Header Ads

Isu Terkini Skim SBPA : 5 Tuntutan Cuepacs

Isu untuk melaksanakan Skim SBPA 2012 menjadi semakin hebat, bila CUEPACS sendiri sudah bersuara untuk mengutarakan 5 perkara penting sebagai syarat yang dituntut pihak CUEPACS. Tapi kalau tak dilaksanakan CUEPACS nak tarik diri, siapa pula nak bela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah nanti... (",)


Berikut merupakan 5 Perkara Tuntutan CUEPACS 
Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi
5 Tuntutan CUEPACS
1. Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
- Sudah semestinya harus dikaji, bila mana terdapat jurang perbezaan gaji yang semakin besar diantara setiap gred!
2. Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
- Dah bertahun langgar dinding, sekarang baru nak kaji? apa pun, Terbaek buat CUEPACS! Semoga nasib mereka yang berada di paras gaji maksimum terbela!
3. Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
- Yang ni sebetulnya, takdelah nanti orang cakap, aku dah lame keja tapi sama gaji dengan orang yang baru kerja 2,3 tahun... kaji jangan tak kaji...
4. Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
- Kat mana perbezaan gaji 7 hingga 13 peratus ni? ramai org duk tertanya-tanya...lain kali, bagi yang atas 7 peratus dan yang bawah 13 peratus, baru adil...
5. Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam
- Haruslah semak, sebab terdapat beberapa skim yang 'Terlepas Pandang', tengok pada skim FT-Juruteknik Komputer yang tercicir dari pergerakan gaji SKIM J17 ke J27... dan Skim W serta N yang tidak dapat menikmati gaji yang lebih baik dengan sijil dan kelayakan yang sedia ada...
GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata CUEPACS membuat keputusan itu sebelum beliau menghadiri mesyuarat pertama Pasukan Oetugas Khas SBPA, Rabu lalu.

Apa pun, harap nanti keputusan SBPA yang sedang dan tengah disemak dan bakal diumumkan dalam tempoh 2,3 bulan ini adalah menjadi hadiah yang terbaik buat semua penjawat awam seluruh Malaysia...
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Isu Semasa SBPA, Keputusan SBPA selepas 3 Bulan, Keputusan Perbincangan SBPA - CUEPACS, 5 Tuntutan CUEPACS pada JPA,

5 ulasan:

  1. @Alieza Dayasari
    macam-macam isu, cuma nak amek tahu ngan buat tak tahu jer...hehehe

    BalasPadam
  2. Macamana orang yang lulus PTK...Sama dengan member yang tak lulus PTK...Masa lulus PTK kali pertama, gaji saya dah lebih daripada member yang sama masuk mengajar.Tapi bila SBPA, gaji member saya jadi sama dengan gaji saya...Dia naik sampai RM300 lebih manakala saya naik cuma RM150 sahaja..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.