Header Ads

Celcom Broadband Coverage dan Terima Kasih Celcom Broadband!

  
Seronok bila terbaca Inbox SMS dari Celcom Broadband, setelah dapat info yang sama dari kawan yang sama daftar guna Broadband Celcom di Putrajaya bulan Mac yang lalu.

Aku ambil pakej 5gb dan kini seperti SMS tertera di bawah, Celcom telah upgradekan kepada 6gb volume quota secara PERCUMA sahaja. Jadi aku telah mendapat lebih penjimatan dengan Celcom Broadband.

"GREAT NEWS! U can enjoy an even better internet experience w/us! We hv upgraded yr volume quota to 6GB for FREE!"


Lagi SERONOK bila aku di PULAU TIOMAN dapat line internet 3G / HSDPA Coverage!....

Untuk maklumat korang, line Celcom Broadband di rumah aku sebenarnya tak berapa bagus ketika ini di Presint 8, Putrajaya dan asyik juga terputus, tak pastilah sama ada USB Modem yang rosak ataupun line yang bermasalah... asal aku online je, nanti line terputus dengan received signal dari cth: 301.Kbps ke 0.00bps. Dah tak bergerak-gerak, takleh nak surfing...jadi kenalah reconnect dan connect kan semula...

Tak tahulah tempat korang macam mana kan...Tengok dulu Coverage Celcom Broadband di tempat korang sebelum subscribe ok!...Tapi apa-apa pun, bagi aku Celcom Broadband lagi berbaloi ketika ini dengan bayaran yang sangat Istimewa dan lebih penjimatan berbanding ketika aku menggunakan Broadband syarikat Hijau... (",)

* Ayat-ayat di atas adalah benar seperti post yang telah dipaparkan, dan bukanlah bertujuan untuk mengampu, mengipas mahupun membodek Celcom Malaysia. 



Line Internet Celcom Broadband, Connection Celcom Broadband, Celcom Broadband Speedtest,

2 ulasan:

  1. wah,sudah berubah arah.....siap ade free lg,6GD bape RM sebulan??

    BalasPadam
  2. @DeQWa ~

    (",) sudah berubah lah...sebab pakej ini lg menjimatkan...mengapa perlu bayar lebih (",)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.