Header Ads

Sinopsis Filem KL GANGSTER Tayangan 9 Jun 2011


Minggu ini 9 Jun 2011 Filem KL Gangster bakal ditayangkan di pawagam seluruh Negara Malaysia, Brunei dan Singapura. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 2.1 juta merupakan filem ke-5 arahan dari Syamsul Yusoff dan juga merupakan ke 27 terbitan dari Skop Productions.

Jadi sebelum pergi tengok, mari baca dulu Sinopsis jalan cerita KL Gangster ini okay...memang DVII rasa Filem ni meletop habislah...lebih dari 8 Juta boleh cecah!!!... ;-) 

Bagi sesiapa yang dah tak sabar sangat nak tengok filem nih, boleh tengok hari Rabu ini 8 Jun 2011 bermula jam 9.15 malam di pawagam terpilih sahaja, yang DVII dah usha GSC Alamanda da boleh booking online, tapi HALL kecik lah, HehE...nak HALL besar kena tunggu 9 Jun lah yer..... ;-)



Sinopsis Filem KL Gangster:
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.

Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".


Pengarah
Syamsul Yusof

Penulis:
Syamsul Yusof : (Lakon layar)
Syamsul Yusof : (Cerita Asal)

Lakonan : 
Syamsul Yusof : Shark (Pelakon Utama)
Ridzuan Hashim : King (Pelakon Pembantu)
Aaron Aziz : Malek (Pelakon Pembantu)
Adyputra : Jai (Pelakon Pembantu)
Zizan Raja Lawak : Fadil (Pelakon Pembantu)
Sheera : Zati (Pelakon Pembantu)
Shoffi Jikan : (Pelakon Pembantu)
Adam Corrie : (Pelakon Pembantu)

Krew:
Omar Ismail : (Pengarah Fotografi)
Faizal Yusof : (Pengarah Seni)
Rizal Ashraf : (Pembantu Pengarah)
Hisham Jupri : (Penyunting)
Syamsul Yusof : (Penyunting)
Isma Riza Bin Muhammad Fuad : (Pengurus Produksi)

Penerbit:
Dato' Yusof Haslam : (Penerbit)

Synopsis KL Gangster Film:
KL Gangster narrates a dark story about 2 brothers - Malik & Jai who dabbled in the secret society world. Malik (Jai's elder brother) was imprisoned for 5 years as he was betrayed by his own gang members namely Shark - stepson of King whose the most influential ringleader of the gang in KL. Upon his release, Malik was determined to change and distanced himself from his past secret life as a gang member.

Malik led a routine life as a regular person whilst taking care of his aging mother. Albeit, it was a challenging task as society tends to look down on ex-convicts like him. He is often harassed by other gang members who harbour vengeance towards him until King emerged to help him build a new life.

King ordered his men not to disturb Malik's territory and this became unfavourable to his stepson, Shark who wanted to be the 'KING' in KL.

On the contrary, Jai was still lost in his affluent lifestyle and gangster world. Wealth meant everything to Jai and this was attainable through the dark underworld he's dabbled in. He would do anything for money & power. Jai is one of the main roles in Shark's mission. He would execute whatever Shark wanted him to do. Shark's gang grew but he still felt threatened & challenged by Malik's presence.

Many attempts were made to bring Malik down but it always fell apart by Shark's own stepfather King who often got Malik's back. He regarded Malik as a long-time friend who had done a lot of good for him. King became displeased with Shark who instigated fights involving other gang members. This tensed the relationship between the father & son.

Discreetly, Shark resent his stepfather and blamed Malik as the major cause of this.

Shark ordered Jai to destroy his own brother. This is the beginning of a conflict between family loyalty and gang member. Soul or Dignity? Where is the end of their battle?

All of these will be answered in "KL GANGSTER" - 9 June 2011
-Translated by Khad-


Layankan beberapa gambar aksi Filem KL Gangster...








Laman blog Syamsul Yusof Burn & Soul di http://prodigiousburnsoul.blogspot.com
Facebook Syamsull Yusof Burn & Soul : Syamsul Facebook Fan Pages
Website Rasmi Skop Productions : www.skop.com.my


















KL Gangster, kutipan tiket filem kl gangster, jumlah kutipan, Pelakon Filem KL Gangster, filem kl gangster , review kl gangster, sinopsis filem kl gangster, gambar filem kl gangster, syamsul yusoff, syafiq yusoff, aaron aziz, gambar shooting filem, gambar berlakon, gambar lakonan., online ticketing, buy online cinemas ticket at gsc, golden screen cinemas,kl gangster movies, tayangan filem kl gangster,jalan cerita filem kl gangster,watak filem kl gangster, lu kasi gua mati dulu la baru gua diam  


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.