Ahad, 30 Oktober 2011

Video Gol Final Piala Malaysia 2011 : Terengganu vs N.Sembilan [1-2]


Keputusan Penuh Perlawanan Final Piala Malaysia 2011 di antara Terengganu vs Negeri Sembilan telah menobatkan Negeri Sembilan sebagai juara buat kali ke-3.


Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Terengganu vs N.Sembilan
1-2


Gol Terengganu pada malam tadi dijaringkan oleh Mohd Ashaari Samsudin minit ke '59 dan gol jaringan Negeri Sembilan dijaringkan oleh S. Kunalan minit ke '81 dan Gol kemenangan N.Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar minit ke-'86.






Tahniah N.Sembilan Juara Piala Malaysia 2011.


Saksikan Video Youtube Gol-Gol Final Piala Malaysia 2011 ( All Goal Highlights)

Video Youtube Gol Jaringan Final Terengganu vs N.Sembilan 1-0 - Gol Ashaari Samsudin minit '59
Video Youtube Gol Jaringan Final N.Sembilan vs Terengganu 1-1 - Gol S. Kunalan minit '81
Video Youtube Gol Jaringan Kemenangan Final Piala Malaysia 2011 
Terengganu vs Negeri Sembilan 1-2 - Gol Bycycle Kick Hairuddin Omar minit '86.


Video Gol S. Kunalan, Bola mudah menewaskan Sharbinee Alawee


Video Youtube Gol Cantik First Timer dari Hairuddin Omar setelah menerima hantaran lintang dari Shukor Adan.



* Malam tadi pergi tengok Final Piala Malaysia 2011 Stadium Shah Alam tak puas hati, takleh tengok ulang tayang gol-gol jaringan Terengganu dan N.Sembilan (",). Dah dapat tengok kat Youtube nih rasa puas lah sikit!... hehe..apa-apa pun, tengok kat Stadium Lagi FUNNNNNN..... Yehaaaaaa.. Kredit Video to Sokkernet


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!



Video Gol Final Piala Malaysia 2011, Youtube Gol Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011, Video Youtube Gol Final Piala Malaysia Terengganu vs N.Sembilan 1-2, Terengganu vs N.Sembilan 1-2, Gol-Gol Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011,Hairuddin Omar Goal malaysia cup final 2011 video.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Tiket Final Piala Malaysia sudah ada dalam tangan!... Masa dan Ketika Piala Dalam Genggaman....

Tiket Final Piala Malaysia 2011 sudah berada dalam genggaman aku. 1 Tiket lagi telah selamat dijual semalam disebabkan 'seorang' lagi tidak dapat turut serta. TQ kepada member opis yang tolong belikan. Jom Ke Stadium Shah Alam malam ini menyaksikan pasukan Terengganu vs Negeri Sembilan dalam pentas Final Piala Malaysia buat pertama kalinya berentap!...

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
Terengganu vs Negeri Sembilan
8.45 malam
Stadium Shah Alam
29 Oktober 2011

Siarang Langsung di RTM TV1 dan Live Final Piala Malaysia di Astro Arena 801 serta saluran HD berdefinasi tinggi buat sejarah bolasepak tempatan untuk pertama kalinya...




*** Baru balik dari rumah sahabat di Port Dickson yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya malam td. Semoga arwah sentiasa tenang di pusara dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 
Amin. Al-Fatihah.... 

*** Ada juga saudara di Bentong buat majlis doa selamat, tp tak sempat dah la nak pergi...

Hobin Jang Hobin!!!

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Website Rasmi FAM Digodam! Rentetan Harga Tiket Mahal!





Website rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah digodam lagi kali ini sebagai tanda protes dan rasa ketidakpuashatian di atas kenaikan harga tiket kepada RM50 untuk Final Piala Malaysia 2011 kali ini.


Antara ayat-ayat cinta si penggodam:
So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je

Terus ke Website FAM

FAM tetap dengan pendirian menetapkan harga tiket RM50 dan katanya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Akhirnya kelab penyokong kedua-dua negeri membuat keputusan memboikot pembelian tiket perlawanan akhir piala Malaysia kali ini, sehingga Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa memberi subsidi 50% keatas harga tiket yang dijual di Terengganu dan akhirnya jumlah 30 ribu ianya laku macam goreng pisang panas.


Berikutan dengan hasil jualan tiket Terengganu yang habis, dan Tiket bagi penyokong Negeri Sembilan yang diboikot oleh Penyokong Setia mereka hanya sekitar 2000 sahaja yang dibeli oleh peminat. Memaksa PBNS terpaksa menjual tiket pada harga RM30 kepada penyokong, duit dari kantung PBNS sendiri, demi memastikan Stadium Shah Alam dipenuhi penyokong Hobin Jang Hobin.


Dan inilah akibatnya, terus menerus penyokong dan peminat bolasepak tanah air Malaysia memboikot, sehingga ada yang godam laman web rasmi FAM!...


