Header Ads

Sinopsis Filem Alamak Toyol | Trailer Filem Alamak Toyol

Sinopsis Filem Alamak Toyol | Alamak Toyol Movies Trailer
Filem Alamak Toyol merupakan Filem ke-54 terbitan Metrowealth Pictures dan juga merupakan Filem ke-4 dari buah tangan Pengarah Ismail Bob Hashim yang akan ditayangkan pada Khamis 3 November 2011 ini. Alamak Toyol merupakan sebuah filem komedi yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. (",)
Diantara pelakon-pelakon utama Filem Alamak Toyol ialah Angah Raja Lawak, Along Cham, Adik Afiq Izzudin yang membawa watak toyol dan Hamid Gurkha. Jadi pastikan anda terjah ke pawagam 3 November 2011 ini untuk melihat filem komedi ini yang pasti mencuit hati!

Sinopsis Alamak Toyol :
Tagline : 
dia kecil, dia hijau, dia...
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
Pengarah Filem Alamak Toyol :
Ismail bob Hashim

Pelakon Utama Alamak Toyol :
Angah Raja Lawak sebagai Fakhrul (Pelakon Utama)
Along Cham sebagai Kudin (Pelakon Utama)
Hamid Gurkha sebagai Pak Umar (Pelakon Utama)
Afiq Izzudin sebagai Toyol

Krew:
Ollynn : (Pengarah Seni)
Atom : (Pembantu Pengarah)
Wan Suriya : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)


Trailer Alamak Toyol







Jangan Lupa Saksikan Alamak Toyol di Pawagam pada 3 November 2011.


*Dapat tiket pratonton Alamat Toyol di MBO Subang Parade 1 Nov 2011.. ngee3x...
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!
Video Alamak Toyol Trailer, Youtube Alamak Toyol, barisan pelakon Filem Alamak Toyol, Filem Alamak Toyol, sinopsis Filem Alamak Toyol, review Filem Alamak Toyol, jalan cerita Filem Alamak Toyol, pelakon utama Filem Alamak Toyol, pengarah Filem Alamak Toyol, watak  Angah Raja Lawak sebagai Fakhrul, watak Toyol dalam filem, tiket tayangan Filem Alamak Toyol, kutipan tiket Filem Alamak Toyol, Malay Comedy movies, Filem Komedi Aksi, Watak Along Cham dalam Filem Alamak Toyol, Watak Pak Umar dalam Filem Alamak Toyol, Alamak Toyol Movie Trailer 

10 ulasan:

  1. @Marissa Elena (",) pergi... kalau takde halangan... @Marissa pun pergi yer

    BalasPadam
  2. @DefarhanoVII a.k.a BoyPJ Yup , mrssa pegi mlm ni . but subang parade , parking susah ==' sure mama bising nnti . haha

    BalasPadam
  3. @Marissa Elena oh, parking susah ker..alamak...mintak2 masa dia macam biasa...x awal lah hari ni... kalau tak...xsempat ler...

    BalasPadam
  4. @Marissa Elena tu yang tak best tue, kalau sunway pyramid senang kan...hihi... jangan kate mama @Marissa je bisini!.... abg pun bising...haha

    BalasPadam
  5. seriously , masa dpt invitation haritu pun , bila dia nampak jee subang parade dia dah bising2 . but hope hari kerjaa ni tak banyak org laa kat sane .

    BalasPadam
  6. @Marissa Elena len kali nak pergi, kene tgk dlu la lokasi...hehe...bistu tempat mane je yg tak jammed?...alamanda eh...

    BalasPadam
  7. @DefarhanoVII a.k.a BoyPJHahaha , yeahh . alamanda jee tak jammed xD btw , my dad kate kalau parking full dekat dlm bangunan or keliling wayang tu , boleh park kat parking yang belaaaakang sebelah Subang avenue tu .

    BalasPadam
  8. hye toyol..dimana ko toyol...hehehee

    lama tak singgah sini ...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.