Header Ads

Jalan ke PKNS Bangi, Warta dan Alamanda Putrajaya, Pizza Hut



Banyak tempat aku pergi hari ni jalan-jalan dengan family, mula-mula pergi ke PKNS Bangi, tengok-tengok dekat situ, banyak kedai yang tutup... Pasaraya BILLION pon tutup sehari... jadi macam takde ape je dekat PKNS Bangi tu, pusing2 sampai tingkat atas dan bawah, kitorang pergi pulak ke Warta @ Bangi Utama atau nama baru Giant Bangi (",). Kat situ agak meriah lah juga, banyak kedai yang beroperasi seperti biasa termasuk Pasaraya Giant tetapi aku tengok Kedai Emas Poh Kong tutup dan cuti sakan, sampai Khamis 26 Januari 2012 baru kedai dia buka, wah2 tokey cina ni raya sakan nampak....
Selepas jalan-jalan agak lama dalam tu, kitorang pergi pula ke Alamanda Putrajaya, sebab barang yang nak cari tak sesuai kat dua-dua tempat tadi (",). Hujan turun dengan sangat lebat petang tadi, laluan yang bawah jejambat dekat DENSO tu tenggelam so kenderaan macam kereta tak boleh lalu, terpaksa lah aku ikut jalan luar, Jalan Selaman... Nampak pula Kereta Waja tenggelam air dekat Shell Seksyen 9 area Old Town White Coffee tu, kesian...huhuhu... sekarang kalau musim hujan jer, mulalah banjir sana sini...


Aku bawa kete dalam hujan lebat, Syukur Alhamdulillah dikurniakan mata yang masih terang lagi...


Sampai kat Alamanda aku jalan-jalan cari beg besar @ traveller bag bukan bag packers tau... sebab beg yang sedia ada dah uzur...hehe... tapi tak beli jugak... 


Fikir-fikir nak beli kecik ke besar, kalau kecik senang nak tarik jer, tp nanti untuk gi bercuti dengan family ke Sabah, macam rugi plak ambil yang kecik...huhuhu... takpelah...esoklah tengok beg kat KL plak...


Sebelum beransur balik, singgah kejap dekat Pizza Hut's Alamanda. Makan amek set pakej. Nak tukar pepsi ke milo tak buley, jadi orderlah satu hot milo sebab ayah tak boleh minum air gas banyak sangat...(",)


Pizza pertama order Hawaiian Supreme.
Pizza kedua order Chicken Supreme.
Yang ni pulak, gambar mamat yang dah lame tak makan pizza, asyik makan secret...biarlah rahsia...tu yang gaya gitu tue...hehehe...sila abaikan yer...
 
Lepas makan-makan pizza, terus balik ke rumah, sebab ayah ada tugasan yang belum selesai. (",)


* Dah lama tak story mory macam nih...hehehe

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.