Untuk update terkini perkembangan bolasepak 
Terengganu dan Negeri Sembilan di Facebook : 
GanuSoccer.Net 
n9futbol.com


FAM jual RM50 kepada PBNS, PBNT dan di Stadium Shah Alam


Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Subsidi 50% kepada penyokong = RM25 / tiket
PBNS bagi diskaun RM20 kepada penyokong = RM30 / tiket
Stadium Shah Alam = RM50 / tiket


Ulat-ulat tiket juga yang untung di Shah Alam nanti, dapatkan stok yang banyak di Terengganu dan Paroi, kemudian jual di Shah Alam kepada penyokong dengan harga lagi bawah RM50... macam ni ke nak banteras ulat-ulat tiket??? Bijak²!!!


Kalau Harga Tiket Final Piala Malaysia sebelum -sebelum ini
2009 RM20
2010 RM30
2011 RM50
2012 RM50 sudah pasti? ke makin turun? Confirm lah makin naik, sebab 2011 jual RM50 pun penyokong mampu datang, tak kira lah duit tu dari subsidi ke, ape ke, diorang bukan fikir pun....



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Isnin, 24 Oktober 2011

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Termahal Dalam Sejarah


Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan telah ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 ini dan boleh dibeli mulai esok. Ini merupakan harga tiket termahal bagi tempat duduk biasa buat penyokong bolasepak tempatan. Kenapa harga tempat duduk biasa boleh jadi mahal macam ini?... Adakah atas dasar soal keselamatan penyokong dan kos kerosakan yang belum tentu dibuat oleh penyokong terpaksa ditanggung terlebih dahulu oleh peminat setia yang popular dengan slogan Hobin Jang Hobin dan Peteh Ganu Peteh?... (Macam mereka yang nak penyokong rosakkan Stadium!... dah bayar mahal2x...stadium tak rosak...bukan ley dapat balik duit pun...!!!)


RM50 untuk dewasa
RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


30,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan
30,000 tiket kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
5,000 tiket akan dijual di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan Akhir,




Tiket berharga RM50 mula dijual esok
KUALA LUMPUR 24 Okt – Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

Janganlah mengambil kesempatan di atas sikap penyokong bola sepak tempatan yang kembali memenuhi stadium dengan menaikkan harga Final Piala Malaysia sesuka hati. Jika tahun 2008 dahulu RM20 dan 2009 menjadi Rm30 atas alasan Kelantan vs Negeri Sembilan untuk menanggung kos, harga terpaksa dinaikkan, dan kini Terengganu vs Negeri Sembilan harga menjadi semakin mahal RM50?... apakah ada sejarah pergaduhan di antara kedua negeri terbabit?... dasar hendak UNTUNG di atas angin!!!


Semoga berita dari Utusan ini adalah satu kesilapan! atau SKRIN LAYAR MAMAK RM1.50 secawan air.... LED TV di RUMAH Sendiri menjadi pilihan... Pilihan di tangan anda!...Sorang RM50, Laki Bini? RM100....


Join Group yang membantah kenaikan harga tiket Piala Malaysia di Facebook
Kami Bantah Harga Tiket Final PM 2011


Antara alasan tak masuk akal berikutkan kenaikan harga tiket Final Piala Malaysia 2011 dari Admin Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak pasti kesahihannya..... Aku agak ini mesti Facebook Palsu FAM yang dikawal untuk memanaskan keadaan penyokong bolasepak tempatan ke atas penyokong Selangor!


Kami memohon maaf atas kenaikan harga tiket,ia dinaikkan untuk penyelenggaraan,pembaikan stadium Shah Alam.Dengan kapasiti stadium Shah Alam adalah stadium nombor dua di Malaysia.Kami yakin ia akan menjadi venue antara salah satu stadium yang terbaik di Malaysia jika dipulihkan dan diperbaiki.Tahun depan pasukan lagenda Selangor akan bakan merasakan padang rumput yang baru beserta penaja-penaja dari syarikat yang kaya.Semoga Selangor terus sukses di Malaysia.

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Ahad, 23 Oktober 2011

Proton Persona Extreme Modified To Lamborghini

Car Road Toll

Mula-mula aku terpandang gambar kereta proton persona ini, macam caya tak percaya sahaja, sebab terlalu banyak pengubahsuaian yang dibuat ke atas struktur asalnya. Tengok dari depan Proton Persona dah macam Lamborghini... (",)

Apa-apa pun layan dulu cerita di bawah...

Persona VIP MODIFIKASI ekstrem! Sekali imbas, pasti ramai tertanya-tanya kenderaan adakah sebenarnya yang diubah suai?

Daripada depan, ia kelihatan seakan-akan Lamborghini, pandangan belakang pula hampir menyerupai Mitsubishi Lancer! Hakikatnya ia hanya sebuah Proton Persona! Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi kos modifikasi dilaburkan sebanyak RM40,000 merubah sepenuhnya wajah asal kenderaan ini.

