Ahad, 27 November 2011

Video Gol Malaysia vs Bahrain [2-3] Kelayakan Olimpik 2012 | 27 November 2011




Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Bahrain 27 November 2011

Malaysia vs Bahrain Fulltime Result
Malaysia 2
Bahrain 3

Saksikan Gol-Gol Malaysia vs Bahrain 27 November 2011 yang berkesudahan Malaysia akhirnya kalah kepada Bahrain yang bermain 10 orang pemain 15 minit terakhir perlawanan.

Video Youtube Gol cantik Nazmi pada minit ke 30' meletakkan Malaysia mendahului Bahrain 1-0.

Gol Nazmi Faiz Malaysia vs Bahrain 1-0

Video gol lain bakal diletakkan disini.
kredit to nazwa69 youtube


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Ke Kenduri Kahwin @ Bukit Jelutong & Jakel Shah Alam

Persembahan Seni Silat di atas pentas dewan di depan pengantin dan juga tetamu berada di bawah, ini aku 1st time tengok... biasa bersilat dulu di atas tanah, baru masuk atau naik ke pelamin kahwin...(",)
Hari ini aku menjadi driver a.k.a pemandu arah juga buat keluarga aku ke Jemputan Majlis Perkahwinan yang berlangsung di Dewan Bukit Jelutong hari ini 27 November 2011. Pasangan pengantin tu memang aku xpernah bertegur sapa lah sebelum nih, disebabkan jemputan ini pun atas dasar kekeluargaan (",).


Moyang aku dan Moyang pengantin nih adik-beradik. Paham tak macam mana situasi tue yer...? hehe... aku mula-mula pening, sebab ayah aku cakap... atuk ayah aku adik beradik dengan nenek pengantin punya bapak... kah kah kah... terbelit-belit kepale otak nak fikir tau... dipendekkan cerita aku cakap kat ayah aku yang Moyang aku dan Moyang pengantin tu kira adik beradik lah kan...begitulah rupanya...saudara mara jugak yang kahwin walaupun orang kata dah jauh pertalian dan bau-bau kentut, eh...bau-bau bacang lah...Ini pun ayah aku yang kenal-kenal saudara mara sebelah sana, Aku memang tak ingat lah...
French Lace Beaded ~ RM8500.00 Sepasang? Amek Kau...Siap Free Kain Satin 4 Meter + 5 Meter Baju Melayu Lelaki lagi... Selepas diskaun jadi RM3500.00. Murah kan... (",) Kalau nak yang murah-murah, jangan masuk bahagian yang mahal-mahal...hehe...
Selepas makan-makan di Majlis kenduri kahwin tu, aku bawalah mak aku singgah ke Jakel Shah Alam. Banyak betul pilihan kain-kain pasang untuk orang perempuan membeli dan belah... Kalau nak diikutkan memang tak cukup masa nak jalan 1 bangunan Jakel kat Shah Alam tu, so tengok-tengok dan sambar apa yang patut jelah kan aku cakap kat mak aku...
Antara gambar pakaian pengantin yang sempat aku snap, menarik perhatian aku... kaler hijau pisang!~...uwa....cantiknyer.....
Selepas tu pulak, pergi ke rumah sahabat lama ayah aku di Seksyen 9. Pergh terpegun juga aku sebentar bila melihat pelbagai rumah besar yang cantik dan indah. Kawan ayah aku nih baru berapa tahun buat rumah kat situ, ahli perniagaan selepas bersara dari kerajaan. Bagus betul perancangan masa depan dia... Aku dengar jelah apa yang diorang sembangkan... 


Bila lah aku nak memiliki sebuah banglo yang tersergam indah macam tu yer??? hehehe....

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

1 Muharram Detik Permulaan | Salam Maal Hijrah 1433h

Syukur, Alhamdulillah hari ini 1 Muharram 1433H seluruh umat Islam menyambut kedatangan tahun baru dengan rasa syukur ke hadrat ilahi atas segala apa yang telah dilalui dengan selamat dan amannya sebelum ini. Diharap dengan beradanya kita dalam tahun 1433 Hijrah ini, ia akan lebih bermakna kepada kita semua supaya berusaha dan memperbetulkan segala kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri.

Dengan kedatangan Muharram ini juga menandakan lagi 2 hari aku bakal menyambut Hari Keputeraan DefarhanoVII yang ke??? tetttt pada 3 Muharram 1433H ini mengikut kalendar Islam. (",) semakin tua lagi rasanya....


