Header Ads

Sinopsis Filem Klip 3GP | Video Klip 3GP Trailer

Sinopsis Filem Klip 3GP | Filem Klip 3GP Movies Trailer
Filem Klip 3GP ini merupakan Filem Pertama arahan AidilFitri sebagai pengarah Filem Klip 3GP. Sebelum ini Aidil Fitri menggalas tugas sebagai Pengarah Seni sejak 2001.

Pelakon Utama Filem Klip 3gp terdiri dari Zahiril Adzim, MimiFLY One Nation Emcee, Fikhree Bakar, Sabhi Saddi, Amanda Misbun, Tasha Shilla and Sara Ali dan ramai lagi yang turut membantu.
Filem Klip 3gp bakal ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober 2011.

Sinopsis Klip 3gp :
Tagline : Ganas, Gerun & Ghairah
Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya – tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.
Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Pengarah Filem Klip 3gp
AidilFitri Mohamed Yunos

Penulis: 
Sofia J. Rhyland :(Lakon layar)
Aidil Fitri :(Cerita Asal)
Sofia J. Rhyland :(Cerita Asal)

Pelakon Utama Filem Klip 3Gp:
Zahiril Adzim sebagai Eddy / Eddie (Pelakon Utama)
Tasha Shilla sebagai Zakiah (Pelakon Utama)
Sara Ali sebagai Suria (Pelakon Utama)
MimiFLY ONE sebagai Maya Akhtar (Pelakon Utama)
Fikhree Bakar sebagai Sunny (Pelakon Pembantu)
Sabhi Saddi sebagai Zekry
Adeline Anthony sebagai Rita
Armanda Misbun sebagai Mina
Iskandar Zulkarnian sebagai Burn 
Shafiq Isam sebagai Jefri
JojoFLY O.N.E sebagai Reza
Zydee O.N.E sebagai Aril

Krew:
Tajul Iskandar Isa :(Pengarah Seni)

Penerbit:
Puad Onah :(Penerbit)

Syarikat Penerbit :
Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Seram, Misteri
Tarikh Tayangan : 13 Oktober 2011
Durasi : 80 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Official Filem Klip 3gp Trailer Movies
Gambar-gambar Aksi dalam Klip 3GP



Aku rasa tak berapa sesuai nak letak gambar dari Filem Klip 3GP neh...HeHe... Filem ni pun dah nak keluar 13 Oktober 2011, so apalagi?....
Defarhano Komen:Aku nak review filem klip 3gp ini pun tak boleh lagi, tak tengok lagi, Filem 3gp bakal keluar 13 Oktober 2011 ini. Dah tengok baru tau jalan cerita macam mana, tapi bagi pendapat peribadi aku, Filem Klip 3gp ini tak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat... (",) kira kalau nak tengok sekeluarga macam tak sesuai...tagline pun Ganas, Gerun & Ghairah...so 18PL aku bagi dekat Filem Klip3gp...agaknya kot Aksi dalam Filem ini mungkin akan ada yang menghairahkan, agak lucah sedikit, tapi apa-apa pun ianya telah diluluskan oleh LPF kan?... layan ajerlah...

Mungkin ada pengajaran dan tauladan yang diberikan dalam Filem 3gp yang perlu diketahui oleh semua orang. Yang mana baik, kita ambil, yang mana buruk kita tegur dan buang jauh-jauh dari diri kita.

Filem Klip 3GP ini sebenarnya nak bagi pengajaran dekat masyarakat sekeliling kita yang banyak terjebak dengan kancah rakaman video seks melalui telefon bimbit dikalangan remaja dan dewasa sekarang...tak perlu nak ulas kisah mana-mana...kalau nak tau pasal isu sensasi nih, layan Harian Metro hari-hari ok, eh ada lagi ke isu camni...hehehe...
Pandangan ANDA tentang Filem 3GP bagaimana???






Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Klip 3GP, Youtube Klip 3GP, barisan pelakon Filem Klip 3GP, Filem Klip 3GP, sinopsis Filem Klip 3GP, review Filem Klip 3GP, jalan cerita Filem Klip 3GP, pelakon utama Filem Klip 3GP, pengarah Filem Klip 3GP, watak Zakiah dalam Klip 3GP, watak Maya Akhtar dalam Klip 3GP, Watak Suria Filem Klip 3GP, Tiket tayangan Filem Klip 3GP, kutipan tiket Filem Klip 3GP, Malay Comedy movies, Filem Seram Misteri, Watak Zahiril Adzim dalam Filem Klip 3GP, Watak Tasha Shila dalam Filem Klip 3GP, Selebriti Kontroversi Berpelukan dalam Video Klip 3GP, Aksi Lucah klip 3GP, 

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.