 2011
KL Gangster
memerlukan lagi RM400 ribu dari Sabtu 2 Julai ke Rabu 6 Julai untuk mencapat kutipan RM12 juta, kerana setakat hari ini, kutipan KL Gangster telah sah mencecah RM11.6 juta dengan jumlah 1.2juta orang yang menonton Filem KL Gangster di 81 pawagam seluruh negara.(Tidak termasuk kutipan di Brunei dan Singapura)

Baca mengenai KL Gangster catat RM11.6 juta kutipan tiket, 1.2 juta penonton dalam 3 minggu di Utusan Online hari ini.



"SEJARAH TERLAKAR."KL Gangster catat RM11.6 juta kutipan tiket, 1.2 juta penonton dalam 3 minggu."UTUSAN MALAYSIA m/s 12 hari ini.INI KEJAYAAN 'KITA' ANAK MALAYSIA.KEEP ON SUPPORTING GUYS!!HIDUP FILEM MALAYSIA!" - Syamsul Yusof 2 Julai 2011

________________________________________________________________________
UPDATE Rabu 29 June 2011
Tempoh tayangan KL Gangster di pawagam berdekatan anda adalah sehingga 6 Julai 2011. Maklumat ini DVII ambil dari laman web rasmi GSC, yang mana jika dilihat sehingga 6 Julai ianya masih lagi terdapat untuk 3 waktu slot 1 hari dan ini bermakna KL Gangster bermain di pawagam selama 1 bulan sejak 9 Jun 2011.
Tahniah KL Gangster! Sudah berapakah kutipan rasmi KL Gangster sehingga hari ini ye?? RM12 juta?? mesti punya...takkan kutipan tak bergerak² (",)

Antara kata-kata dari Fan Pages Syamsul Yusof
"Deklarasi rentetan dari timbunan pertanyaan daripada semua.Kutipan KL GANGSTER untuk 14 hari ialah RM11.5 Juta secara kasarnya tanpa dikira kutipan di Brunei & Singapura.KL GANGSTER-Prekual akan mula pengambaran pada OKTOBER ini,selepas Hari Raya Aidilfitri.War-warkan pada semua.TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!" - Syamsul Yusof 29 Jun 2011


"Buat semua yang mengikuti perkembangan karya-karyaku,selepas KL GANGSTER,pada bulan 11 ini,AKU BUKAN TOMBOY;lakonan Shaheizy Sam,Scha Al Yahya dan aku sendiri akan berada di pawagam.InsyaAllah pada tahun 2012 pula,BOHSIA 2-JALAN KEMBALI,KL GANGSTER-Prekual & satu filem seram yang masih difikirkan tajuknya akan menyusul,insyaAllah.DOAKAN YANG TERBAIK KERANA AKU MAHU BERIKAN YANG TERBAIK!" - Syamsul Yusof 29 Jun 2011

Yang ini pula print screen Kutipan Filem KL Gangster dari laman web FINAS yang baru diupdate pada 29 Jun 1:45 Petang berjumlah RM11.47 juta tapi DVII jangkakan Filem KL Gangster akan buat kutipan akhir RM12 juta ke atas...


UPDATE Rabu, 22 June 2011

Kutipan Terkini Filem KL Gangster sehingga 22 June melebihi RM11 juta dan semoga ia mampu mendapat Kutipan tiket RM12 juta pula dalam tempoh 14hari tayangan di pawagam.

DVII dengar khabar yang penggambaran KL Gangster Pre-quel akan dimulakan pada Oktober 2011 ini dengan pelakon yang dijemput turut serta ialah Rosyam Nor. Apa kata Syamsul Yusof masukkan sekali Zul Huzaimy yang pernah memegang watak Spark dalam Filem Remp-it selain membawa pelakon popular tanah air Shaheizy Sam yang pernah berlakon dalam KL Drift 2 siap dapat Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik lagi...

Apa² pun pilihan dan jalan cerita KL Gangster 2 moga-moga terbaik dari Syamsul DVII doakan. Dan pastikan hari ke-15 Filem KL Gangster tetap tidak ditayangkan di Astro First kerana ia akan mengurangkan kutipan filem KL Gangster disebabkan ramai yang akan merekod/rakamkan apa nak sebut pon DVII tak tau...Rip kot Filem KL Gangster itu dan upload di website supaya mudah orang ramai untuk mendownload Filem KL Gangster. Baik tak disiarkan awal-awal di Astro, supaya KL Gangster pecah panggung baik punyaa.....