Menurut pemiliknya, keseluruhan rupa luaran kereta ini diubah suai sepenuhnya, malah ia direka secara custom. Ini termasuk bodykit, bumper depan dan belakang, bonet dan but.

Keempat-empat pintu kereta ini juga direka khas oleh pemiliknya. Pintu depan diubah kepada scissor door manakala pintu belakang pula boleh bergerak dan dibuka pada 360 darjah.

Sesuai dengan sebuah kenderaan untuk pameran autoshow, pemiliknya turut memasang ‘siren’ kepada kereta kesayangannya. Meskipun ia menyalahi undang-undang, kereta ini hanya dikhaskan untuk memasuki pameran dan bukan digunakan sebagai kenderaan harian.

Memasuki ruang dalamannya pula, sentuhan warna oren dan keemasan aksesori VIP seperti DAD dan Junction Produce (JP) menarik perhatian.

Menggunakan kerusi depan bucket sepenuhnya daripada jenama Bride turut memberi impak terhadap konsep sport dan mewah yang diketengahkan kenderaan ini.
Tidak cukup dengan itu, sistem audio asal turut dinaik taraf. Menggunakan dua sub woofer 12 inci bersama enam speaker mid daripada jenama Pegasus Audio yang memenuhi but belakang cukup untuk menggegarkan telinga.

Meskipun kenderaan ini jarang mendapat perhatian kaki kereta di luar sana, pengubahsuaian dilakukan terhadap kenderaan ini pasti menyuntik semangat kepada pemilik Proton Persona untuk mengubah suai kenderaan mereka.

PENGUBAHSUAIAN / MODIFIED

LUARAN
Bodykit ditempah khas (gentian kaca)
Bumper depan dan but belakang ditempah khas
Spoiler ditempah khas (gentian kaca)
Cermin sisi ditempah khas

AKSESORI
Seat bucket Bride
Cermin pandang belakang DAD
Mini Table DAD
Meter Apexi

AUDIO
12 inci sub woofer Pegasus Audio
Mid speaker Pegasus Audio
Amplifier Pegasus Audio
7 inci skrin LCD Pioneer
32 inci LCD Sony
Pemain DVD Pioneer

ENJIN
Enjin asal Proton Pesona
Penapis udara K&N
Palang penstabil

EKZOS
Piping lurus 2.3 inci ditempah khas
Tabung tengah ditempah khas
Peredam bunyi khas

Ini kereta kalau buat jalan-jalan untuk penggunaan harian boleh bikin menangis woo.. kos labur dah besar, pastu xsayang ke?... So ini antara yang menarik minat aku nak share pasal Proton Persona...

Sumber : Harian Metro

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Terengganu vs Negeri Sembilan : Final Piala Malaysia 2011


Kesudahan Perlawanan Separuh Akhir Kedua 22 Oktober memberikan tempat perlawanan akhir kepada perlawanan di antara Terengganu vs Negeri Sembilan di Final Piala Malaysia 2011 yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 bagi menentukan Juara Piala Malaysia 2011.


Keputusan Separuh Akhir Kedua
Terengganu vs Selangor 
2-1
(Terengganu layak argegat 4-1)


Negeri Sembilan vs T-Team
2-1

(Negeri Sembilan layak argegat 6-3)

Terengganu akan melawan Negeri Sembilan selaku tuan rumah di Stadium Shah Alam, manakala Negeri Sembilan akan beraksi sebagai pasukan away team. Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir dalam tempoh 3 tahun.


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
Terengganu vs Negeri Sembilan
Sabtu, 8.45 malam
29 Oktober 2011.
Stadium Shah Alam, Selangor



Klik untuk link : Harga Rasmi Tiket Final Piala Malaysia 2011 bagi semua tempat duduk ialah RM50. Terima kasih FAM. Jom Ramai-Ramai ke Stadium Shah Alam bawa SEPANDUK!!! Sumber Utusan Malaysia.




* Seperti biasa, Harga Tiket untuk Final Piala Malaysia 2011 Terengganu vs Negeri Sembilan dijangka dijual pada harga serendah RM30 per tiket di kaunter. (",). Tunggu pengumuman rasmi mengenai lokasi dan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 Kanak-Kanak, Tiket Final Piala Malaysia, Jualan Tiket Final Piala Malaysia, Stadium Perlawanan Akhir Negeri Sembilan vs Terengganu, Terengganu vs Negeri Sembilan di Shah Alam, Lokasi Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Stadium Final Piala Malaysia 2011, Juara Piala Malaysia

Bermalam di Permaisuri Resort Port Dickson



Best sungguh bermalam di Permaisuri Resort Port Dickson, Aku ke sini bukan untuk bersuka-suka, tapi sekadar memenuhi cuti di hujung minggu, datang dgn family menginap di resort/hotel yang ayah menginap untuk kursus. Jadi dah dengar pun ayah sorang-sorang kat sana...kami sekeluarga pergi memeriahkan keadaan. (",) lagipun dah lama tak bermandi-mandian di pantai Teluk Kemang, Port Dickson.


