Kerajaan Beri Bonus Bulan Disember dan Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam 2012 | defarhano.com
D7

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kerajaan Beri Bonus Bulan Disember dan Kenaikkan Gaji Kakitangan Awam 2012


Dalam pengumuman Bajet 2012 semalam, pelbagai persepsi dan cara penerimaan rakyat  Malaysia menyambut baik atau menerima ucapan Bajet 2012 dari Perdana Menteri.



Apa yang paling dikehendaki oleh orang ramai khasnya kakitangan kerajaan ialah  berlaku pelarasan kenaikkan gaji yang membolehkan mereka menikmati gaji yang lebih selesa untuk menempuh kekangan hidup seterusnya, ianya dapat dinikmati dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) yang berlaku kenaikkan gaji 7-13% bermula tahun hadapan.


Aku melihat hanya pemberian bonus setengah bulan gaji pada bulan Disember 2011 ini yang akan dibayar bersama gaji bulan Disember, dan bantuan RM500 kepada 3.4 juta orang yang berpendapatan RM3,000 kebawah layak menikmati bantuan ini setelah berdaftar dengan LHDN secara one-off payment. Dan yang ketiga, kenaikkan gaji tahunan kepada RM80-RM320 setahun yang tidak banyak bezanya. Berbanding pelarasan gaji sebelum ini.

Untuk Maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam sila download Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:


Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
www.custom.gov.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
www.hasil.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
www.sc.com.my

Bank Negara Malaysia
www.bnm.gov.my



Bonus Penjawat Awam Disember ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pemberian bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 seorang kepada 1.3 juta penjawat awam pada bulan Disember ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan mengiktiraf sokongan penjawat awam dalam pembangunan negara.


"Langkah tersebut akan menjadikan jumlah bonus yang diberikan kepada penjawat awam pada tahun ini bersamaan dengan sebulan gaji atau bayaran minimum RM1,000."Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam," katanya pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.


Sistem Saraan Baru diperkenalkan
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta kakitangan awam negara ini menerima berita gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.


Ketika membentangkan Bajet 2012 bertajuk, Dasar Transformasi Nasional: 'Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara', Perdana Menteri berkata, skim tersebut akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertujuan mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya lebih dinamik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi SBPA, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.


Beliau menambah, penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.


"Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.


"Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,'' katanya di Dewan Rakyat semalam.


Defarhano Komen :

Alangkah baiknya jika Belanjawan 2012 semalam diumumkan tentang:
Kenaikkan Elaun Bantuan Sara Hidup,
Pelarasan Gred Gaji Minimum RM1000
dan lain-lain dirasakan perlu.

Harap kenaikkan gaji tersebut adalah 7% kepada mereka yang berada di gred tertinggi dan 13% untuk golongan sokongan. Walaupun jangkaan 10%-40% kenaikkan gaji sebelum ini meleset sama sekali.

Sifir Kiraan Gaji Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) 2012 akan aku update di entri seterusnya. Sebab kalau nak update yang sebetulnya pun Pekeliling jadual gaji baru belum keluar lagi. Jadi kena tunggu, atau kira sendiri.

Apa Pandangan Anda?




Jadual Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012,Skim Gaji SSBPA,Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2012, Kadar Kenaikan Gaji, Peratus Kenaikan Gaji, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Bila Bayaran Bonus Bulan Disember 2012, 
Like this article? TQ

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with 9 comments comments
Kritikan Rakan Facebook
9 Kritikan Rakan Blogger

9 comments:

blm keja x kesah sngt pasal belaanjawan boleh..hihi

@Tasha belum kerja mmg tak kesah, tp ade juge kan benefit tuk student (",)

kalau dah kerja, sangat2 kesah tau ape yg bestnye Bajet neh..huhu

Bajet cam best la sangat...kaka

hahahaa...memang betul...dah kerja memang oatut take note!

patutnya naikkan gaji min 1k...baru selesa nak hidup...kos sara diri makin tinggi...kene berjimat :)

@Adylia Qarissa (",) takpe...dia lum kerja tak rase...hehehe.... nampak gayanya dgn kenaikkan 7-13...masih ada di bawah rm1k la agaknye.... ;-(

sikit sangat die bagi bonus...
kenaikan pun sikit jer...ngatkan cam paklah dulu 30-35%,hehe
takpe la syukur ape yg dapat dri takde

@DeQWa
memang terasa sikit sangat... ;-( kecewa jhe dengar khabar angin...huhuhu....

betu sangat la yang 7% kat gred tertinggi, 13 untuk sokongan . Mak yang cakap macam tu . *padahal tak kerja lagi ;p

@Cik Nynahehe, mesti betul punye...sebab takkan gred tertinggi dapat 13%.... yg kaye makin kaye la gitue....huhu

xpe, da kerja nnt tau camne

rupa2nya...gred tertinggi yang dapat 13%...gred sokongan ni dapat 8% je...yang dah kaya lg kaya lah nampak gayanya...
kita yang tersepit

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories