Header Ads

Review Filem Al-Hijab | Pratonton Filem



Review Filem Al-Hijab | Sinopsis Filem Al-Hijab

Minggu lalu aku berkesempatan ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Filem Al-Hijab yang berlangsung di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara selepas waktu bekerja...terus rembat redah jalan jammed pergi sana...

Pass kali ini aku dapat menerusi 30 Pass Percuma untuk pembaca budiey.com (",), TQ Budiey. Dapat 2 hari berturut-turut ke Preview di Cathay selepas 19 September untuk Preview Bini-Biniku Gangster. Jammed pun Jammed lah...Pendekkan cerita.....

Sidang Media Filem Al-Hijab selepas tayangan eksklusif tempoh hari.
Baca dulu Sinopsis Filem di bawah untuk mengetahui dan senang faham jalan cerita Filem Al-Hijab ini nanti, takdelah blur-blur nanti...
Sinopsis Filem Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. 
Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. 
Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. 
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Review Filem Al-Hijab Versi Defarhano


Baca sinopsis pun dah macam tengok full movie Filem Al-Hijab ni, (",) cume yang tak best, tak nampaklah lakonan mantap Fathia dan Pierre Andre kan...Ok, nih review dari aku berkenaan Filem Al-Hijab.


* jalan cerita filem berlangsung kebanyakkan dalam suasana yang kelam dan gelap supaya mood seram sentiasa menakutkan penonton.


* kekadang aku terasa bengkek giler dengan Pierre Andre yang langsung tak takutkan hantu dan disebabkan nak dapatkan mood seram untuk offer yang dia dapat siap pergi tempat bangunan tinggal yang sangat 'keras' nak tengok hantu setelah diberitahu lokasi tersebut oleh Nurfathia. ("I Segan...")


* plot cerita yang mendatar, babak seram yang membuatkan penonton menjerit, babak suspen, dan paling aku tak sangka, turut diselitkan dengan unsur jenaka oleh Bell Ngasri and The Geng yg menumpangkan Pierre Andre akibat kerosakan kereta.... memang lawak giler...eh...ni bukan filem komedi okey!...


* part Qis tetibe datang ke rumah Pierre selepas Pierre balik dari buka Hijab, membuatkan penonton berteka teki... sehingga akan menarik penonton berpaling muka la kan... babak suspen + seram kat situ...


* Filem ni pelakon tak ramai mana tapi dapat memberi penghayatan kepada penonton dan di akhir cerita bakal memberi satu persoalan kepada mereka...


Saksikan Filem Al-Hijab yang menyeramkan anda bakal ditayangkan di pawagam berdekatan anda pada 6 Oktober 2011. Filem pertama keluaran Empat Semudra , Syarikat dari Johor.


Amaran : Kepada pesakit jantung dan ibu-ibu mengandung, anda memang sangat-sangat tidak digalakkan dari menonton Filem Al-Hijab. Kang mau terberanak kat dalam panggung wayang kang....(",)


Video Filem Al-Hijab Trailer

Tengok trailer dibawah pun dah bleh rase seram woo...

Barisan Pelakon Filem Al-Hijab
Pierre Andre: Rafael (Pelakon Utama)
Fathia: Qiss (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib: Mak Itam (Pelakon Pembantu)
Nor Albaniah: Datin (Pelakon Pembantu)
Aziz M.Osman: Pengarah filem (Artis Jemputan)
Khir Mohd Noor: Penerbit (Artis Jemputan)
Sempat juga bergambar bersama blogger Bro Framestone dan JMR yang baru 1st time aku bertegur sapa... huhu...ramah sungguh...


Ramai lagi blogger yang pergi dan buat review awal pasal filem ini...


Aku bagi  4/5 bintang untuk Filem Al-Hijab. (",)


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!



Review Filem Al-Hijab, Sinopsis Filem Al-Hijab, Gambar Malam Pratonton Filem Al-Hijab, Artis dan Pelakon Filem Al-Hijab, Film Al-Hijab Preview Movies, Kutipan Al-Hijab, Kutipan Filem Al-Hijab, Kutipan Terkini Filem Al-Hijab, Kutipan Box Office Filem Al-Hijab,

2 ulasan:

  1. harap2 best...

    http://bulatmata.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. untungnya . asyik dapat tengok review jaa. tapi takpela, ni cerita hantu . tak suka tengok cerita hantu ;p

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.