UPDATE Ahad, 19 June 2011

Kutipan Terkini KL Gangster telah mencecah kutipan tertinggi dalam sejarah tanah air sejak beberapa hari yang lalu dan kutipan terkini sehingga 19 Jun 2011 telah Merekodkan jumlah kutipan terbaru sehingga mencecah RM11 juta setelah hampir 11 hari ditayangkan di pawagam. Belum sempat masuk 14 hari kutipan Filem KL Gangster telah berjaya mencatat RM11 juta, satu rekod baru dan jurang yang amat besar berbanding dengan kutipan filem tertinggi sebelum ini.

Antara kata-kata dari Fan Pages Syamsul Yusof
"Alhamdulillah.KL GANGSTER berada di tangga teratas mengatasi filem-filem Hollywood dengan menempatkan SUPER 8 di tangga ke-2 dan X-MEN:1st CLASS di tangga ke-3.Siapa kata FILEM KITA tidak mampu mengalahkan kutipan filem antarabangsa di Malaysia?KITA BOLEH,INSYAALLAH!:)Hampir semua panggung-panggung utama di ibu kota 'full-house'!LOVE YOU ALL!!" - Syamsul Yusof

Bayangkanlah sebelum ini tiada lagi filem tempatan yang berjaya melepasi jumlah kutipan tiket RM10 juta di pawagam. Kini Syamsul Yusof bersama Filem KL Gangster berjaya mencatat nama sebagai Pengarah yang berjaya mengatasi rekod kutipan pengarah-pengarah filem tempatan yang lain. Berapakah jumlah kutipan akhir Filem KL Gangster??? Sama-sama kita nantikan...

Tahniah Syamsul Yusof akan keluarkan Filem KL Gangster Pre-kuel /Sekual akan datang. Dah macam KL Menjerit 1 pulak lah kan...;-) tapi Kutipan Filem KL Gangster terlebih menjerit.!!!



_________________________________________________________________________________
Setelah 7 Hari tayangan di pawagam kutipan terkini Filem KL Gangster telah mencecah RM 8 juta dan sudah memecahkan rekod kutipan Filem Kongsi 7 Hari RM7 juta. Tahniah Syamsul Yusof.

Antara kata-kata dari Fan Pages Syamsul Yusof
" Genap SEMINGGU tayangan KL GANGSTER.Kutipan kemaskini sudahpun mencipta SEJARAH KUTIPAN TERTINGGI KESELURUHAN walaupun tempoh tayangan masih diteruskan.Adakah KL GANGSTER mampu mencecah RM 10 JUTA?Jawapannya pada anda semua!:) "
__________________________________________________________________________________

Diam tak diam Filem KL Gangster sudah 5 hari bergaduh di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura secara rasmi 9 Jun 2011 yang lalu, dan setelah masuk 5 hari kutipan terkini (maksudnya belum habis kiraan untuk hari ke-5 lah kan) KL Gangster telah mencecah RM6.5 juta mengikut fakta rasmi dari blog Pengarah Filem terbaik iaitu Syamsul Yusof.

Untuk Sinopsis Filem KL Gangster boleh tengok sini! - Sinopsis Filem KL Gangster

Kalau sebelum ini kutipan tiket Filem KL Gangster mencatat sejarah kutipan tiket Filem Melayu dan Antarabangsa tanah air dengan catatan RM 1.5 juta pada hari pertama tayangan yang boleh dibanggakan sangat² disebabkan Filem KL Gangster bersaing di pawagam bersama-sama kehebatan filem-filem luar seperti Pirates of The Caribbean dan X-Men : First Class, tetapi KL Gangster mampu menyaingi kehebatan filem luar terbabit, Tahniah buat Pengarah Syamsul Yusof di atas kejayaannya.

Antara kata-kata Syamsul Yusof di Facebook semalam ialah :

" Siapa kata FILEM KITA tidak mampu pergi jauh?Kutipan hari ke-4 KL GANGSTER sudahpun mencecah RM6.2 Juta.TERIMA KASIH BUAT SEMUA!JUTAAN SYUKUR!!Kejayaan ini untuk semua penggiat seni tempatan dan untuk semua rakyat Malaysia,Brunei dan Singapura!LOVE YOU ALL!!YOU ALL ARE MY INSPIRATIONS!!"


Semoga Filem KL Gangster berjaya mencatat sejarah kutipan RM10 juta Kutipan Tiket Filem Melayu dan Antarabangsa tertinggi di Malaysia setakat ini, dan berjaya memecah rekod kutipan Filem Kongsi yang diketahui setakat ini sekitar RM8.5 juta merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah tanah air sehingga ke hari ini.

