Header Ads

Salam Aidiladha Buat Semua


Assalamualaikum....
Salam Aidiladha buat semua umat Islam seluruh dunia yang baca blog ni. (",) Pergh... seluruh dunia tu...tak tahan... takpe3x..tak kesah...

So tadi selesai sudah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang kita lakukan setahun sekali. (",) Semoga dapat berjumpa lagi dengan Aidiladha di tahun depan. Insya Allah.

Beruntung sangat-sangatlah kan Hari Raya Haji tahun ni jatuh Hari Ahad, jadi Isnin dapatlah cuti gantian yer, tapi jangan pulak ingat Isnin tu Cuti Hari Raya Haji Hari Kedua... HehE.. Raya Haji Cuti sehari jer, tak macam Cuti Hari Raya Puasa yang kita sambut dan cuti pada Hari Raya Pertama dan hari kedua.

Buat yang balik kampung tu, aku doakan selamat balik beraya di kampung halaman dan selamat kembali pulang ke kota dengan selamatnya, khas ditujukan buat abang dan akak ipar aku dan rakan-rakan yang lain, abang ipar aku pulang ke Kelantan awal pagi Jumaat, dan aku tak tahu bila diorang nak balik sini, kalau rasa nak redah jalan jammed 10-14 jam, balik lah hari Isnin secara berkonvoi terpanjang di jalanan beramai-ramai.... kalau rasa taknak redah jalan jammed, baliklah hari yang sesuai yer... tak kesah mana-mana pun yang penting selamat sampai ke destinasi. betul tak.... (",)

Aku seperti biasa, semalam dah balik kampung dah, then balik semula ke Putrajaya dan hari ini bakal pergi beraya sakan di Kuala Lumpur...perghhhh... beraya sakan tu, macam Raya Puasa lak kan... (",) selepas itu, baru balik ke kampung semula....


So... Sekian, wassalam...

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.