Masuk jer Awal Muharram mesti terkenang-kenang lagu tema 1 Muharram, jadi aku sertakan sekali disini lirik lagu 1 Muharram dan juga video youtube 1 Muharram.

Selamat Menyambut Tahun Baru ~ Salam Maal Hijrah 1433H.

Lagu Tema Maal Hijrah - 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram



Video Youtube Lagu Tema Maal Hijrah - 1 Muharram

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Malaysia vs Bahrain Live Streaming | Olympic 2012 Qualification

Jangan lupa saksikan perlawanan Live Malaysia vs Bahrain siaran langsung dari RTM TV1 dan juga Astro Star Sport 813, kali ini Live bukan di Astro Arena saluran 801, di bawakan khas untuk peminat bolasepak tempatan yang berada di luar Malaysia untuk memberi sokongan buat Harimau Malaya yang beraksi di Stadium Bukit Jalil 27 November 2011 untuk perlawanan ketiga peringkat kumpulan. Yang mana berkesempatan, sila memeriahkan sokongan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Malaysia perlu menang perlawanan ini bagi mencerahkan peluang untuk layak ke play-off Olimpik London 2012. Seandainya tewas, boleh lah dianggap Malaysia telah tersingkir dari kejohanan miskipun berbaki 3 lagi perlawanan peringkat kumpulan pusingan yang kedua.


Untuk Tengok Online Malaysia vs Bahrain Online Streaming di Internet sila ke link berikut...

Watch Online Malaysia vs Bahrain





Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Bahrain Peringkat Kumpulan C Kelayakan Olympic 2012 akan di update selepas perlawanan tamat termasuk juga Video Youtube Gol Malaysia vs Bahrain.

?Malaysia vs Bahrain

? - ?
Stadium Nasional Bukit Jalil, MY
Live at RTM TV1 and Astro CH813
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tags : MALAYSIA VS Bahrain ONLINE STREAMING, Live Streaming Bahrain vs Malaysia Here, Watch Live Streaming Malaysia vs Bahrain Here,Malaysia vs Bahrain Sukan Sea 2011 result, Malaysia Bahrain Live Match,Malaysia Bahrain Result, Bahrain vs Malaysia Result, Bahrain lwn Malaysia Result, Keputusan Bahrain vs Malaysia, Keputusan Bahrain lwn Malaysia, Youtube Bahrain vs Malaysia, Goal Youtube Malaysia vs Bahrain, Youtube Bahrain vs Malaysia, Youtube Malaysia vs Bahrain, Bahrain vs Malaysia Score Goal, Malaysia vs Bahrain Score Gol

Khamis, 17 November 2011

Bercuti Lagi Dari Berblog - Taman Negara



Lama sudah blog ini usang, sudah seminggu rupanya... Kesibukan masa dan kerja kerana tidak berada di lokasi sejak Sabtu yang lalu... ditambah pula Isnin Cuti Rehat dan Selasa Rabu sibuk di office, Rabu juga ke Majlis Tayangan Ekslusif Filem Misteri Jalan di TGV Wangsa Walk. Khamis @ Hari ini 17 November  hingga 20 November bakal berada di Taman Negara, Pahang untuk XPDC Bengkel Pengendalian Video Kamera (XPDC Videografi). Kat sana tak tahu talian internet Celcom Broadband dapat 3G coverage ke tak... ;-(


Pastu malam ni jugak, bakal terlepas perlawanan Malaysia vs Indonesia yang bakal berlangsung jam 8.00 malam disebabkan ada slot terakhir sebelum bertolak ke Taman Negara tepat jam 10.30 malam nih... Miss Lagi Perlawanan Malaysia... Dulu Malaysia vs Singapore aku terlepas jugak, terpaksa tengok Live Streaming di Pulau Tioman guna Broadband... time tu Malaysia kalah 3-5 kat Jalan Besar, Singapura... huhu...


Malam ni aku harap Malaysia menang dengan Indonesia! Layak ke Separuh Akhir!...mesti boleh punya!....


Ok..jumpa lagi di next entri... Kepada yang blogwalking, sila tinggalkan jejak...  nanti aku balas kunjungan anda selepas pulang dari cuti-cuti...sebab aku tau ramai yang silent readers...hehehe 


Sabtu ni aku naik Canopy Walkway di Taman Negara... 
Yeay..dan berbagai lagi aktiviti...

Khamis, 10 November 2011

Gaji Minimum RM1500 Di Selangor Tahun 2012???


Betullah apa yang aku dengar pagi tadi waktu 'on the way' ke tempat kerja di Radio Sinar / Era aku tak pasti... Waktu tu blur-blur skit...sebab DJ yang sampaikan berita tu laju sangat...


Aku dengar ala-ala "Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan melaksanakan gaji minimum RM1500 di Selangor dalam bajet 2012 mulai tahun hadapan". Ala-ala gitu lah bunyi nya, aku tak pasti sama ada betul ke tidak. Kalau betul memang best lah untuk penjawat awam di negeri Selangor, dapat rasa gaji minimum RM1500, banyak giler...semua orang nak bekerja di Selangor kalau macam tu...
Tapi berita ni tiada kesahihannya sehinggalah  selepas kerja, aku sempat lah mengooglekan diri, rupanya memang betul pengumuman tu yer, tapi bakal dilaksanakan kepada kakitangan yang bekerja dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor sahaja. Bermakna bukan untuk pekerja-pekerja kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor, PBT, dan lain-lain... kerana tertakluk dengan dasar kerajaan persekutuan...apa-apa pun buatlah yang terbaik untuk pekerja dan rakyat di Negeri Selangor ye...

Eloklah gaji minimum RM1500 itu dilaksanakan pun, tak kisahlah siapa yang dapat dan siapa yang laksanakan, kalau dah 1 Negeri buat macam tu, tak mustahil nanti 1 Malaysia dapat gaji minimum RM1500... Best Kan???

Kenaikan gaji untuk penjawat Awam persekutuan pun belum tentu ditetapkan dan dinaikkan berapa lagi, kalau dapat minimum RM1000 pun rasa dah banyak, lepastu barulah tetapkan gaji minimum kakitangan swasta pula RM1000-RM1500. (",) 

Untuk maklumat lanjut, boleh baca maklumat dari sini berita semasa Gaji Minimum Di Selangor RM1500 dan nescafe ais di Gaji Minimum RM1500 di Selangor

kredit to beritasemasa.com



Earning Advertlets Blog Aku Merajuk Hari Ini

Sejak dua menjak ni, aku agak kebizian sedikit, kalau ikutkan nak sahaja aku update entri blog ni setiap masa hehe..


Ok, petang ni aku nak cerita pasal Earning Iklan Advertlets yang bertapak di blog aku hari ini...


Hari ini blog aku tidak dapat earning sebarang iklan pun disebabkan dari pagi ke petang asyik terpapar banner Advertisers+bloggers=money+happy. So kalau iklan company Advertlets ni terpapar dekat blog aku atau blog korang masa tu, maknanya tiada iklan tiada, income @ earning lah untuk blog. Dari pagi aku harapkan agar ia tidak berpanjangan...




Dan akhirnya bila petang waktu Malaysia menjelma, ia sudah menunjukkan perubahan dengan adanya iklan dari penaja ChiqWeddings - Malaysia's No. 1 Wedding Site (Plan Your Dream Wedding) yang berlegar-legar di blog ini.


Jadilah hasilnya begini...
Kalau semalam dengan 5269 Impression ke blog aku boleh dapat 1.172, tapi hari ini dah 1000 masih 0.000 dah 1310 impression baru dapat 0.009, baru ada yang sudi mengiklankan disini. (",) Terima Kasih Ya


Apa-apa pun, aku harap terus meneruslah yer iklan-iklan ni datang kat blog DefarhanoVII nih... (",) dan kawan-kawan yang lain, jangan segan-segan nak klik dan tengok iklan yang korang berminat ok.


Dulu aku letak Banner Ads dari Syarikat Pengiklanan Nuffnang di blog aku, dah dapat cash out income Nuffnang tak lama selepas tu mulai Ogos 2011, aku bertukar ke Advertlets pulak, saja nak beralih angin, cuba sekali Advertlets dengan Mangga Ads, tapi earning jadi slow. Mungkin tidak boleh disatukan...hehe...gatal tangan nak letak 2 penaja kat blog sebelum nih...now aku tidak menduakan Advertlets di blog ini...Rasa macam best pulak guna Advertlets nih, nak apply Innity belum layak lagi rasanya... huhu....




Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Malaysia tewaskan Thailand 2-1 : Skrip 2009 berulang, Baddrol gegar jaring akhirnya.

