Header Ads

Servis 80,000km Persona ku tangguhkan

Hari ini sepatutnya aku pergi hantar servis kereta di Wakil Pusat Servis Proton Edar Bandar Baru Bangi iaitu Teknik Kosmo Sdn Bhd, tapi member pulak tak jawab panggilan bantuan dari aku... (",) semalam aku telefon nak hantar servis kereta kat Teknik Kosmo, tapi katanya tidak sempat sebab aku call dah petang. 
 
Memang tak sempatlah sebab aku nak hartar servis ke 80,000 km (Major Service) untuk kereta Persona aku yang cun melecun neh dibaikpulih dan diupgrade ape yang patot, kalau dah servis ke 80 ribu, memanglah banyak masa dan lambat nak siap, disebabkan nanti diorang nak tukar timing belt mengambil masa hampir 3 jam katanya.

Banyak juga yang perlu aku tukar, brake pad pun dah habis, huhu...berapa ratus lah agaknya aku hendak bagi duit raya kat Proton yer sempena servis ke 80,000 km neh...?(",)

Inilah kereta aku (",) 

Kali ini, aku terpaksa awal hantar servis kereta bulan Ramadhan ni, disebabkan musim raya tahun-tahun sebelum nih , aku lewat hantar, dah dah fully booked oleh customer yang lain yang nak balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Leceh gak wat keje last minutes kan... (",)
 
Jadi, kalau takde halangan Isnin lah aku hantar Persona aku ke bengkel dan terpaksalah menunggu sehingga siap. (BOSAN!) Aku dah apply cuti pun hari Isnin tue, tapi taktahulah nak hantar ke Pusat Servis yang mana (",), kat Dengkil pun ada kan, bengkel servis kereta biasa, bersepah ada kat mana-mana. (",)
 

Setakat nih, Alhamdulillah...Proton Persona aku tiada masalah yang berat dan teruk memerlukan bajet perbelanjaan yang besar. Semuanya berjalan lancar, disamping masalah-maslalah kecil seperti power windows yang menjadi kebiasaan masalah bagi model keluaran Proton. tetapi masih lagi yang terbaik. (",)

Bagi memudahkan semua yang mencari tempat servis proton di Bandar Baru Bangi, aku sharekan alamat bawah ini beserta nombor telefon :

Teknik Kosmo Sdn Bhd
28, Jalan P 10/ 16 Selaman Ind. Park Section, Bangi 43610, Selangor
 Tel: 03-89269930
 Fax: 03-

Servis Mesra Bangi (di Petronas)
Lot 7 & 9, Jalan 4/1 , Bandar Baru Bangi, Bangi 43650, Selangor
Tel: 03-89261060
Fax: 03-89261059

Spanco Services Sdn Bhd
No 33, Jalan P/21, Taman Perindustrian Selaman, Seksyen 10, Bandar Baru Bangi, Bangi 43650, Selangor
Tel: 03-89201990
Fax: 03-89201991

Walaupun aku duduk Putrajaya, tetapi aku suka hantar kat Kedai kereta area Bandar Baru Bangi ni. (",)
   



Pusat Servis Proton Bandar Baru Bangi, Wakil Servis Proton Edar, tempat Servis kereta proton di Bangi, Lokasi wakil servis Proton Edar, Servis 80,000 KM, Major Services

1 ulasan:

  1. raya tahun nie dkna blk ngn member..kete tinggal kat sini jer..tak yah pk nak servis :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.