Header Ads

Pekeliling Bonus Kakitangan Awam 2011 : Bonus Setengah Bulan Gaji, Minima RM500 Bulan Ini

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
Terbaru 15/11Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2011
Muat Turun Pekeliling Bonus 2011 untuk Bonus bulan Disember 2011 yang telah dikeluarkan oleh  pihak JPA.Download Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/2011 di bawah.

Pekeliling Bonus Gaji Kali Kedua 2011

Terbaru : Pekeliling Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011 berada di bawah
Akhirnya dapat juga kakitangan awam Kerajaan Pusat merasai pemberian bonus dari Kerajaan Malaysia setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM500 serta kepada pesara kerajaan mendapat bayaran khas RM500 juga. Ini adalah kali pertama penjawat awam merasai kenikmatan bonus di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib yang tahun² sebelum ini memberi wang imbuhan khas untuk menampung keperluan menyambut kedatangan Aidilfitri. Syukur, Alhamdulillah....
Update 10 Ogos : Bonus Kakitangan Awam 6 Kerajaan Negeri Sama Seperti Kerajaan Pusat 

Update Utusan Malaysia Online 8 Ogos 2011

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam
08/08/2011 6:15pm

 KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

____________________________________________________________________________________________
Entri Terdahulu
Syukur Alhamdulillah itulah yang mampu diucapkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang bekerja di sektor kerajaan khususnya dan sektor swasta amnya berkenaan pemberian Dua(2) Bulan Bonus Tahunan kepada Kakitangan Awam jika Kerajaan Malaysia meluluskan permohonan dari Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang diwakili oleh Presiden, Datuk Omar Osman.
CUEPACS telah mengemukakan permohonan supaya kerajaan beri dua bulan bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini, tidak seperti dua tahun sebelumnya yang hanya diberikan bantuan khas atas dasar Ekonomi negara semakin baik dan inflasi dapat dikawal, bermakna negara sepatutnya memberikan Bonus kepada kakitangan awam yang telah menanti sejak sekian lamanya sejak kali terakhir menerima BONUS pada tahun 2007 di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Kini tibalah giliran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pula memberikan sesuatu hadiah berupa Bonus untuk kali pertama kepada kakitangan awam pada tahun 2011 ini. Memang sudah lama dinantikan oleh mereka yang bekerja di sektor awam, tetapi terpaksa berpuas hati dengan bantuan khas kewangan secara berkala.(",)

Aku merasakan yang Bonus Kakitangan Awam 2011 tidak akan diberikan kecuali meneruskan tradisi pemberian Bantuan Khas Kewangan secara dua kali iaitu satu bonus raya sebelum menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini dan sebelum kita menyambut sesi pembukaan sekolah tahun 2012 yang baru sebagai bantuan kewangan bagi mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah.

"Adalah suatu MIMPI yang indah jika Kerajaan memberikan dua Bulan Bonus kepada Kakitangan Awam 2011"
*Kepada meraka yang bekerja dengan Sektor Kerajaan teruskan konsep bersyukur dengan apa yang ada, jangan berharap pemberian bonus dari kerajaan sangat.
* Kepada mereka yang bekerja dengan sektor swasta yang dapat satu dua, tiga, empat, lima dan enam bulan bonus, diharap bijaklah berbelanja dan berjoly sakan yer!...

" Teruskan berusaha, jangan kecewa "
Sumber : Penulisan diolah dari Utusan Malaysia Online 5 Ogos 2011
__________________________________________________________________________
Gossip terkini : BONUS Imbuhan Dijangka dimasukkan dikreditkan ke akaun penerima bonus pada hari Isnin 15 Ogos 2011.  Di kedah telah diumumkan pada 18 Ogos bonus beserta gaji.
Baca juga boleh download surat Pekeliling Bonus 2011 yang telah dikeluarkan oleh JPA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011
IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI
TAHUN 2011
Pekeliling Bonus 2011

Tunggu sehingga page selesai loading (",)
Sebarang masalah sila komen di bawah, kalau rasa seronok pun komen di bawah ye...
rasa xcukup...belajar² bersyukur... (",)


Update Terkini :
Bonus Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor sama dengan negeri-negeri lain. Kecuali Pulau Pinang


Apa pendapatan anda???
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Pekeliling JPA Bonus Raya 2011, Pekeliling Bonus 2011, Bonus Setengah Bulan Gaji, Bonus RM500 Minimum, Bonus Kakitangan Kerajaan 2011, Bonus Kakitangan Awam 2011, Bonus Raya Kakitangan Awam 2011, Wang Ihsan Kerajaan, Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Kerajaan kepada pekerja kerajaan, Duit raya kerajaan bagi, Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam, Pekeliling Bantuan khas Kewangan 2011, Pekeliling Bonus Imbuhan Kakitangan Kerajaan 2011, Duit Gaji Tambahan, Wang Raya dari Kerajaan, 

6 ulasan:

  1. untung lah org gov...org swasta tk semua dapat
    kalau dapat sbb minta...

    BalasPadam
  2. @aida-myasara ~

    untung yer? itupun kalau dapat...hehehe

    BalasPadam
  3. Kalau dapat...syukur alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. kalau dapat memang rezeki..kalau tak dapat maknanya raya tahun nie setakat cukup untuk balik kampung sambut raya dengan family jer

    BalasPadam
  5. untunglah hampa kerja makan gaji buta,tambah lagi 2bulan bonus,kami swasta apa pun tak adabila nak mengundi cari kami,boleh blah la..kalau kerajaan senang bukan ingat dkat swasta makan hampa saja...nak undi cari kami.

    BalasPadam
  6. saya dapat bonus..tapi di tarik balik dan kena bayar kat sekolah sbb hanya berkhidmat sampai 6/8/2011... ingtkan dpt bonus kalau dah kerje separuh tahun (kira 6 bulan)...huhuh..menyedihkan...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.