Baddrol ketika Malaysia terikat dengan Singapore tempoh hari.
Petang tadi skuad Malaysia U23 (Harimau Muda) berjaya menewaskan barisan 11 pemain Thailand U23 atau gelaran Young Elephant 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Indonesia pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A. Jumlah gol yang serupa juga ketika Malaysia U23 menewaskan Thailand U23 di Sukan Sea 2009 yang lalu.

Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia setelah kebuntuan jaringan pada penampilan pertama di Sukan Sea 2011 apabila diikat seri 0-0 bertemu Singapura (Young Lion) Isnin 7 November 2011 lalu, meskipun sepatutnya barisan Malaysia U23 boleh dan wajib menang perlawanan berkenaan. Tetapi ketumpulan penyudah dan 'belum panas' lagi menyebabkan perlawanan hambar.

Akhirnya Malaysia U23 memperoleh gol sulung di Sukan Sea 2011 melalui pemain dan juga Kapten Skuad Harimau Muda kini iaitu Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24'. Baddrol juga telah berhempas pulas pada perlawanan Malaysia vs Singapura yang lalu. Tetapi petang tadi menjadi miliknya. Tahniah dan Terima Kasih Baddrol di atas gol pembukaan berkenaan.

Skuad Thailand seakan-akan hilang gadingnya dalam Sukan Sea kali ini, apabila Malaysia yang mudah mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand U23. Malaysia seharusnya memperoleh lebih banyak gol jika semua peluang gol disempurnakan sebaiknya. Tetapi nasib tidak menyebelahi Malaysia U23 sehingga skuad Thailand U23 tiba-tiba muncul menggegarkan gawang Malaysia pada separuh masa kedua yang dikawal kebal oleh Khairul Fahmi Che Mat sepanjang 77' minit berlangsung. Tersentak dengan jaringan gol penyamaan Thailand pada minit 78', Malaysia menggandakan asakan dan cubaan memasukkan Izzaq Faris oleh Ong Kim Swee ternyata berhasil.

Izzaq Faris menceriakan seluruh penyokong bolasepak Malaysia dengan jaringan yang cukup terbaik menewaskan penjaga gol Thailand pada minit ke-84'. Jaringan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Sepatutnya Malaysia menang lebih dari 2 gol. Satu lagi, kemasukkan Fakri Saarani tidaklah digemari oleh segelintir penyokong kerana agak kurang memberi impak serta kemasukannya menukar dan memperlahankan rentak permainan skuad kebangsaan. Mungkin Ong Kim Swee mempunyai strategi tersendiri meletakkan Fakri di bangku simpanan. Malaysia mempunyai rehat 3-4 hari sebelum aksi Malaysia vs Kemboja pada 13 November 2011 ini jam 5.00 petang.

Lihat juga Video Youtube Gol Malaysia vs Thailand 2-1
Barisan Kesebelasan Utama Malaysia U23 vs Thailand U23

Malaysia U23 1st eleven team
Baddrol Bakhtiar (25'), Izzaq Faris Ramlan (85'); Natarid Thammaroddodpon (77')
Malaysia: 1 Khairul Fahmi Che Mat, 2 Mahali Jasulli, 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas, 6 Asraruddin Putra Omar, 7 Mohd Irfan Bin Fazail (13 Ahmad Fakri Saarani 65'), 10 Baddrol Bakhtiar (C), 17 Mohamad Fandi Othman, 18 Syahrul Azwari Ibrahim, 19 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (14 Izzaq Faris Ramlan 80'), 21 Muhd Nazmi Faiz Mansor (11 Gurusamy Govandar Kandasamy 54'), 24 Mohamad Muslim Ahmad

Simpanan: 3 Mohd Zubir Mohd Azmi, 8 Abdul Shukur Jusoh, 9 Thamil Arasu A/L Ambumamee, 11 Gurusamy Govandar Kandasamy, 13 Ahmad Fakri Saarani, 14 Izzaq Faris Ramlan, 15 Mohammad Amer Saidin, 20 Mohd Izham Tarmizi, 28 Yong Kuong Yong

Jurulatih: Ong Kim Swee

Thailand U23 1st eleven team
Thailand: 2 Weerawut Kayem, 6 Adisak Krisorn, 7 Chalermsak Kaewsooktae (Isarapong Lilakorn 73'), 8 Sarach Yooyen, 9 Ronnachai Rangsiyo (C), 12 Kroekrit Thawikan, 13 Phonlawut Donchui (14 Natarid Thammarossopon 56'), 16 Sutjarit Jantakol, 17 Pokklaw A-Nan (Naruphol Ar-Romsawa 66'), 18 Ukrit Wongmeema, 20 Komkrit Cumsokcheak.

