Header Ads

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 : Taiwan 3 -2 Malaysia | Tahniah Malaysia!


Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014
Taiwan 3
Malaysia 2
(Malaysia layak arggegat 4-4 away goal)

Tahniah buat Skuad Harimau Malaya yang beraksi di Taipei Municipal Stadium semalam, walaupun tewas 3-2 kepada Chinese Taipei ataupun Taiwan dengan jaringan 3 gol setelah Malaysia dua kali mendahului, tetapi pujian dari aku buat anak didik Datuk K.Rajagobal ini harus diberikan. Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong lawan bukanlah satu tugas mudah buat Malaysia.

Malaysia mendahului pada minit ke 7 melalui jaringan cantik sepakan percuma bak peluru berpandu yang aku saksikan semalam dari Aidil Zafuan Abdul Razak dari tengah padang. Bola tepat menuju ke palang gol Taiwan membolehkan Malaysia leading 1-0. World Class!! Fantastic Free Kick Goal 2014 World Cup Qualifier Great Goal!.. Kemudian Taiwan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 31 melalui jaringan hasil corner kick yang gagal dikeluarkan dan berlaku kelam kabut depan pintu gol Malaysia akhirnya Han CHANG menjaringkan gol penyamaan 1-1.

Malaysia mengasak dan kembali mendahului pada minit 40' menerusi sepakan percuma menuju penjuru gawang Taiwan oleh Syafiq Rahim, Kapten Pasukan Malaysia. Ia juga gol cantik dari pasukan Malaysia. Terbaikkk der!!!...

Taiwan mengasak kembali dan akibat tertekan kehilangan bola dari kaki, Mahali Jasuli memberikan sepakan penalti dan dijaringkan oleh Po Liang CHEN pada minit 44' menewaskan Sharbinee yang tidak berjaya menepis keluar bola tersebut. 

Perlawanan separuh masa kedua bermula dan Taiwan memperoleh penalti pada minit ke 62', namun berjaya diselamatkan oleh SHARBINEE yang menuju tepat ke kanan gawangnya. Tahniah SHARBINEE!!! tetapi SHARBINEE tertewas juga menerusi penalti ketiga dalam perlawanan tersebut setelah dia dipersalahkan walaupun jelas tidak menarik kaki pemain Taiwan yang sedang menyerang ke arah gawangnya....Xavier CHEN menjadikan kedudukan Taiwan 3 - Malaysia 2 menerusi penalti pada minit ke 75'.

Kesilapan pasukan Malaysia yang aku lihat dalam perlawanan itu ialah, gagal menyudahkan peluang yang terhidang dan boleh menghasilkan gol. Kebanyakkan bola yang disepak menuju tepat ke penjaga gol dengan lemah sekali, agak mengecewakan melihat bola sepatutnya kencang ke gawang tetapi lemah ke penjaga gol.

Semoga Malaysia dapat perbaiki kelemahan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia pertama menentang Taiwan malam tadi supaya Perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu Singapore tidak disia-siakan peluang keemasan, kerana Singapore adalah barisan yang sama tarafnya dengan Malaysia, tetapi Singapore mempunyai kelebihan pemain luar yang diberi kerakyatan untuk bermain mewakili Singapore.

Tahniah MALAYSIA layak juga menerusi jaringan away goal yang dihasilkan. Bakal bertemu Singapura pada 23 Julai 2011 nanti di Singapura sebelum menyambut kedatangan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai kalau aku tak silap...

Barisan Skuad Malaysia dan Taiwan

Saksikan Video Gol Aidil Zafuan di Youtube umpama peluru berpandu di Taiwan yang 
membolehkan Malaysia leading 1-0



Video Gol kedua Malaysia 2-1 Syafiq Rahim melalui sepakan percuma yang cukup cantik ke penjuru gawang meletakkan Malaysia leading 2-1.




Credit Video Gol Malaysia dari Youtube Sokernet.com
Credit barisan pemain utama Taiwan vs Malaysia dari www.fifa.com










Senarai pemain skuad kebangsaan, Malaysia vs Taiwan, Taiwan vs Malaysia, Chinese Taipei vs
Malaysia, Malaysia vs Chinese Taipei, Kelayakan Piala Dunia 2014 Result. Pemain Malaysia vs Taiwan, Pemain Simpanan Malaysia vs Taiwan, Gol Malaysia vs Taiwan, Goal Taiwan vs Malaysia,Video Gol perlawanan malaysia vs taiwan, video gol taiwan vs Malaysia

2 ulasan:

  1. Tahniah Harimau Malaya... teruskan perjuangan...

    BalasPadam
  2. @Green Apple ~

    betul..semalam tu nasib tak menyebelahi MALAYSIA ...takpe...janji kita layak...betul tak...teruskan perjuangan HARIMAU MALAYA!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.