Header Ads

Gaji Minimum RM1500 Di Selangor Tahun 2012???


Betullah apa yang aku dengar pagi tadi waktu 'on the way' ke tempat kerja di Radio Sinar / Era aku tak pasti... Waktu tu blur-blur skit...sebab DJ yang sampaikan berita tu laju sangat...


Aku dengar ala-ala "Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan melaksanakan gaji minimum RM1500 di Selangor dalam bajet 2012 mulai tahun hadapan". Ala-ala gitu lah bunyi nya, aku tak pasti sama ada betul ke tidak. Kalau betul memang best lah untuk penjawat awam di negeri Selangor, dapat rasa gaji minimum RM1500, banyak giler...semua orang nak bekerja di Selangor kalau macam tu...
Tapi berita ni tiada kesahihannya sehinggalah  selepas kerja, aku sempat lah mengooglekan diri, rupanya memang betul pengumuman tu yer, tapi bakal dilaksanakan kepada kakitangan yang bekerja dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor sahaja. Bermakna bukan untuk pekerja-pekerja kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor, PBT, dan lain-lain... kerana tertakluk dengan dasar kerajaan persekutuan...apa-apa pun buatlah yang terbaik untuk pekerja dan rakyat di Negeri Selangor ye...

Eloklah gaji minimum RM1500 itu dilaksanakan pun, tak kisahlah siapa yang dapat dan siapa yang laksanakan, kalau dah 1 Negeri buat macam tu, tak mustahil nanti 1 Malaysia dapat gaji minimum RM1500... Best Kan???

Kenaikan gaji untuk penjawat Awam persekutuan pun belum tentu ditetapkan dan dinaikkan berapa lagi, kalau dapat minimum RM1000 pun rasa dah banyak, lepastu barulah tetapkan gaji minimum kakitangan swasta pula RM1000-RM1500. (",) 

Untuk maklumat lanjut, boleh baca maklumat dari sini berita semasa Gaji Minimum Di Selangor RM1500 dan nescafe ais di Gaji Minimum RM1500 di Selangor

kredit to beritasemasa.com



2 ulasan:

  1. gaji kt wilayah persekutuan taknak buat camtue jugak ke..hihihi....untung la org gov yg keje kt selangor...huhuhu

    BalasPadam
  2. @DeQWa ntah ler... tapi yang ni pon utk. yg keje dgn anak syarikat ker... gaji yg keje ngan kerajaan pusat / kerajaan persekutuan mmg tak buat pon... ;-(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.