Jurulatih: Prapol Pongpanich
kredit nama pemain dari blog malaysiafootball-dimos
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Komen Malaysia vs Thailand, Ulasan perlawanan Malaysia vs Thailand 2-1

Rabu, 9 November 2011

Video Youtube Gol Malaysia vs Thailand 2-1 9 November 2011 | All Goal Highlights | Sukan Sea 2011




Saksikan Gol-Gol Malaysia vs Thailand yang berkesudahan keputusan penuh perlawanan Malaysia menewaskan Thailand 2-1.

Video Youtube Gol Pertama Malaysia dari Baddrol Bakthiar pada minit ke-24'
Malaysia 1-0 Thailand

Video Youtube Gol Penyamaan Thailand dari T.Natarid pada minit ke-78'
Malaysia 1-1 Thailand

Gol Kemenangan Malaysia!
Video Youtube Gol Kedua Malaysia dari Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-84'
Malaysia 2-1 Thailand

Malaysia vs Thailand Youtube
Youtube Goal Thailand vs Malaysia
Youtube Goal Malaysia vs Thailand
Video Gol Malaysia lwn Thailand

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand Result 2-1 | Keputusan Bolasepak Sukan Sea 2011


Malaysia vs Thailand | Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan A Sukan Sea 2011
Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia lwn Thailand 9 November 2011
Fulltime Result Thailand vs Malaysia

MALAYSIA vs THAILAND

Keputusan Penuh Malaysia vs Thailand
2 - 1

Baddrol Bakhtiar min-'24
5.53 pm - Tamat 1st Half...
2nd half bermula...
Thailand Goal min-'78
(MAS) Izzaq min-'84
5.00 PM


Syukur, Alhamdulillah...Malaysia Menang, Sepatutnya boleh menang dengan banyak jaringan. Tetapi peluang gol dinafikan...apa-apa pun Tahniah buat Skuad Harimau Muda Malaysia!... 3 Mata Milik Kita!...* Tak berapa suka bila Fakri masuk, corak permainan berubah ;-( 
Untuk tengok semua gol perlawanan di antara Malaysia vs Thailand sila ke link berikut...
Gol Youtube Malaysia 1-0 Baddrol Bakhtiar min-24'
Video Youtube Thailand Goal from T.Natarid minit ke-78' 1-1
Gol Youtube Izzaq Faris Malaysia 2-1 Thailand minit ke-84'
Ulasan Perlawanan Malaysia VS Thailand 2-1
Malaysia Tewaskan Thailand 2-1 : Skrip 2009 Berulang, Baddrol Gegar Jaring Akhirnya.




Perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno jam 5.00 petang 9 November 2011 dan disiarkan secara langsung di RTM1 dan Astro Arena 801.

Untuk tonton Live Streaming Malaysia vs Thailand Sukan Sea 2011 sila ke link RTM TV1 berikut tepat jam 4.45 petang. 


* Klik butang Share di Facebook, Terima Kasih.


Siaran Langsung Bolasepak Sukan SEA Ke-26 (Malaysia lwn Thailand)
Live Streaming Malaysia vs Thailand

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan A ialah

Kemboja vs Singapore
7.00 pm (waktu Malaysia)

Semoga skuad Harimau Muda B23 Tahun @ Malaysia menang dengan Thailand seperti aksi di Sukan Sea 2009 yang lalu.
Tags : MALAYSIA VS Thailand ONLINE STREAMING, Live Streaming Thailand vs Malaysia Here, Watch Live Streaming Malaysia vs Thailand Here,Malaysia vs Thailand Sukan Sea 2011 result, Malaysia Thailand Live Match,Malaysia Thailand Result, Thailand vs Malaysia Result, Thailand lwn Malaysia Result, Keputusan Thailand vs Malaysia, Keputusan Thailand lwn Malaysia, Youtube Thailand vs Malaysia, Goal Youtube Malaysia vs Thailand, Youtube Thailand vs Malaysia, Youtube Malaysia vs Thailand, Thailand vs Malaysia Score Goal, Malaysia vs Thailand Score Gol

Selasa, 8 November 2011

Keputusan Singapore vs Malaysia Result Sukan Sea 2011 di Jakarta

Singapore vs Malaysia | Perlawanan Peringkat Kumpulan A Sukan Sea 2011
Keputusan Penuh Perlawanan Singapura lwn Malaysia 7 November 2011
Fulltime Result Singapore vs Malaysia

Singapore 0 - 0 Malaysia 

Perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno jam 5.00 petang semalam dan disiarkan secara langsung di RTM1 dan Astro Arena 801.

