Header Ads

Review Filem Sumpahan Kum Kum | Tayangan Pratonton

Review Sumpahan Kum Kum | Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum
Seperti biasa, selepas aku pergi ke Majlis Pratonton Filem Sumpahan Kum Kum pasti aku akan buat review filem berkenaan.Sumpahan Kum Kum hasil terbitan Penerbit Mejar David Teo selaku pemilik syarikat Metrowealth yang bakal menggegarkan panggung wayang dari Januari sehingga Disember 2012 tanpa henti. (",) Sumpahan Kum Kum diarahkan oleh Ismail Bob Hasim yang box office dengan Filem Ngangkung bergenre Komedi Seram kutipan 8 juta lebih.

Semalam jalan ke MBO Subang Parade tak jammed, aku selamat sampai tepat pada masanya, cuma tak kena dengan tema yang diminta iaitu Putih. (",) Takpelah redah sajer, semua berjalan lancar, dengan aktiviti makan-makan, ramah mesra bersama artis dan rakan-rakan media dan blogger sebelum tayangan bermula.

Baca dulu Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum supaya senang faham jalan cerita Sumpahan Kum Kum ni nanti, sedangkan aku yang pergi tengok tanpa baca dan tengok trailernya pun... amat puas hati, filem ni memang terbaek... Trailer tengok sini

Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum

Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya.

Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.
Review Sumpahan Kum Kum
Dah baca Sinopsis nya kan? aku rasa macam korang dah tengok full movie plak (",) sebab dah nak hampir 100% jalan cerita filem ni ada dalam sinopsis tu, biasanya Sinopsis meninggalkan persoalan kepada pembacanya...hehehe...

* Jalan cerita filem ni, memang sangat santai, mudah dibaca dan tak perlu tau sinopsis dan siapa pelakon atau yang membawa watak dalam sumpahan kum kum pun korang boleh faham dah jalan cerita nih...(",)

* di awal permulaannya macam tak masuk akal, aku takut nanti jadi kontroversi plak lepas nih...huhu... sebab suara hantu @ makhluk tu beri salam Assalamualaikum...kum...kum... waktu scene toilet wanita di RnR (",)

* start dari scene tu lah hantu tu akan menakutkan penonton dalam wayang, dengan aircond yang sejuk lg, ntah aircond ntah angin yang lalu kat tangan aku...huhu...lupa bawa sweater...

* make up hantu memang real, banyak rupa hantu juga dalam filem nih, (",) seram ok!

* Filem ini lagi menyeramkan sebab aku pun asyik nak get ready tengok celah-celah jari je...huhu...yang paling buat aku sebut Allahu Akhbar ialah babak terakhir!...korang tengok sendiri ok!...siyes tak boleh nak tahan dari jerit kalau betul-beul menghayati filem ini... kalau korang jenis tanak fokus, memang tak rasa apa-apa la sangat....


* Watak Adi lakonan Fezrul, Shima dan Mila yang dilakonkan oleh Wawa dan Shima berjaya dan tak nampak kaku... percubaan yg selamat, sebab jadi hantu...hehe... Terbaek untuk Fezrul!

Rating : 4.5/5 Star! 
(Mesti Tonton! 26 Januari 2012)
Barisan Pelakon Utama Filem Sumpahan Kum Kum
Fezrul:Adi (Pelakon Utama)
Putri Mardiana:Nurul
Wawa Zainal:Shima
Shima Anuar:Mila
Lydiawati:Mak Tom (Pelakon Pembantu)
Echa:Tini (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib:Mak Leha (Pelakon Pembantu)
Kazaar Saisi:Pak Nuar (Pelakon Pembantu)
Abdul Razak Ahmad:Imam (Pelakon Pembantu)
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penerbit : David Teo


Dah bawa Kamera DSLR tapi waktu tu baru tau memori kad rosak, jadi guna henset sajelah amek gambar...tak banyak hasil...tunggu entri seterusnya gambar bersama artis dan pelakon filem sumpahan kum-kum, sebab gambar tu kat kamera orang...hehehe
Suasana sekitar selepas tayangan pratonton, ramai yang ambil kesempatan bermesra bersama-sama rakan baru dan lama...
Selepas habis tayangan ~ sesi ramah mesra dengan artis
Sempat bergambar bersama Nas Terjah sewaktu sesi makan-makan~
Jangan Lupa terjah pawagam berdekatan pada 26 Januari 2012 yer...Jom...
ker nak download Filem Sumpahan Kum Kum Full Movies nih di Internet???
Rasanyakan mari kita penuhkan pawagam...biar sampai habis tayang, biar kutipan filem Sumpahan Kum Kum pecah panggung...pastu kalau ada jugak yang upload untuk korang download Sumpahan Kum Kum kat Youtube, aku rasa David Teo tak marah kot...hehehe
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Jalan Cerita Sumpahan Kum Kum, Best Tak, Pendapat Kaki Wayang, Review Filem Sumpahan Kum Kum, Filem Lakonan Fezrul, Wawa Zainal Jadi Hantu, 

7 ulasan:

  1. Eh,..memang seram laah,..

    xsangka terselit kat salah satu picture di atas. :))

    BalasPadam
  2. tgk trailer cam seram gk citer ni eh?

    BalasPadam
  3. @YaNa Yassin (",)

    semalam, prasan gak...cme xbpe knal...sbb x pnah tegur..hehe..
    maybe lau ade lagi pasni... leh la bertegur sapa....

    a ah..mmg seram kan...terjerit la plak

    BalasPadam
  4. @J.M.R mmg seram bro... dush dush dush seram dia bagi... kaw2.... huhu... aku smlm xtgk trailer pon...n bajet citer ni tak best... last skali meleset sangkaan aku... memang terbaek!

    BalasPadam
  5. alamak,mas tak jerit la farhan.dah try gak nak rasa takut.dah try nk fokus,tapi tetap sama gak.adess..

    semalam tak perasan lak farhan.

    btw,farhan leh x wat new tab when click.(right click)coz bila tekan read more yg ni,terus direct page ni jugak.nak tengok entry lain gak.(my opinion je)

    BalasPadam
  6. Link download Sumpahan Kum Kum full movies ada kat sini tak nanti?, tengok u review macam best!...good job bro...

    BalasPadam
  7. aha...Kum Kum adalah better dari Keramat, Hijab or Jangan Pandang Belakang..haha...=)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.