Header Ads

Sinopsis Filem 3 2 1 CINTA Tayangan 16 Jun 2011


Filem 321 Cinta bakal ditayangkan minggu depan 16 Jun 2011 di seluruh pawagam tanah air, arahan Azhari Mohd Zain dan terbitan dari Metrowealth David Teoh selaku penerbit filem berkonsepkan romantik komedi, sudah pasti mencuti hati... Lakonan oleh Diana Amir, Farid Kamil dan Pierre Andre....

Layankan dulu sinopsis serta jalan cerita filem tersebut... ;-)

Apabila Perempuan 37:1 Lelaki
Sinopsis Filem 3 2 1 Cinta:
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.


Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Diana Amir : Sam (Pelakon Utama)
Farid Kamil : Nazril (Pelakon Utama)
Pierre Andre : Fariz (Pelakon Utama)
Mustapha Kamal : Pakcik Azmi (Pelakon Pembantu)
Sheila Mambo : Kak Zah (Artis Jemputan)
Zila Bakarin : Ibu Sam (Artis Jemputan)
Ruzaidi Abdul Rahman : Ayah Sam (Artis Jemputan)

Krew:
Mohd Shaufe:(Pengarah Fotografi)
John Kajang:(Pengarah Seni)
Fauziah binti Muhamad:(Pengarah Seni)

Penerbit:
David Teo:(Penerbit)


Trailer Filem 3 2 1 Cinta













tags : barisan pelakon filem 321 Cinta, filem 321 cinta, sinopsis filem 321 cinta, review filem, jalan cerita 321 cinta, pelakon utama 321 cinta, azhari zain, diana amir 321 cinta, tiket tayangan filem 321 cinta, kutipan tiket 321 cinta,

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.