Video Youtube : peluang terbaik pemain Singapura Fazli Ayub yang sepatutnya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Tapi mujur sepakannya terus ke penjaga gol Malaysia.

Video Youtube : hantaran lintang Thamil Arasu ke depan gawang Singapura yang tidak disambut oleh Penyerang Malaysia. Peluang disia-siakn.

Video Youtube yang sepatutnya Malaysia mendapat Penalti tetapi dinafikan oleh pengadil.


Keputusan perlawanan bolasepak peringkat kumpulan Sukan Sea yang lain ialah

Kumpulan A
Singapura vs Malaysia
0-0
Indonesia vs Kemboja
6-0

Kumpulan B
Timor Leste vs Filipina
2-1
Laos vs Brunei
2-2

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Malaysia vs Singapore Sukan Sea 2011 result, Malaysia Singapore Live Match, Malaysia Singapore Result
Singapore vs Malaysia Sukan Sea 2011 Result, Singapore lwn Malaysia 2011 Result, Keputusan Singapura vs Malaysia Sukan Sea 2011, Keputusan Singapura lwn Malaysia,Youtube Singapura vs Malaysia Sukan Sea 2011,Youtube Malaysia vs Singapura Sukan Sea 2011, Youtube Singapore vs Malaysia,Youtube Malaysia vs Singapore, Singapore vs Malaysia Score Goal, Malaysia vs Singapore Score Gol

Isnin, 7 November 2011

Penatnya Aku Tewaskan 5 Ekor Lembu


Hari ini merupakan sambutan Hari Raya Korban, Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia.


Jadi, haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai untuk sembelih pada hari raya Qurban ini sudah semestinya Lembu, Kerbau dan Kambing mahupun Unta bagi yang berkemampuan...


Tempat tinggal aku hanya 4 ekor lembu sahaja yang ditumbangkan.


Tapi, aku pula berjaya menewaskan 5 ekor lembu!...diulangi 5 ekor lembu ok!...banyak tue...nah ni die!


Inilah dia gambar '5 ekor lembu' yang aku tewaskan sebentar tadi... mengambil masa hampir 1 jam la jugak... huh... lambat tul nak buka ekor lembu ni eh... pergh...dapat makan sup ekor lembu nih sedap neh... tak sabar lak rase nak tunggu mak masak ekor lembu neh... ;-) banyak khasiat sebenarnye makan sup ekor nih... lagi-lagi orang yang macam aku, rasa penat je badan biler bukak 5 ekor lembu ni punya kulit... huhuhu.... o_0

*** Sebenarnya di antara 5 ekor lembu tu, yang aku punya hanyalah 2, yang lain-lain tolong bukakan sahaja, pakcik aku minta tolong sekali, iyelah... die juga yang bagi aku 2 ekor lembu tu kan... hehe...

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Ahad, 6 November 2011

Salam Aidiladha Buat Semua


Assalamualaikum....
Salam Aidiladha buat semua umat Islam seluruh dunia yang baca blog ni. (",) Pergh... seluruh dunia tu...tak tahan... takpe3x..tak kesah...

So tadi selesai sudah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang kita lakukan setahun sekali. (",) Semoga dapat berjumpa lagi dengan Aidiladha di tahun depan. Insya Allah.

Beruntung sangat-sangatlah kan Hari Raya Haji tahun ni jatuh Hari Ahad, jadi Isnin dapatlah cuti gantian yer, tapi jangan pulak ingat Isnin tu Cuti Hari Raya Haji Hari Kedua... HehE.. Raya Haji Cuti sehari jer, tak macam Cuti Hari Raya Puasa yang kita sambut dan cuti pada Hari Raya Pertama dan hari kedua.

