Header Ads

Putrajaya Floria 2011 : Ros Untuk Selamanya


Sekali Lagi tempat tinggal aku bakal disesakkan oleh pengunjung-pengunjung yang jiwang cintakan keindahan alam flora dan fauna bumi bertuah Malaysia Tercinta!. Ini adalah hasil kejayaan menganjurkan Floria 2007,2009 dan pada tahun 2010 yang mampu menarik 600,000 pengunjung, jadi kini ia kembali lagi. Putrajaya FLORIA terletak di kawasan seluas 15 hektar sepanjang Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Tapak festival ini terletak berdekatan dengan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara. Tarikh yang telah ditetapkan bakal berlangsungnya aktiviti di Putrajaya sempena Festival tersebut ialah pada :

FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA PUTRAJAYA 2011)
Tema : Ros Untuk Selamanya
Tarikh / Date :
9 - 17 Julai 2011

Masa / Time :
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
 9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad) 


Lokasi / Location :
Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Lokasi Floria di GPS:
2.924820, 101.685365

Peta Lokasi Festival : Click Here

Tiket Masuk / Entrance Fee : PERCUMA


Penganjur :
Perbadanan Putrajaya
Disokong :
Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar

Bertemakan "Ros Untuk Selamanya" festival kali ini akan mempertontonkan koleksi ROS terbesar yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana Taman. Terdapat lebih 100 spesies bunga Ros yang terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok akan dipamerkan dengan reka bentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran.

Juga termasuk lebih 400,000 tumbuhan berbunga akan dipamerkan yang merupakan sebahagian daripada spesies Ros. Pelbagai gubahan bunga yang kreatif akan dipersembahkan kepada pengunjung di dalam dewan berhawa dingin.

Juga terdapat lebih dari 200 aktiviti telah disediakan kepada pengunjung yang datang bersantai di pameran tersebut seperti aktiviti hiburan, bengkel, demonstrasi, dan perkebunan akan dilangsungkan selama 9 hari. Dijangka juga ada pertandingan fotografi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Untuk maklumat yang lebih lanjut disebabkan aku dah tak larat nak mengolah lagi sila layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya mengenai festival Floria Putrajaya 2011 ini di FLORIA PUTRAJAYA 2011.
Aturcara dan jadual festival floria tersebut belum di upload lagi di laman rasmi. (",)

Yang pasti kalau aku ada dalam kawasan Putrajaya, InsyaAllah aku pergi untuk sesi photoshoot bagi penuh harddisk aku lagi,..HeHeHe...bukan terror mana pon amek gambar, cuma untuk suka-suka sahaja... ;-) jom2x...jom menyesakkan Putrajaya! ;-)


Showcase Garden & Activities
Special Rose Garden
Floria Showcase Gardens
Floral Pavillion
Corporate, PBT & NGO Garden
School & University Garden
Garden Bazaar
Laman Seni Featuring Arts & Craft
Sculpture Garden
Photography & Water Colour Competition
Garden Design Competition
Garden Talks & Demonstration
Entertaiment & Performances

Penutup 17 Julai Ahad :
8.45mlm-9.30mlm : Majlis Penutup 1Malaysia International Tourism Night Floria Parade 2011
* Magic of the Night*
- Perarakan Bot Berhias
- Pertunjukkan Bunga Api



Floria Putrajaya Flower and Garden Exhibition 2011,lokasi festival bunga dan taman putrajaya, lokasi floria putrajaya 2011, masa festival, jadual festival floria putrajaya, aktiviti yang bakal dilangsungkan di festival floria, jadual harian, bunga-bungaan,peta ke putrajaya floria, map to putrajaya festive, transportation to putrajaya floria,

9 ulasan:

  1. sure ramai org.....sebab free kan....suke bunga...tak tau la dpt gi tgk ke tak...huhuhuhu...

    BalasPadam
  2. @eMMe ~
    erm...betul tue...ape2 je event buat kt putrajaya, mesti sesak punyer lagi² FREE hehe... ;-)

    kalau dah suke bunge...maknenye kene pergi la! (",)

    BalasPadam
  3. dkna nak jadi model untuk photoshoot boleh tak?? heheee..
    jumpa disana :)

    BalasPadam
  4. @Adylia Qarissa ~
    dkna jd model photoshoot leh...sangat²...tp pree la eh...hehehe... (",) yup3x...jom nyesakkan putrajaya!

    BalasPadam
  5. wah bestnya kalau duk dekat sana.leh amik gambar bunga banyak-banyak..

    BalasPadam
  6. @ummiarissa ~
    best ker? erm..beslah kan tgk bunge banyak2x...hihi....datang ler coti2 ke sini ;-)

    BalasPadam
  7. hari nie last pesta bunga..semalam sesak giler kat sana..menyesal lak p naik kereta, kalau naik motor confirm tak bersesak cari parking :)

    BalasPadam
  8. @Adylia Qarissa ~

    dkna, biasalah Putrajaya kalau ade event mesti sesak...
    rasa malas jer nak pergi...ehehe...thn lepas pergi, thn ni...cam malas laks...huhu.......ingat nak pergi jalan kaki je la petang ni ;-)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.