Oh ya, terlupa nak bagi tahu lokasi Permaisuri Resort ini terletak bersebelahan dengan Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson, di Blue Lagoon, dan dengar asalnya Permaisuri Resort ini hak milik kerajaan tetapi diswastakan kepada pihak terbabit. Tak kesahlah...harga rumah/apartment/hotel yang kami tinggal pulak harga sewa dia dalam RM480 semalam... pergh...bapak mahal...tapi keadaan amat selesa... (",) bayangkanlah kalau rumah tersebut ada 3 bilik dan ruang tamu, bilik pula macam sewa 1 bilik hotel 5 star keluasan dia...huhu



bersambung di next entri.


Jumaat, 21 Oktober 2011

Real Steel : Pertarungan Robot Besi Terbaek!


Aku baru tengok movie Real Steel di One Utama, (",).
 Pergh, best sangat tengok Filem ini berbanding Filem-Filem yang aku penah tgk dalam beberapa hari lalu iaitu 1911 dan The Sorcerer and The White Snake. Ternyata Real Steel lagi memberi kepuasan impak maksima buat aku yang menontonnya di pawagam...

Apa yang pasti pasti akan ada susulan Filem Real Steel 2 selepas ini, disebabkan robot Champion Zeus tidak kalah di perlawanan ulung dengan Robot Sparring ciptaan si budak kecil yang dinamakan Robot Atom selepas 5 pusingan. Suka gila tengok Atom berjoget-joget ikut tuan dia. Filem macam ni, kalau nak feeling tengoklah di pawagam, kalau tengok yang download punya tak berapa nak feel, gambar tak clear, sound pun xberapa bagus...HeHe... Hari itu member terus tengok online, sangkut-sangkut lak tue... xpuas hati la kalau camtu kan... kan...kan...

  Moral dari Filem ini ialah, seberapa kuat dan gagah pun kita, kita kena berlatih dan terus berlatih, jangan jadi macam Bapa budak kecil tue, nama apa ntah, aku dah lupa... sayang gila, robot semua kuat dan gagah tapi terus masuk pertandingan tanpa cukup ilmu pasal kawalan robot. Akhirnya robot dia Ambush hancur ditangan kerbau atau lembu dan satu lagi robot dia tewas di gelanggang... Nasib dia ada anak yang bijak...Anak dialah yang membuatkan Atom lebih dari sekadar robot training...(",) best3x...terbaik untuk movie nih....5 Star! tak sabar nak tunggu Real Steel 2 keluar pula..





Rabu, 19 Oktober 2011

Tumpasnya Selangor di Shah Alam, 90 Minit Kedua Menanti

Semalam aku pergi ke Stadium Shah Alam, untuk memberi sokongan dan  menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Pertama di antara Selangor vs Terengganu kepada Skuad Gergasi Merah. Tetapi ternyata dengan kehadiran aku ke stadium gagal memberikan kemenangan kepada Red Giant. Penyu berkuasa di Shah Alam dengan 2 (away goal) gol selesa untuk bekalan Separuh Akhir kedua pada Sabtu ini 22 Oktober 2011. Dengan rekod Selangor sejak diambil alih oleh P.Maniam amat memberangsangkan tetapi terpaksa menerima kekalahan setelah merasai kemenangan berturut-turut menewaskan Polis,KL, Perak sebanyak 2 kali. Takpe...2nd Semi Final ada...

Aku sangat kecewa tengok permainan yang dipamerkan oleh pemain Selangor pada malam tadi, sepakan semuanya off target, melambung ke langit tak tahu hendak pergi ke mana, semoga skuad Selangor dapat memperbaiki permainan dan keputusan perlawanan separuh akhir kedua nanti memihak kepada Selangor. Walaupun ketinggalan 2 gol sebelum 90 minit kedua bermula, Selangor perlu menang bagi merealisasikan MISI 33 yang sebelum ini pudar diperingkat kumpulan tetapi bernyala semula.

Ayuh gergasi Merah! Bangkit di Stadium Nasirudin Shah Sabtu Nanti!... Pemain Terengganu cukup pandai menggunakan peluang yang ada dan terhidang, itulah kelebihan pasukan pantai timur ini yang sangat bahaya dari segi Counter Attack. Walaupun sudah melangkah ke Final di Shah Alam sebelah kaki, Semoga Selangor mampu tarik kaki penyu untuk Red Giant mara ke perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 ini.

Nilah tiket Terengganu vs Selangor malam tadi, selamba je pergi tengok sorang-sorang. (",) Pusing satu stadium malam tadi...
Pintu 7 port penyokong laman portal SelangorFC.com.

 Suku bahagian adalah penyokong Terengganu. Kat situlah aku mula-mula masuk, sekali tengok, apada...putih hitam...hehe...lariiiiiiii

 Dah pusing 1 stadium nih, 2nd half tukar tempat pulak...
Bergambar dulu sebelum balik... Macha sebelah aku nih tak pakai baju Selangor kenapa...hehe...takkan malu kot Selangor kalah...rileks lah...Misi 33 masih bernyawa....