Buat yang balik kampung tu, aku doakan selamat balik beraya di kampung halaman dan selamat kembali pulang ke kota dengan selamatnya, khas ditujukan buat abang dan akak ipar aku dan rakan-rakan yang lain, abang ipar aku pulang ke Kelantan awal pagi Jumaat, dan aku tak tahu bila diorang nak balik sini, kalau rasa nak redah jalan jammed 10-14 jam, balik lah hari Isnin secara berkonvoi terpanjang di jalanan beramai-ramai.... kalau rasa taknak redah jalan jammed, baliklah hari yang sesuai yer... tak kesah mana-mana pun yang penting selamat sampai ke destinasi. betul tak.... (",)

Aku seperti biasa, semalam dah balik kampung dah, then balik semula ke Putrajaya dan hari ini bakal pergi beraya sakan di Kuala Lumpur...perghhhh... beraya sakan tu, macam Raya Puasa lak kan... (",) selepas itu, baru balik ke kampung semula....


So... Sekian, wassalam...

Sabtu, 5 November 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH di Malaysia

Mesti semua peminat kumpulan ROCK no. 1 Malaysia sudah lama ternanti-nanti, mungkin juga dari seberang Indonesia ingin datang ke Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH di persada seni tanah air.

Setelah 30 Tahun melayari dalam dunia persada seni, kini Kumpulan Search bakal mengegarkan pentas di 3 buah lokasi bulan November dan Disember ini pada tarikh konsert yang telah ditetapkan selama 7 jam bermula dari 5 petang.

Tarikh Konsert Fenomena 30 Tahun Search
19 November 2011 - Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
3 Disember 2011 - Stadium Larkin, Johor Bahru.
17 Disember 2011 - Padang Astaka (PJ), Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang belum lagi mendapatkan Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang bakal berlangsung, boleh beli secara online dan di kaunter tiket terpilih di www.tickethotline.com.my sekarang untuk mengimbau kembali lagu-lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Gadisku dan banyak lagi yang popular sejak zaman era 1980-an dan 1990-an.

Layankan dan hangatkan kembali zaman kegemilangan Search dengan tengok video youtube lagu Rozana dan Gadisku nyanyian Amy Search di bawah.





Untuk beli dan melihat senarai harga tiket konsert Fenomena 30 Tahun Search sila kunjungi link berikut : Tiket Konsert Search
Komen Defarhano : 7 Jam lamanya konsert ini yer? So?.... tapi sy belum pernah lagi join konsert Search ni secara live... hehehe...

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Khamis, 3 November 2011

Senarai Nama Pemain Bolasepak Malaysia di Sukan Sea ke-26




Malaysia telah mengumumkan senarai akhir 20 pemain B-23(Bawah 23 tahun) yang bakal mengharumkan nama Malaysia (Harimau Malaya) di persada sukan bolasepak Sukan Sea ke-26 Jakarta, Indonesia. Senarai 20 pemain itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, menyaksikan tujuh pemain terpaksa disisihkan iaitu Wan Zack, Gary, Zamir Selamat, Ab Aziz Ismail, Izuan Salahuddin, K Reuben dan Syazwan Tajuddin.  

Baddrol Bakhtiar telah dilantik sebagai Kapten pasukan Malaysia dan dibantu oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apex) sebagai penolong dan penjaga kubu Malaysia yang terakhir. Dua pemain utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat terpaksa diketepikan dalam misi mempertahankan kejuaraan Pingat Emas Bolasepak Malaysia di Sukan Sea XXVI Jakarta kali ini akibat kecederaan.






Malaysia bakal melawan Singapura dalam aksi sulung peringkat Kumpulan A pada Isnin ini 7 November 2011. 

Senarai Nama 20 Pemain Skuad Bolasepak Malaysia Ke Sukan Sea 26.

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

Tengah: Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, K Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang: Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu

Semoga 20 Pemain yang terpilih mewakili Malaysia ini mampu mempertahankan pingat emas yang kita menangi sebelum ini.


Senarai Pemain dari : Berita Harian Online






Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Senarai 20 Pemain Skuad Kebangsaan Malaysia, Senarai Nama Pemain Bolasepak Malaysia ke Sukan Sea Jakarta Indonesia, Penyerang Malaysia

Rabu, 2 November 2011

Tak Jadi Pergi Pratonton Alamak Toyol! Makan Kenyang-Kenyang



Semalam kalau ikutkan memang dah rancang nak pergi tengok Pratonton Alamak Toyol yang dibuat di MBO Subang Parade, macam mana aku boleh dapat pass pratonton nih, seperti yang aku kongsikan sebelum nih... caranya masih sama... iaitu aktif di Fan Pages David Teo ataupun MiG Online untuk sertai sebarang aktiviti yang dianjurkan...Sejak menang aktiviti Filem 321sudah byk kali aku hadir Majlis Prebiu Filem keluaran Metrowealth. Cuma kali ini saja tak dapat sertai, rasa macam rugi plak...tak dapat tengok free dan buat review kt blog pasal Filem Alamak Toyol ni kan.... huhu...


