Header Ads

Juara Liga Super 2011 Milik Kelantan! Tahniah!

Gambar Pemain Kelantan meraikan muncul Juara Liga Super buat pertama kali diambil dari Berita Harian

aku di Stadium meraikan kejuaraan Kelantan juara Liga Super...HeHeHe...sebenarnye gambar Final Piala Malaysia tahun lepas kalau tak silap aku...
Tahniah aku ucapkan buat Skuad Kelantan The Red Warriors yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Super untuk kali Pertama kejuaraan Liga Utama peringkat domestik dalam edisi yang ke-8 Liga Super 2010/2011.

Juara Liga Super 2011 : Kelantan



Malam tadi aku tengok Live di rumah 2 perlawanan tak serentak iaitu antara Sabah vs Kelantan dan Perak vs Selangor... tetapi lebih kepada perlawanan antara Sabah vs Kelantan yang dilihat semakin rancak. Keputusan perlawanan telah diketahui dengan Kelantan menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas hasil jaringan penyerang berbisa Kelantan Mat Yo ataupun Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke 5' dan 71' dan gol Sabah melalui Razlan Otoh pada minit ke-76'. Kelantan mengesahkan Piala Liga Super milik mereka dengan permainan yang cukup hebat menentang Sabah.

Penyokong Setia yang Terbang ke Kota Kinabalu



Memanglah bagi aku Kelantan Juara Liga Super kali ini tak berapa nak best, sebab di hadapan penyokong lawan jauh di Sabah. Kalau perlawanan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan mana-mana pasukan lain mungkin Stadium Nasional Bukit Jalil sudah menjadi Stadium Sultan Muhammad ke-IV agaknya...tapi malam tadi, tengok TV memang semangat fanatik yang kuat Kelataneese nih, sanggup turun ke Kota Kinabalu  para penyokongnya untuk memberi sokongan padu buat Wira Merah mereka....tahniah lah beb!... Kaya rupanya rakyat Kelantan nih...mesti terbang dengan Air Asia takpun FireFly kan... penerbangan tambang murah dan harga patut ;-)! 

Ayam Tambatan : Mat Yo
Dan, agak kecewa bagi aku pula ialah pasukan Selangor tercicir dari ke-2 jatuh ketangga ketiga selepas seri dengan Perak. Sudahlah terlepas Kejuaraan Liga Super, jatuh pula ketangga ketiga setelah dipintas Terengganu yang berpesta gol membelasah Felda United 6-2. Abdul Hadi Yahya menjadi penjaring terbanyak memiliki Kasut Emas 2011 dengan jumlah jaringan 20 gol.

Dato M. Karathu dijulang oleh pemain dan pegawai pasukan Kelantan meraikan kejuaraan Pertama Liga Super milik Kelantan!

*** gambar-gambar diambil  foto Mohd Mazlan Yusoff

*** penulis sebenarnya bukanlah anak kelahiran Kelantan! tetapi tetap sokong disebabkan semangat yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Kelantan....hehehe....sorry My Selangor, next time cuba lagi (",)

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. xpe selangor bg can jek kt kelate bawak pulang piala liga super musim ni..coz kesian team kelate x penah merasa lagi julang piala liga super..yang pasti juara piala malasyia tahun ni bkn dr TRW....wakakaka..tp team selangor..

    by:encik suami chinta

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.