Header Ads

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri, Shah Alam 29 Januari 2012

Ustaz Azhar Idrus yang menjani fenomena kini kembali lagi ke Negeri Selangor pada tahun 2012 ini iaitu di hujung minggu ini pada 28 dan 29 Januari 2012.
Saksikan secara langsung Kuliah Maghrib Khas Bersama Ustaz Azhar Idrus dari
Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah MSSAAS Shah Alam
pada 29 Januari 2012 selepas solat Maghrib


ATAU KLIK LINK BERIKUT UNTUK MENONTON SIARAN LANGSUNG ONLINE KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID NEGERI SHAH ALAM.


UPDATE : Gambar Sekitar Majlis Ilmu Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam - KLIK SINI
Dibawakan Khas oleh TVSelangor
~ Sila Kongsi dan Sebarkan ~

Pada 28 Januari 2012 Ustaz Azhar Idrus akan berada di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang dan pada Ahad - 29 Januari 2012 Ustaz Azhar Idrus akan berada di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor untuk sesi Kuliah Maghrib Perdana bersama puluhan ribu rakyat yang dijangka hadir untuk mendengar sesi ilmu agama yang bakal disampaikan UAI pada hari tersebut.

Kalau pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Dataran Shah Alam kehadiran di luar jangkaan dengan lebih 80 ribu yang hadir... tetapi Ahad ini, sudah ada yang membuat jangkaan lebih 50,000 ribu hadirin yang bakal hadir.

Sesiapa berkelapangan dijemput hadir beramai-ramai, datang seawal mungkin kerana ruang dijangka amat terhad.  Sila bawa sejadah/tikar sendiri untuk keselesaan anda.
~ Sila Kongsi dan Sebarkan ~
~Jom kita penuhkan Masjid Negeri~

Gambar di Shah Alam, Ketika sambutan tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus, 

Komen Defarhano: Semoga lebih ramai golongan muda dan berusia mencari ilmu di jalan Allah, tak kira di mana jua, tidak di Shah Alam, tidak bersama Ustaz Azhar Idrus pun tidak apa, kerana beliau hanya menyampaikan ilmu sebagai pendakwah kepada semua orang sama seperti pendakwah lain... Semoga berjalan lancar!~













5 ulasan:

  1. saya selalu gak dgr ceramah ustaz ni kat youtube....

    BalasPadam
  2. dgr ceramah ustaz ni, tak ngantok, terhibur dan byk manfaat.....

    BalasPadam
  3. @Mohammad Abu Bakar Kamal
    kena minta Surau berkenaan buat jemputan lah, sebab kalau dia UAI tak dapat permit dari Jabatan Agama Negeri...camna dia nak bagi ceeramah...huhu

    BalasPadam
  4. @Alieza Dayasari
    sememangnya Uztaz Azhar Idrus menjadi fenomena di youtube... dan terbaru... Ustaz Don Daniyal pon dah tersebar meluar kt youtube...bagus lah kan...yang baik kita kongsikan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.