VIVA SELANGOR!!!
Piala Malaysia 2011
18 Oktober 2011
Keputusan Separuh Akhir Pertama 
Selangor vs Terengganu 0-2
T-Team vs Negeri Sembilan 2-4

22 Oktober 2011
Terengganu vs Selangor -
Negeri Sembilan vs T-Team -

Perut pun sudah lapar, jadi sebelum tamat perlawanan, dan tersangkut dengan jammed, aku gerak dulu ke Kedai Kopi di Dataran Shah Alam. Menu Nasi Goreng Kedai Kopi dan Nasi Goreng Melayu menjadi pilihan perut yang sedang lapar...(",) Sangat Sedap dan amat puas hati...

Nasi Goreng Kedai Kopi

Nasi Goreng Melayu


** Lupe bawa bateri Kamera SLR sebab bateri tengah charge...adess, rugi.. kalau tak, dapat gak shoot2 player semalam....




Ahad, 16 Oktober 2011

Jom Tukar MyKad Baru pada Januari 2012

 Malaysia sekali lagi melakukan pembaharuan ke atas kad pendaftaran diri iaitu  'Identification Card' atau pun MyKad(seperti gambar di atas) yang dulu disebut Kad Pengenalan kini lebih dikenali MyKad(Kad Pengenalan). Semenjak penukaran dari Kad Pengenalan kepada MyKad, sudah hampir 3 kali aku renew MyKad disebabkan kerosakan Cip dan juga struktur MyKad tersebut.  Waktu zaman gambar kad pengenalan seperti di bawah ni, tak pernah aku tukar baru atau buat gantian kad pengelanan disebabkan kerosakan...duit pun jimat...
Gambar Kad Pengenalan Tomok (",)
Ternyata bagi aku MyKad dulu atau yang kita guna sebelum 2012 tiada kualiti, lagi bagus guna Kad Pengenalan yang diliminated tu... tapi dari segi keselamatan Kad Pengenalan liminated mudah dipalsukan, MyKad ada cip, penjenayah kalau nak buat apa-apa mesti ada sahaja jalan dia...idea mesti banyak punya...

Terbaru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dikatakan lebih ciri-ciri keselamatan, lebih berkualiti berbanding yang diguna pakai sekarang... berita kosmo seperti di bawah gambar mykad baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak disertakan .
MyKad baharu mulai Januari

KLUANG - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.

Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.
Gambar kad pengenalan P. Ramlee
Komen Defarhano : Harap MyKad baru tahun 2012 yang dikeluarkan lebih berkualiti dari segi cip dan ciri-ciri keselamatan, tidak seperti yang ada sekarang.

Khamis, 13 Oktober 2011

Review Filem The Sorcerer And The White Snake

Review?... aku dah tengok, aku nak review lah jugakkan, tak kiralah dah lama ker, baru lagi ke main kat pawagam kan... (",)

Semalam aku sempat tengok citer Jet Li terbaru iaitu Filem The Sorcerer And The White Snake di TGV Bukit Raja dengan siapa lagi, dengan buah hati pengarang jantung lah kan... kalau ikutkan hati nak tengok sekali dengan filem terbaru Jackie Chan iaitu 1911 tapi tak release lagi malam tadi dan masa pun tak mengizinkan... (",)

The Sorcerer And The White Snake dah macam kategori 18 ke atas pula, tapi zaman sekarang kan dah zaman terbuka dan serba maju canggih...hehe...banyak sangat adegan cium-cium diulang-ulang kat dalam tu bagi nak mengingatkan kembali detik-detik pertemuan mereka...

Terkejut jugak tgk citer nih disebabkan banyak guna teknik-teknik CGI (Imej Janaan Komputer)... ada bab yang macam tak jadi pun ada, kelakar sikit lah kan kalau sebelum nih aku tak pernah atau tak tertengok lagi Catonese Film yang ada CGI...mungkin aku terlepas pandang...hehe...

Frust pun ada dengan jalan cerita terakhir filem ni, yang mana 2 pasangan yang bercinta dipisahkan disebabkan perbezaan dunia masing-masing...Satu dunia hantu ular dan dunia manusia... rasa macam kejam jer Jet Li buat camtu dekat Hantu yang bernama Susu... (",) pergh..Hantu Susu...taktau lah sape pelakon dia, aku kenal Jet Li je...

Aku ingatkan cerita ni macam Shaolin 2011 tue, sekali filem nih banyak aksi lawan dengan hantu daa...tu banyak teknik cgi yang digunakan... lagipun aku tak tengok Trailer The Sorcerer nih sebelum tengok...tu yang ape yang aku jangkakan meleset...hehe korang layan lah dulu trailer dia yer...




