Header Ads

Sinopsis Filem Flat 3A | Trailer Filem Flat 3A

  Sinopsis Filem Flat 3A - Horror Movies/Filem Seram

Update 14 Julai : Review Filem Flat 3A 
selepas aku pergi Pratonton Filem Flat 3A 13 Julai malam tadi

Filem Flat 3A akan menakutkan penonton di panggung wayang pada 14 Julai 2011 ini. Diarahkan oleh pengarah yang sama dengan Filem 321 Cinta iaitu Azhari Zain terbitan Metrowealth Pictures - David Teo. Kali ini tampil dengan Filem bergenre Seram yang dilakonkan oleh bintang Adnan Sempit, Intan Ladyana bersama Shasha, Ery Zulkhairi dan Adey Syafrien selaku pelakon utama Filem Flat 3A ini.

Meh aku review Filem Flat 3A nih sikit setelah melihat Trailer dia, aku tengok filem nih memang sesuai lah dengan nasihat dia, yang mana telah diberi nasihat kepada Ibu-ibu yang mengandung dilarang menonton filem ini, disebabkan banyak adegan-adegan seram dan geli yang tidak patut ditonton oleh mereka. Melalui trailer ini juga, aku rasa Filem ni sah SERAM!...real seram...memang sesuai bawa pasangan yang takut tengok cerite seram...HeHeHe,

Ade satu dialog dalam Trailer Filem tersebut
"akak ade nampak guli adik?" guli? kalau duduk rumah Flat memang tak sah kalau tak dengar bunyi guli ni, sebab aku yang duduk di apartment Putrajaya pun sentiasa dengar dah bunyi guli-guli jatuh ni di rumah aku sendiri, kekadang petang, kekadang malam...HeHeHe...korang pernah rase?
 
Layankan sinopsis Filem Flat 3A ini sebelum korang pergi tengok sendiri di pawagam...okay!

Apabila Dosa Silam Mula Menghantui
Sinopsis Flat 3A

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Intan Ladyana : Fiqah (Pelakon Utama)
Shasha : Ratna (Pelakon Utama)
Ery Zukhairi : Wahyu (Pelakon Utama)
Adey Syafrien : Anas (Pelakon Utama)
Zaidi Omar : Kang Suman (Pelakon Pembantu)
Khaty Azean : Ibu fatin (Pelakon Pembantu)

Krew:
Mohd Shaufe : (Pengarah Fotografi)
John Kajang : (Pengarah Seni)
Muhammad Qayyum bin Abdul Halim : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

Trailer Filem Flat 3A / Flat 3A Trailer

Gambar - Gambar dalam Filem Flat 3A







Kalau lah dapat tiket ke pratonton Filem Flat 3A dari Metrowealth lagi, boleh lah aku buat review untuk korang yer...hehe...;-) tapi sebelum tu aku just nak cakap...filem seram nih memang best! terbaik dari Bro Azhari @ Abg Zack (",)

 Abg Zack bersama barisan pelakon dalam Filem 321 Cinta yang ditayangkan selama 14 hari sebelum Filem Sekali Lagi keluar menggantikannya. Gambar ini masa aku dijemput hadir Pratonton Filem 321 Cinta sebab menang pantun yang dibuat oleh Metrowealth!..TQ Hadiah Misteri memang best!




tags : preview Filem Flat 3A, barisan pelakon filem flat 3a, Filem Flat 3A, sinopsis Filem Flat 3A, review Filem Flat 3A, jalan cerita Filem Flat 3A, pelakon utama Filem Flat 3A,pengarah Filem Flat 3A, azhari zain,watak Intan Ladyana Filem Flat 3A, tiket tayangan Filem Flat 3A, kutipan tiket Filem Flat 3A, horror movies

11 ulasan:

  1. panggung wayang jauh, kat kuantan. camno nak tgk~~

    BalasPadam
  2. @NARDtheNERD ~

    tula, same la...tgk rase best n seram citer ni....;-)

    BalasPadam
  3. @CintaZulaikha~

    owh, jauhke panggung wayang? camtu takpe...kene langgan Astro First la camtu...hehehe....;-)

    BalasPadam
  4. @aienhashimm ~

    jom3x tengok...kite terjah erk nnt...

    BalasPadam
  5. eh mcm menarik ja movie ni...harap2 dapat tengok..

    BalasPadam
  6. @kay masingan ~
    macam menarik erk... tulah...rasa ada umph kan cite nih

    BalasPadam
  7. eh tang guli2 tu aku setuju la...dr zaman blaja time ddk kolej sampai meyewa bila dah keje still la dgr bunyi guli2 jatuh kat level atas..haha...agak2 betul ke ade guli ek??

    BalasPadam
  8. eh tang guli2 tu aku setuju la...dr zaman blaja time ddk kolej sampai meyewa bila dah keje still la dgr bunyi guli2 jatuh kat level atas..haha...agak2 betul ke ade guli ek??

    BalasPadam
  9. @sila1209 ~

    haha..sila, jage²...kat presint 5 ade dengar juga ke? hihi....ntah, dkat blok aku, mak aku kate takde budak kecik pon kt atas umah...tp ade jugak dengar bunyi guli...seram nih...(",)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.