Jom Tukar MyKad Baru pada Januari 2012
Malaysia sekali lagi melakukan pembaharuan ke atas kad pendaftaran diri iaitu 'Identification Card' atau pun MyKad(seperti gambar di atas) yang dulu disebut Kad Pengenalan kini lebih dikenali MyKad(Kad Pengenalan). Semenjak penukaran dari Kad Pengenalan kepada MyKad, sudah hampir 3 kali aku renew MyKad disebabkan kerosakan Cip dan juga struktur MyKad tersebut. Waktu zaman gambar kad pengenalan seperti di bawah ni, tak pernah aku tukar baru atau buat gantian kad pengelanan disebabkan kerosakan...duit pun jimat...
Terbaru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dikatakan lebih ciri-ciri keselamatan, lebih berkualiti berbanding yang diguna pakai sekarang... berita kosmo seperti di bawah gambar mykad baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak disertakan .
Gambar Kad Pengenalan Tomok (",)
Ternyata bagi aku MyKad dulu atau yang kita guna sebelum 2012 tiada kualiti, lagi bagus guna Kad Pengenalan yang diliminated tu... tapi dari segi keselamatan Kad Pengenalan liminated mudah dipalsukan, MyKad ada cip, penjenayah kalau nak buat apa-apa mesti ada sahaja jalan dia...idea mesti banyak punya...Terbaru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dikatakan lebih ciri-ciri keselamatan, lebih berkualiti berbanding yang diguna pakai sekarang... berita kosmo seperti di bawah gambar mykad baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak disertakan .
Gambar kad pengenalan P. RamleeMyKad baharu mulai Januari
KLUANG - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.
Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.
Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.
Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.
Komen Defarhano : Harap MyKad baru tahun 2012 yang dikeluarkan lebih berkualiti dari segi cip dan ciri-ciri keselamatan, tidak seperti yang ada sekarang.
Prubahan zaman.. kecanggihan teknologi..
BalasPadammykad ak dari drjh nam ta pernah tuka pon. haha^^
BalasPadam**malas punye pasal