Filem KL Gangster masih ada 2 hari lagi untuk mengatasi kutipan tiket Filem Kongsi yang mencapai RM7 juta dalam tempoh 7 hari tayangan di pawagam. Mesti Boleh... tapi mari kita nantikan entri terbaru Syamsul Yusof  Ahad ini bertajuk " Bukan PASTI tetapi INSYAALLAH" ;-) semacam jer bunyi nya dah macam tagline pula kan...mesti korang tau... ;-)

Kalau lu orang suka ini filem, kasi tengok ini link juga dan pergi ke
Blog Pengarah Filem KL Gangster : Syamsul Yusof
Biodata Syamsul Yusof
Terima Kasih ;-)







* barisan pelakon filem kl gangster, cerita filem kl gangster, kutipan tiket filem KL gangster, jumlah kutipan tiket filem kl gangster, kutipan tiket filem melayu, filem finas, beli tiket filem, kl gangster ticket collection, kl gangster cecah 10 juta, jalan cerita kl gangster, kl gangster review, kutipan terkini filem kl gangster, watak shark, watak malik, watak gangster, kutipan tiket terkini kl gangster, kutipan semasa filem kl gangster, kutipan kl gangster
Like this article? TQ

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with 36 comments comments
Kritikan Rakan Facebook
36 Kritikan Rakan Blogger

36 comments:

@ ~Sya~ ~
yang kaya bertambah kaya?...hehee...betul tue... kita yang biasa? cam biasa je la yer..... ;-)

@Mrs. Yie ~

hurm...pecah rekod sudah...
dasat rakyat kita nih support filem...hihihi

wow. banyaknye! best sangat ker citer ni? review sket meh. sy tak sempat langsong lagi nak g tengok2 wayang nih ;-)

wah, dh 11juta...mcm tak percaya tp itulah faktanya...heheh

fuyo..hebat sgt ke cite ni..x tgk lagi la

waaa ader rahsia tak, bila open blog ni auto keluar chupchup/... plssss...

@LynN LoLa ~
memang best filem nih, review? Hehe...tu yang tak reti tue, ada juga moral keruntuhan kekeluargaan diselitkan dalam filem ni...cecepat gi kasik 14 juta ek

@ammboi ~
meme power root la!

@~sya~ ~
yerp betul....ini fakta, bukan auta dari Syamsul tau...;-)cam x caye kan

@sop ~
Syamsul gak gembira gile² nyer ar...

@eykabaha ~
bila nak pergi tengok?

@Terbelog ~
pon tak tengok jugak ke? patot tak sampai 15 juta....hehehe

@kutoOobambOo ~
HeHe...ada rahsia tak...1st time ke nampak bende camni....? ada rahsia lah...

''keta aku kena barbeque'', kata abang long fadhil... hahahahaa.. nak tengok lagi nak tengok lagi... likelikelike

kl gangster mmg best!~ kite kene ade usaha jugak nk berjaya mcm tuuu... masing2 ade rezeki huhuuu

@Dya ~
haha...siyes...watak zizan mmg patut ade dlm citer tu kan...;-)

@rynn ~
hurm...betul2x...mmg best...ni Filem ke-5 dia...die dah dalami betul2x setiap watak yg akan dilakonkan tu yg KL Gangster terbaik tu kan...... ;-)

naseb baek dah tengok..kalau x ngidam eden..hehe

@Cik Elyn ~
kena bagi bonus ker?...betul2x...untung 10 kali ganda apadahal kan....;-)

whoaa....byk giler..tp xtgk ag la.huhu

@M Fizan ~
entri sama ke fizan?...hehe...penat2 aku buat tau...ade plak yang kopi...sedey2x...takpe...biasa la... ;-)

@CintaZulaikha ~ rezeki syamsul tue...

@cikida ~ kenapa tak pergi tengok lagi?

xtgk wyg..huhu..so aku bkn slh sowg penyumbang kutipan la...

tahniah skop prod...dah melbhi 11 juta. mmg bess tul filem ni..aku tgk pn dh 4 kali...x puas2 gak...semua action mmg bess..tahniah tuk semua pelakonnya jgk k...
semoga berjaya lg..insyallah...

Farhan, bagus ye filem KL Gangster hasil pengarah muda anak Dato' YH nih...huhu! mesti best kan...

KL Gangster dah boleh download dah, aku tgh download jugak link mediafire... Download Filem KL Gangster 2011 PPVRip 1CD on MediaFire Full Movie

best filem nih kutipan tinggi!...

@eMMe ~
memang gempak filem nih, Syamsul Yusof dah buktikan die layak sebagai Pengarah Terbaik...ape-ape pon harap die terus maju!,...betol x...

Ini adalah suatu sumber daya yang besar bahwa Anda menyediakan dan Anda memberikan secara gratis. Saya menikmati melihat website yang memahami nilai dari menyediakan sumber daya utama untuk gratis. Aku benar-benar mencintai membaca posting Anda. Terima kasih!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories