Header Ads

Proton Persona Extreme Modified To Lamborghini

Car Road Toll

Mula-mula aku terpandang gambar kereta proton persona ini, macam caya tak percaya sahaja, sebab terlalu banyak pengubahsuaian yang dibuat ke atas struktur asalnya. Tengok dari depan Proton Persona dah macam Lamborghini... (",)

Apa-apa pun layan dulu cerita di bawah...

Persona VIP MODIFIKASI ekstrem! Sekali imbas, pasti ramai tertanya-tanya kenderaan adakah sebenarnya yang diubah suai?

Daripada depan, ia kelihatan seakan-akan Lamborghini, pandangan belakang pula hampir menyerupai Mitsubishi Lancer! Hakikatnya ia hanya sebuah Proton Persona! Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi kos modifikasi dilaburkan sebanyak RM40,000 merubah sepenuhnya wajah asal kenderaan ini.

Menurut pemiliknya, keseluruhan rupa luaran kereta ini diubah suai sepenuhnya, malah ia direka secara custom. Ini termasuk bodykit, bumper depan dan belakang, bonet dan but.

Keempat-empat pintu kereta ini juga direka khas oleh pemiliknya. Pintu depan diubah kepada scissor door manakala pintu belakang pula boleh bergerak dan dibuka pada 360 darjah.

Sesuai dengan sebuah kenderaan untuk pameran autoshow, pemiliknya turut memasang ‘siren’ kepada kereta kesayangannya. Meskipun ia menyalahi undang-undang, kereta ini hanya dikhaskan untuk memasuki pameran dan bukan digunakan sebagai kenderaan harian.

Memasuki ruang dalamannya pula, sentuhan warna oren dan keemasan aksesori VIP seperti DAD dan Junction Produce (JP) menarik perhatian.

Menggunakan kerusi depan bucket sepenuhnya daripada jenama Bride turut memberi impak terhadap konsep sport dan mewah yang diketengahkan kenderaan ini.
Tidak cukup dengan itu, sistem audio asal turut dinaik taraf. Menggunakan dua sub woofer 12 inci bersama enam speaker mid daripada jenama Pegasus Audio yang memenuhi but belakang cukup untuk menggegarkan telinga.

Meskipun kenderaan ini jarang mendapat perhatian kaki kereta di luar sana, pengubahsuaian dilakukan terhadap kenderaan ini pasti menyuntik semangat kepada pemilik Proton Persona untuk mengubah suai kenderaan mereka.

PENGUBAHSUAIAN / MODIFIED

LUARAN
Bodykit ditempah khas (gentian kaca)
Bumper depan dan but belakang ditempah khas
Spoiler ditempah khas (gentian kaca)
Cermin sisi ditempah khas

AKSESORI
Seat bucket Bride
Cermin pandang belakang DAD
Mini Table DAD
Meter Apexi

AUDIO
12 inci sub woofer Pegasus Audio
Mid speaker Pegasus Audio
Amplifier Pegasus Audio
7 inci skrin LCD Pioneer
32 inci LCD Sony
Pemain DVD Pioneer

ENJIN
Enjin asal Proton Pesona
Penapis udara K&N
Palang penstabil

EKZOS
Piping lurus 2.3 inci ditempah khas
Tabung tengah ditempah khas
Peredam bunyi khas

Ini kereta kalau buat jalan-jalan untuk penggunaan harian boleh bikin menangis woo.. kos labur dah besar, pastu xsayang ke?... So ini antara yang menarik minat aku nak share pasal Proton Persona...

Sumber : Harian Metro

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

1 ulasan:

  1. Casino Bonus Codes - December 2021
    No deposit bonus febcasino.com casino promotions. We gri-go.com recommend 2021 casino bonus codes casino-roll.com and https://jancasino.com/review/merit-casino/ promos for new players. We also list new casino bonuses for December 2021. poormansguidetocasinogambling.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.