Aku telah bagitau Ujang sejam lebey sebelum majlis tayangan bermula... taktau la dia dapat cari wakil ke tak...huhu...


Dengan cuaca yang tak mengizinkan, jammed waktu nak gi amek MyLove, dengan kemalangan pulak kat federal highway menghala ke klang, semua ni menjadi sebab aku membatalkan hasrat ke prebiu filem tu walaupun sempat...tapi takpelah...termissed 1x je kan...


So agenda tengok wayang da tak jadi, jadi dalam hujan lebat aku pergi tukar bulb lampu kete kesayangan aku yang dah hampir sepet sebelah. Dah settle bayar, terpaksa datang semula buat u-turn balik, leceh betul!...sebab terperasan yang lampu tu takde function low beam...high beam jer...kang naya orang depan menyumpah-nyumpah kat aku plak....
Seterusnya, barulah mencari tempat mengisi perut yang kelaparan...HuHu...di Restoran D'Hati kat Seksyen 7 jer... (",) Menu seperti biasa, Sayur Kailan Ikan Masin, Tom Yam Campur, Paprik Ayam dan semuanya sedap-sedap... 



Kenyang dan selesai lah seperti ape yang tak aku rancang, tapi takpe... dapat aku luangkan masa bersama MyLove lama skit (",)... 


Sejak akhir-akhir ni kurang sikit dapat update blog utk. personal aktiviti, banyak sangat sehingga tak terupdate...huhu...kalau pasal bola pun lambat gak aku nak update...gambar Final Piala Malaysia ni banyak sangat...huhu
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Selasa, 1 November 2011

Sinopsis Filem Alamak Toyol | Trailer Filem Alamak Toyol

Sinopsis Filem Alamak Toyol | Alamak Toyol Movies Trailer
Filem Alamak Toyol merupakan Filem ke-54 terbitan Metrowealth Pictures dan juga merupakan Filem ke-4 dari buah tangan Pengarah Ismail Bob Hashim yang akan ditayangkan pada Khamis 3 November 2011 ini. Alamak Toyol merupakan sebuah filem komedi yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. (",)
Diantara pelakon-pelakon utama Filem Alamak Toyol ialah Angah Raja Lawak, Along Cham, Adik Afiq Izzudin yang membawa watak toyol dan Hamid Gurkha. Jadi pastikan anda terjah ke pawagam 3 November 2011 ini untuk melihat filem komedi ini yang pasti mencuit hati!

Sinopsis Alamak Toyol :
Tagline : 
dia kecil, dia hijau, dia...
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
Pengarah Filem Alamak Toyol :
Ismail bob Hashim

Pelakon Utama Alamak Toyol :
Angah Raja Lawak sebagai Fakhrul (Pelakon Utama)
Along Cham sebagai Kudin (Pelakon Utama)
Hamid Gurkha sebagai Pak Umar (Pelakon Utama)
Afiq Izzudin sebagai Toyol

Krew:
Ollynn : (Pengarah Seni)
Atom : (Pembantu Pengarah)
Wan Suriya : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)


Trailer Alamak Toyol







Jangan Lupa Saksikan Alamak Toyol di Pawagam pada 3 November 2011.


*Dapat tiket pratonton Alamat Toyol di MBO Subang Parade 1 Nov 2011.. ngee3x...
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!
Video Alamak Toyol Trailer, Youtube Alamak Toyol, barisan pelakon Filem Alamak Toyol, Filem Alamak Toyol, sinopsis Filem Alamak Toyol, review Filem Alamak Toyol, jalan cerita Filem Alamak Toyol, pelakon utama Filem Alamak Toyol, pengarah Filem Alamak Toyol, watak  Angah Raja Lawak sebagai Fakhrul, watak Toyol dalam filem, tiket tayangan Filem Alamak Toyol, kutipan tiket Filem Alamak Toyol, Malay Comedy movies, Filem Komedi Aksi, Watak Along Cham dalam Filem Alamak Toyol, Watak Pak Umar dalam Filem Alamak Toyol, Alamak Toyol Movie Trailer