Header Ads

Safiq Rahim Sertai Cardiff City





Berita yang paling menggembirakan seluruh rakyat Malaysia bila terdengar Safiq Rahim bakal ke Eropah menyarung jersi Cardiff City yang menyertai Liga Divisyen 2 England.

Aku turut terkejut juga bila mendapat tahu berita ini. Tahniahlah buat Safiq Rahim yang bakal menjadi pemain pertama Malaysia mencipta sejarah beraksi di Liga Divisyen 2 England, Liga Kejuaraan.

Ini hanyalah panggilan buat Safiq Rahim untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu bermula hujung Oktober 2011. Semoga Safiq berjaya terpilih untuk meyertai secara rasmi melalui pintu perpindahan Liga England yang dibuka Januari 2012 nanti.

Untuk pengetahuan korang, Cardiff City telah dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia iaitu Dato Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan pada tahun lalu. Sebagai pemilik Kelab Cardiff City secara rasmi dari Malaysia, adalah sesuatu yang bijak membawa masuk pemain Malaysia ke Eropah walaupun melalui pinjaman, mahupun ujian latihan sahaja, sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan kan?...best3x...

Ini adalah jersi baru Cardiff City setelah pengambil alihan oleh pemilik dari Malaysia. Bangga kan... (",)

 Ikuti berita yang aku olah dari Kosmo!

Safiq ke Eropah

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu. 


Sumber Kosmo!


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Berita Safiq Rahim sertai Cardiff City, Safiq Rahim ke Eropah, Safiq Rahim menjalani Latihan di Eropah, Safiq Rahim terpilih join Cardiff, Pemain pertama Malaysia main di Eropah, Pengurus Cardiff City, Pemilik Cardiff City, Jersi Baru Cardiff City logo Malaysia,

2 ulasan:

  1. tahniah safiq semoga sukses selalu

    BalasPadam
  2. betul ke ni? serius ?? wah kalau camtu. tahniahla. semoga malaysia lebih cemerlang di persada dunia.

    http://kaio89kl.blogspot.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.