Taktau Filem ni tayang sampai biler kat wayang, tapi dah lame dia kuar sejak 29 September 2011, birthday aku nih...tak penah lagi redeem tiket Free dari GSC untuk birthday...rugi-rugi....

Sedikit info mengenai Filem The Sorcerer And The White Snake

Release Date: 29 September 2011
Language: Cantonese
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Martial Arts
Running Time: 1 Hour 41 Minutes
Director: Tony Ching Siu Tung
Cast: Jet Li, Raymond Lam, Charlene Choi, Eva Huang

Synopsis: White Snake (Eva Huang), in the incarnation of a beautiful lady, falls in love with a young herbalist Xu Xian (Raymond Lam). With the help of Green Snake (Charlene Choi), she ventured into the human world and got married to Xu Xian. In a twist of event, Fa Hai (Jet Li), a sorcerer from Jin Shan Temple, crosses path with White Snake. A fiery battle is about to begin...


Sempat Snap-snap gambar filem terbaru yang bakal keluar ...Apa Tengok-Tengok 27 Oktober 2011,  Misteri Jalan Lama ditayangkan pada 24 November 2011 dan aku nak tengok Lisa Surihani berlakon dalam Papa I Love U tapi lambat lagi nak tayang di pawagam...hujung bulan 12....





Next Filem aku nak tengok ialah 1911 lakonan Jackie Chan...
baru ditayangkan hari ini... 13 Oktober 2011 tapi bila yer...

Mungkin ada yang dah download Filem The Sorcerer And The White Snake di internet, tapi bagi aku, filem-filem macam ni lagi syiok tengok kat pawagam...1911 sudah semestinya aku tengok di pawagam...lainlah rumah aku Home Theathre dah macam pawagam....confirm layan kat rumah... (",)






Rabu, 12 Oktober 2011

Lokasi Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam





Stadium Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 ini setelah diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Ini berikutkan Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam proses penyelenggaraan dan terpilihnya Stadium Shah Alam sebagai Venue Perlawanan Final Piala Malaysia merupakan kali ke-6 setelah kali pertama ia digunakan pada 1994 di antara Pahang vs Singapura yang kecundang 0-4 dan kali terakhir Stadium Shah Alam digunakan pada tahun 2000 perlawanan di antara Perak dan Negeri Sembilan.






Stadium Shah Alam venue final Piala MalaysiaPETALING JAYA - Teka-teki berhubung venue perlawanan akhir Piala Malaysia terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Shah Alam akan menjadi gelanggang final piala berprestij itu 29 Oktober ini.
Sumber Utusan Malaysia

Selasa, 11 Oktober 2011

Menarik Juga aku tengok Total Pageviews


Aku agak kesibukan hari ini, disebabkan dihantar ke Kursus E-Learning walaupun ianya dilihat tidak berkaitan dengan aku. Tak minta pun, tapi dapat pulak..haha...takpe...janji ada Makan FREE (",)...tadi makan pagi Mee Kari dan Tengah hari Nasi Minyak...pergh....gemuk camni....

Takpelah, best juga ade modules2x yang menarik... siap belajar cara-cara nak buat LiveStream lagi, kalau lepas-lepas ni keadaan memerlukan aku berbuat demikian...

Apa-apa pun aku tiba-tiba TERajin Print Screen Total Pageviews jam 2.05 petang tadi, 228899 menarik betul..esok jam 2.05 petang aku Print Screen lagi...hehe...tapi takde kene mengena dengan aku pun...
Lepas ni ingat nak bagi siapa yang berjaya print screen 6 angka yang aku nak, aku bagi Hadiah lah yer...nantikan nombornya... ade ke yang nak captured...hihihi...takde, aku simpan je nnt... (",)

* Sorry, ni entry takde keja, stanby sebelum pergi sambung kursus...hehehe

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Isnin, 10 Oktober 2011

Jadual Gaji Baru SSM 2012 | Kiraan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 (SSBPA-SSM)

NEWS : PEKELILING, JADUAL GAJI BARU 2016 << 15/04/2016 baca sini

View & Download



Isu Terkini | Berita Terbaru
April ~ Dapat info gaji dah update kat website JPA - www.jpa.gov.my (",) selamat mengira membaca pekeliling gaji SSM dan menikmati gaji baru!~... di link JPA

