Header Ads

Di Kampung Kenduri Tahlil Arwah


 Wiew...sedapnye makanan kenduri tadi, lauk gulai udang, ayam masak merah, telur goreng kicap, ikan masin dan buah-buahan serta ulam-ulaman...dan dihidangkan oleh ahli keluarga yang pulang ke kampung di Kampung Baru Sg. Mahang, Mantin, Negeri Sembilan. Jemputlah datang yer kampung den ni lain kal...
Tengah hari tadi, lepas solat Zohor, Mak Long aku buat Majlis Tahlil Arwah dan jemput semua kaum kerabat balik ke kampung, tapi dari 9 pakcik/makcik aku yang masih ada, 5 orang jer yang balik bersama keluarga masing-masing, dapatlah jumpa umpama mini gathering sanak saudara kan..ditambah pula dengan ahli keluarga belah Mak Long aku...(",)

Jadi sempena telah selesainya majlis ini, marilah kita mem'free'kan diri sedekah kan Al-Fatihah Atok, Nenek, Pak Long, Pak Andak, Pak Busu aku dan juga kepada mereka yang telah lebih dahulu pergi menghadap Ilahi sebelum kita, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah..

-Al-Fatihah.-



* Tidur kampung malam ni...(",)

2 ulasan:

  1. al-fatihah...buat mereka yg tlh pergi...

    BalasPadam
  2. bestnya dapat jumpa saudara mara..pastu kampung dekat, boleh selalu balik :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.