Header Ads

Sinopsis Filem Sekali Lagi | Trailer Filem Sekali Lagi


Sekali Lagi - Cinta itu milik kita... wah macam dah tajuk lagu pulak dan dah macam mirip-mirip cerita love story ;-), Apa-apa pun ini merupakan sebuah Filem Sekali Lagi dari MIG - David Teo dan Pengarah pula ialah Hashim Rejab akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Jun 2011. Siapa Hashim Rejab? Kalau nak tau, dia merupakan Penolong Pengarah Drama Series Adamaya yang popular di TV3 ketika itu. ;-) 


Ha, so dah dapat gambaran tak mengenai Filem Sekali Lagi ini? Agak-agak romantik macam cerita Adamaya tak?...macam tak jer... kalau nak tau, mari kita baca dan fahamkan Sinopsis Filem Sekali Lagi ini ye...


Update : Review Filem Sekali Lagi
Review Filem Sekali Lagi Yang DVII dah tengok masa Malam Pratonton Filem Sekali Lagi Bersama Artis dan Lagu OST Sekali Lagi Cinta Itu Milik Kita nyanyian Dakmie 

Sinopsis Filem Sekali Lagi:
Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.

Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


Pengarah
Hashim Rejab

Lakonan:
Shaheizy Sam : Arman (Pelakon Utama)
Lisa Surihani : Sheila (Pelakon Utama)
Mia Sara Nasuha : Amy (Pelakon Utama)
Bront Palarae : Haris (Pelakon Pembantu)
Kartina Aziz : Puan Suria (Pelakon Pembantu)
Shasha : Farina (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack : Bapa Saudara Sheila (Artis Jemputan)
Ana Dahlia : Ikin (Artis Jemputan)
Bob Lokman : Bapa Sheila (Artis Jemputan)
Amylia Nastasha Aziz : Zarina (Artis Jemputan)
Krew:
Mohd Noor bin Kassim : (Pengarah Fotografi)
John Kajang : (Pengarah Seni)
Arinah binti Emran : (Pembantu Pengarah)
Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

Trailer Filem Sekali Lagi









Gambar-Gambar Dalam Filem Sekali Lagi










tags : barisan pelakon filem Sekali Lagi, Filem Sekali Lagi, Sinopsis Filem Sekali Lagi, review filem, jalan cerita Sekali Lagi, pelakon utama Filem Sekali Lagi, Hashim Rejab, watak shaheizy sam dalam filem sekali lagi, tiket tayangan filem Sekali Lagi, kutipan tiket Filem Sekali Lagi, watak Lisa Surihani dalam filem sekali lagi, Watak Mia dalam Filem,pelakon Utama Filem Sekali Lagi, tayangan filem sekali lagi,nama pelakon utama cerita sekali lagi, kutipan filem sekali lagi

4 ulasan:

  1. wahh...mcm besh...nk tgk...suke shaheizy sam n lisa surihani...plus mia sara yg super comel...sukew3...

    BalasPadam
  2. @ s h e e ~
    macam bes? a ah...memang pun...rasa macam bes plak...;-) same ar...suke giler kat pelakon tue....huhuhu

    BalasPadam
  3. Harap² dapat tengok Filem Sekali Lagi nih lagi awal dari yang lain...HeHeHe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.