Jumaat, 20 Januari 2012

Tazkirah Jumaat : 5 Perkara Menyebabkan Syirik


Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT, meyakini dan
mempercayai kepada sesuatu makhluk bahawa ia berkuasa untuk
memberi manfaat dan mudharat terhadap sesuatu perkara
. Kepercayaan
yang merosakkan akidah ini dapat dilihat melalui perlakuan seperti
memuja dan meminta pertolongan di tempat-tempat yang dipercayai
keramat atau penunggu, berjumpa pawang untuk menilik nasib, membuat
tangkal dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w melarang umatnya dari melakukan segala bentuk
syirik kerana ia merupakan dosa besar yang amat dimurkai oleh Allah
SWT.


Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik
(mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampuni
dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa
yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar”.


Akidah yang bersih dari segala bentuk perlakuan syirik adalah asas
agama Islam. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w berjuang menumpukan
dakwah dalam tempoh kerasulan baginda bagi memperbetulkan akidah
manusia. Justeru, sebagai seorang muslim, kita sewajarnya sedar tentang
kepentingan akidah agar kita terus memperkemaskan dan memagarinya
dengan ilmu, amal dan taqwa. Agar ia tidak mudah goyah dan dicemari
dengan apa jua perlakuan syirik.

Syirik boleh berlaku dalam lima perkara:
Pertama : Syirik dalam iktikad.
Iaitu meyakini ada Tuhan selain Allah.
Kedua : Syirik dalam ketaatan.
Iaitu mentaati manusia lebih daripada mentaati
Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w:

”Tiada ketaatan kepada makhluk dalam
perkara maksiat kepada Pencipta”

(Riwayat Bukhari)

Ketiga : Syirik dalam kasih sayang.
Iaitu mengasihi manusia atau harta benda lebih dari
mengasihi Allah.
Keempat : Syirik dalam tawakal.
Iaitu berserah kepada manusia atau makhluk lebih
dari berserah kepada Allah.
Kelima : Syirik dalam Ibadah.
Iaitu mengabdikan diri kepada
selain Allah.

Al-Quran menerangkan syirik boleh berlaku dalam banyak bentuk.
Sebagai contoh, orang Yahudi melakukan syirik kerana menyangka Uzair
adalah anak Tuhan dan orang Nasrani melakukan Syirik dengan
menyembah Nabi Isa a.s. Ketaatan, kecintaan dan kasih sayang, taasub
dan kefanatikan kepada individu secara berlebihan semuanya boleh
membawa kepada syirik.

Di antara perbuatan syirik yang masih berleluasa dan menjadi
amalan di dalam masyarakat kita sehingga hari ini adalah mempercayai
pawang, tangkal
dan azimat seperti mengamalkan ilmu menurun, memuja
kubur, memakai susuk
, memuja untuk mendapatkan wang dan
sebagainya
. Bahkan drama-drama di televisyen sering memaparkan
cerita-cerita tahyul dan hantu yang memaparkan watak bomoh
, pawang
dengan menggunakan kuasa tangkal azimat sehingga menarik minat
ramai penonton dan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa dan akidah
mereka khususnya terhadap remaja dan kanak-kanak. Rasulullah s.aw
dengan tegas melarang semua perbuatan ini kerana adalah perlakuan
syirik.

Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah perlakuan
syirik.
” (Riwayat Hakim)

Sebenarnya amalan syirik seperti ini sudah sekian lama berada di
dalam kehidupan manusia
. Walaupun telah terbukti amalan-amalan ini
tidak memberi apa-apa kesan secara pasti dan nyata, ia masih terus
diyakini dan diamalkan oleh ramai manusia. Perbuatan syirik ini juga
diamalkan secara meluas di kalangan umat arab sejak zaman berzaman.
Rasulullah s.a.w telah berusaha dengan gigih menghapuskannya dari
kehidupan umat Islam bagi memastikan akidah mereka bebas dari
sebarang perlakuan syirik.
”Sesiapa yang menggantung azimat maka Allah tidak akan
menyempurnakan hajatnya, dan sesiapa yang menggantung tangkal maka
Allah tidak akan memberikan perlindungan kepadanya.”

(Riwayat Abu Ya’la dan Hakim)


Komen Defarhano: Panjang pula entri tazkirah kali ini (",) ada ke yang baca?
Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan sebarang bentuk syirik yang menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T...Amin...

Sumber :- JAIS - Khutbah Jumaat 20 Januari 2012 -
"BAHAYA SYIRIK"

Kongsikan Entri ini dengan menekan SHARE di bawah jika anda rasa ia bermanfaat kepada semua, Terima Kasih.

Syirik Dalam Islam, Senarai Perkara Syirik kepada Allah, Benda yang boleh ke arah Syirik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan