Header Ads

Izwan Pilus Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Salam Takziah dan sedekah Al-Fatihah buat keluarga Izwan Pilus, di mana Penyanyi lagu Kembali Senyum- Izwan Pilus telah meninggal dunia sekitar jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di Hospital Ampang akibat daripada ada jangkitan kuman dalam paru-paru. 

(Gambar ketika Izwan Pilus di hospital di ambil dari facebook 3 Disember 2011) 

Terkejut juga dengar berita tersebut di Facebook dan Twitter, terus tengok laman Budiey dan Broframestone dan juga Fanpage Izwan Pilus Official di facebook.


Sedang Budiey sibuk untuk melakukan persiapan terakhir untuk Party Ulangtahun Budiey.com yang akan berlangsung esok, baru sekejap tadi, Budiey telah mendapat perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana seorang penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada ada jangkitan kuman dalam paru-paru.
Kepada yang tak mengenali beliau, penyanyi ini pernah merakam album 5 tahun lalu dan terkenal dengan lagu-lagu Erti Kasih, Kembali Senyum.
Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.
Salam takziah dari Budiey dan pembaca budiey.com. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Salam Takziah dari Defarhano buat keluarga Izwan Pilus. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 

"muda-muda telah mendapat panggilan illahi... kematian itu datang tak kenal usia...bersedialah sebelum ajal menjelang tiba..."

Kredit to budiey.com
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

2 ulasan:

  1. al-fatihah.. moga arwah ditempatkan dalam kalangan org yg beriman. amin...

    -saya dh view iklan churp2...

    BalasPadam
  2. @Alieza Dayasari
    amin.

    tq...

    ada ubi ada batas, masa blogwalking saya akan balas... (",)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.