View|Download Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Dapat update terkini yang ramai masih menerima gaji SSM pada bulan Mac 2012. Mungkin gaji bulan April 2012 baru kakitangan kerajaan dapat gaji baru SSM 2012 yang ditambah dengan peratus kenaikan, termasuk tunggakan gaji tiga bulan... harap bersabar...
Berita Terkini Gaji Skim SBPA 2012 yang diumum 8 Mac 2012 SBPA telah Dimansuhkan oleh Kerajaan dan Kembali kepada SSM yang ditambah baik.
"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Contoh Kiraan Pelarasan Gaji 13% dan Jadual Gaji Baru SSM 2012
1. Gaji Pokok x 13% = Dapat Jumlah Kenaikan 13%
Jumlah Kenaikan 13% tambah Gaji Pokok = Gaji Baru SSM 2012
(Bergantung kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum | Sifir Gaji SSSM 2012 yang bakal dikeluarkan oleh JPA)
2. Gaji Baru SSM 2012 + Bulan Kenaikkan Gaji Tahunan (KGT) = Jumlah Gaji Baru 2012
Untuk mengetahui Jadual Gaji SSM 2012 yang baru sila ke link berikut :-
1. Jadual Tangga Gaji SSM 2012
2. Maklumat Lanjut dan Video Pengumuman DS Najib sila baca disini...
3. Iklan dari HitzSupaHiro: Move aside KatyPerry, Bruno Mars, One Direction coz #hitzSupaHiro is here!
3. Iklan dari Agent 7.7: Stand the chance to win a Samsung Galaxy Tab 7.7.
__________________________________________________________________

Berita Semasa Sebelum SBPA dibatalkan
Maklumat Baru SBPA
Kadar Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012 Tuntutan CUEPACS
Update Sifir Gaji SBPA: Tangga Gaji SBPA 2012 untuk Gred Penjawat Awam sila ke link ini
UPDATE 9/1202011 : Kiraan Kenaikan Gaji Dalam Sistem SBPA Boleh rujuk pada Image dibawah.
Kiraan mudah bagi jadual baru Kenaikan Gaji 7% hingga 13% Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) yang bakal digunapakai 2012 nanti ialah :
Kenaikan Gaji jadual Sistem Saraan Baru 2012 versi Aku
Gred 1- Kenaikan Gaji 13%
Gred 11 - Kenaikan Gaji 12%
Gred 17 - Kenaikan Gaji 11%
Gred 27 - Kenaikan Gaji 10%
Gred 41 - Kenaikan Gaji 9%
Gred x - Kenaikan Gaji 8% (mungkin Gred 51)
Gred x - Kenaikan Gaji 7% (mungkin Gred Khas)

*** Sila Baca Sehingga Habis Untuk Sebarang Pendapat. Ini kerana Sifir Gaji Kakitangan Awam belum lagi keluar.(",)

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Dan Kenaikan Anjakan Gaji Tahunan dari RM80 - RM320 versi Aku
Gred 1 - Kenaikan Gaji RM80 + Gaji Pokok Semasa
Gred 11 - Kenaikan Gaji RM120 + Gaji Pokok Semasa
Gred 17 - Kenaikan Gaji RM160 + Gaji Pokok Semasa
Gred 27 - Kenaikan Gaji RM200 + Gaji Pokok Semasa
Gred 41 - Kenaikan Gaji RM240 + Gaji Pokok Semasa
Gred x - Kenaikan Gaji RM280 + Gaji Pokok Semasa(Mungkin 51)
Gred x - Kenaikan Gaji RM320 + Gaji Pokok Semasa(Mungkin Gred Khas)

* Ini adalah kiraan mudah aku dan kawan-kawan. Senang Cerita kalau kakitangan awam tu berada dalam Gred 22, 32 atau 44 iaitu Kanan...mereka akan merasa Kenaikan anjakan gaji Tahunan hampir 2 kali ganda dari Gred 17, 27, dan 41.

* Jangan marah kalau jangkaan ini salah, tapi aku rasa ianya hampir  betul...kerana Pekeliling Jadual Gaji Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) 2012 akan aku upload kat sini nanti bila telah diumumkan kelak.

* Dan terbaru selepas lunch, ada pula pengiraan jadual gaji baru Kenaikan tahunan menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam pada kadar berikut:

Kenaikan gaji Tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Gred 1-16 : RM80
Gred 17-26 : RM120
Gred 27-40 : RM160
Gred 41-48 : RM220
Gred 52-54 : RM260
Jusa A,B,C : Rm320

Yang ini nampak macam logik lagi lah kan...tapi sumber tidak dapat dipastikan...
apa-apa pun Jusa A,B,C tak mungkin kenaikan gaji tahunan dia RM320 sahaja...sebab sekarang pun lebih dari itu...tapi kalau kenaikan tahunan gaji sekarang ditambah lagi Rm320...memang aku percaya...

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
Kedua: 
Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;


* Ada pulak yang kata gaji naik 37.7%...sedangkan apa yang aku faham...itu hanyalah kenaikan gaji maksimum kakitangan awam dipanjangkan dan dinaikkan sahaja dengan adanya Sistem baru SSBPA yang menggunakan sistem gaji sebaris, maknanya takde P2 dan P3 lah agaknya...hanya P1 tetapi mungkin pergerakan gaji meningkat dengan anugerah melintang(seperti sblm ini) untuk ke tangga (cth:T12-T15)....Gaji starting atau gaji semasa tak berubah pun(berubah pun 7-13%)...sebab yang bawah RM3000 kan dapat bantuan RM500...kalau gaji naik 37.7%, bapak kayanya negara kita dan kita pun kaya raya....yehaaaaaaa....ntahlah...(",)
*** Jangan percaya pada khabar angin ini, kerana kelak anda yang kecewa jika apa yang ditarget tidak menjadi kenyataan... anggaplah hanya sekadar suka-duka sahaja... PEACE. No War! Tunggu Pekeliling Rasmi berkenaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) keluar dari JPA. Baru boleh anda percaya 100%.
Aku akan upload file tersebut disini.


15 NOVEMBER 2011
Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2011
"Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar berdasarkan gaji
bulan Disember 2011 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2011. Imbuhan
Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi akan dibayar bersekali dengan gaji bulan
Disember 2011."

Pekeliling Bonus Gaji Kali Kedua 2011

18 NOVEMBER 2011
Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian
Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Sumber -
Laman Web JPA

Pekeliling Baru : Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dikeluarkan. Sila layari untuk maklumat lanjut.

Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Maklumat untuk skim J :-

Permintaan rakan-rakan skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhimat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi. - Sumber Facebook Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
Share and Get Money


Sifir Gaji Kakitangan Sokongan dalam sistem SSBPA,Pekeliling Gaji 2012, Bayaran bonus tahun 2011, Pelarasan Gaji Baru Kakitangan Kerajaan, Pekeliling Gaji Penjawat Awam, Kenaikan Gaji 2012, Pekeliling JPA Bonus, Pekeliling Bonus 2011, Pekeliling Terkini JPA 2011, Kiraan Gaji Baru, Mata & Tangga Gaji Kakitangan Awam 2012, Pekeliling Gaji 2012, Pergerakan Gaji 2012, Gred Gaji Kerajaan 2012, Jadual Skim Gaji Kerajaan 2012, Pekeliling Gaji Baru 2012, Pekeliling SSBPA

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerajaan Beri Bonus Bulan Disember dan Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam 2012


Dalam pengumuman Bajet 2012 semalam, pelbagai persepsi dan cara penerimaan rakyat  Malaysia menyambut baik atau menerima ucapan Bajet 2012 dari Perdana Menteri.



Apa yang paling dikehendaki oleh orang ramai khasnya kakitangan kerajaan ialah  berlaku pelarasan kenaikkan gaji yang membolehkan mereka menikmati gaji yang lebih selesa untuk menempuh kekangan hidup seterusnya, ianya dapat dinikmati dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) yang berlaku kenaikkan gaji 7-13% bermula tahun hadapan.


Aku melihat hanya pemberian bonus setengah bulan gaji pada bulan Disember 2011 ini yang akan dibayar bersama gaji bulan Disember, dan bantuan RM500 kepada 3.4 juta orang yang berpendapatan RM3,000 kebawah layak menikmati bantuan ini setelah berdaftar dengan LHDN secara one-off payment. Dan yang ketiga, kenaikkan gaji tahunan kepada RM80-RM320 setahun yang tidak banyak bezanya. Berbanding pelarasan gaji sebelum ini.

Untuk Maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam sila download Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:


Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
www.custom.gov.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
www.hasil.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
www.sc.com.my

Bank Negara Malaysia
www.bnm.gov.my



Bonus Penjawat Awam Disember ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pemberian bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 seorang kepada 1.3 juta penjawat awam pada bulan Disember ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan mengiktiraf sokongan penjawat awam dalam pembangunan negara.


"Langkah tersebut akan menjadikan jumlah bonus yang diberikan kepada penjawat awam pada tahun ini bersamaan dengan sebulan gaji atau bayaran minimum RM1,000."Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam," katanya pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.


Sistem Saraan Baru diperkenalkan
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta kakitangan awam negara ini menerima berita gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.


Ketika membentangkan Bajet 2012 bertajuk, Dasar Transformasi Nasional: 'Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara', Perdana Menteri berkata, skim tersebut akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertujuan mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya lebih dinamik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi SBPA, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.


Beliau menambah, penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.


"Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.


"Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,'' katanya di Dewan Rakyat semalam.


Defarhano Komen :

Alangkah baiknya jika Belanjawan 2012 semalam diumumkan tentang:
Kenaikkan Elaun Bantuan Sara Hidup,
Pelarasan Gred Gaji Minimum RM1000
dan lain-lain dirasakan perlu.

Harap kenaikkan gaji tersebut adalah 7% kepada mereka yang berada di gred tertinggi dan 13% untuk golongan sokongan. Walaupun jangkaan 10%-40% kenaikkan gaji sebelum ini meleset sama sekali.

Sifir Kiraan Gaji Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) 2012 akan aku update di entri seterusnya. Sebab kalau nak update yang sebetulnya pun Pekeliling jadual gaji baru belum keluar lagi. Jadi kena tunggu, atau kira sendiri.

Apa Pandangan Anda?




Jadual Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012,Skim Gaji SSBPA,Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2012, Kadar Kenaikan Gaji, Peratus Kenaikan Gaji, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Bila Bayaran Bonus Bulan Disember 2012,