Sabtu, 25 Februari 2012

Dari Jerantut ke Dungun


 Hari ini meneruskan perjalanan dari Jerantut ke Kemaman pergi ke Dungun dan kembali ke Kemaman semula.


Al-Kisah perjalanan hari ini bermula dari Jerantut ke Kemaman sejauh lebih kurang 220 kilometer perjalanan, kami masuk di Highway Plaza Tol Chenor dan Keluar di Plaza Tol Jabor dengan bayaran RM13.70. Rasanya macam sama kos tol kalau 'direct' dari Karak ke Jabor RM21. Semalam dari LPT Karak ke Tol Temerloh RM6.00... Jadi RM6 + RM13.70 total kos RM19.70, kurang RM1.30 jer...huhu.....
Sampai di Kemaman singah dulu di Hospital Kemaman, kerana adik ipar diserang demam denggi. Agak sedih juga keadaan Hospital Kemaman, kerana Wad yang asalnya menampung 3 katil, kini terpaksa duduk berhimpit dengan muatan 4 katil satu baris...Sepatutnya dah boleh tambah bangunan baru dah.... petang tadi Adik Ipar discharge...
Selepas melawat, balik ke rumah dan rehat-rehat seterusnya meneruskan perjalanan ke Dungun, hantar kakak ipar di yang menetap berdekatan UiTM Dungun. Stay di sana sampai jam 7.00. Selepas makan-makan masakan ikan segar @ Ikan Bawal masak merah.... yang dibeli dari peraih ikan / nelayan yang baru mendarat di pantai dalam jam 3.30 petang tadi...Sedap betul...nyum3x... ada bawa balik sedikit stok untuk keluarga di Putrajaya. (",)
Jam 7.00 malam bertolak semula ke Kemaman, dan selamat sampai dalam jam 8.15 malam di rumah. Maka tamatlah perjanalan hampir 400 kilometer hari ini. (",). Semalam dah beratus kilometer Putrajaya Jerantut, hari ini lagi... esok nak balik KL, lagilah berkilo-kilo meter.... 

Komen Defarhano : Seronok pergi umah di Dungun, Luas dan Selesa... Kalaulah dapat rumah sendiri yang sebesar itu...Semoga waktu itu tiba juga...InsyaAllah...Tapi kat Lembah Klang boleh dapat ke rumah sebiji-sebiji camtu...hehehe...RM...RM...RM...

Jumaat, 24 Februari 2012

Cuti Hari Kelepasan Am pada 11 April Cuti Tambahan



Malam tadi baru Defarhano tahu setelah tengok berita TV, yang 11 April 2012 bakal menjadi Cuti Hari Kelepasan Am tambahan kepada semua rakyat Malaysia sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Syukur, Alhamdulillah dapat lagi Cuti Extra tahun ni sebab 11 April jatuh pada hari Rabu. (",).... kan best, kalau Cuti 11 April ni jadi cuti tetap tiap-tiap tahun...hehehe

11 April hari kelepasan am tambahan

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - BERNAMA



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Ke Kenduri Kahwin di Jerantut


Defarhano kini berada di Jerantut, Pahang untuk majlis kenduri kahwin saudara belah orang rumah. (",)

Bertolak petang tadi dalam keadaan hujan lebat dari Putrajaya dan seperti biasa akan mengalami kesesakan jalanraya di MRR2. Stress!

Dengan keadaan perut yang lapar, Mc'Donald's Drive Thru di Taman Melati menjadi tempat persinggahan. Jadi makanlah di dalam kereta Double Cheeseburger dan Mc'Chicken and Milo Ais untuk cover perut yang agak lapar3x...

Perjalanan ke Jerantut melalui Tol Gombak RM5.00 dan Tol Bentong RM3.00 dan seterusnya Bayaran terakhir di Exit Tol Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan kos RM6.00.Masa perjalanan Temerloh ke Jerantut dalam sejam perjalanan.

Sedap juga masakan di sini, dengan menu Gulai Tempoyak Ikan Patin, Gulai Daing (Gulai daging @ kari...) Sup Tulang/Daging/Gear Box dan lain3x... tapi tekak tak lalu nak makan menu Ikan Patin tu, sebab dah macam-macam cerita dengar pasal Ikan Patin ni kan... huhuhu....
 Nilah pengantin tersebut, dua-dua anggota polis, gambar malam berinai pun pakai baju polis warna putih, baju pancaragam eh???....takda mood nak ambil gambar, sebab dah ngantuk+xbawa kamera DSLR ;-(


Jadi mata pun dah agak mengantuk, waktu tidur pon dah sampai...itu jelah yang dapat Defarhano coretkan...

* Jarang update aktiviti on the spot... kisah kenduri kahwin pon tak terupdate...hehehe...Selamat Malam~
 

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Khamis, 23 Februari 2012

Konsert WOW! Putrajaya 2012 : M.Nasir, Ella, Hazama, Stacy dan Ramai lagi


Karnival WOW! Putrajaya 2012 kembali lagi mulai hari ini 23 Februari 2012 sehingga 26 Februari 2012 di Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 2. Masuk adalah Percuma, jangan bayar pula :P~

Di antara aktivi-aktiviti yang bakal berlangsung di Karnival Wow 2012 ialah
Pertunjukan Bunga Api,
Hot Air Ballon,
F1 Simulator,
Pameran Kesenian & Kebudayaan Antarabangsa,
RC Demo,
Upin & Ipin,
Vintage Car,
Tatoo ATM,
Ferrari Auto Show,
Sukan Rakyat,
Auto Saloon Show,
Futsal,
Bridal Showcase,
Gerai Jualan & Makanan,
Pertandingan Karaoke
dan banyak lagi!!!

Event paling bernilai sudah pasti yang berkaitan dan membawa kita ke arah jalan Allah, iaitu 60 Minit bersama Ustaz Don pada 23 Februari 2012 8.30 Malam di Tapak Karnival WOW! Putrajaya malam ini.


Konsert WOW! Putrajaya pula akan bermula pada sebelah malam 25 Februari 2012 hari Sabtu. Antara penyanyi yang hadir akan membuat persembahan malam tersebut ialah M.Nasir, Ella, Ramli Sarip, Hazama, Stacy,
Mila, Meet Uncle Hussein dan ramai lagi...

Harga Diskaun Istimewa Cruise Tasik Putrajaya dibawakan khas sempena Karnival WOW! 2012. Murahnya harga untuk orang Dewasa dan Kanak-kanak  kan...tak pernah lagi naik Cruise Boat dan Perahu Dondang Sayang... (",)

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan lokasi event sila ke Laman Rasmi Perbadanan Putrajaya sebagai penganjur Karnival WOW! Putrajaya 2012 Klik sini untuk lihat aturcara events yang berlangsung... Jadual Acara Karnival WOW! Putrajaya 2012 DOWNLOAD

Komen Defarhano : Tak dapat pergi lah Karnival WOW! 2012 nih, esok naik ke Pantai Timur. (",) Jadi, sesiapa tolong wakilkan boleh tak??? HeHeHe...


Kadar Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012 Tuntutan Cuepacs

Jadual Gaji Baru SBPA 2012 belum lagi keluar, tapi biasalah, semua penjawat awam ternanti-nanti akan jumlah sebenar kenaikan gaji selepas dikaji semula dalam tempoh 3 bulan. Blog ini pun dah menerima ratusan ribu pelawat bulan ini mengenai SBPA. Harus diingat, tempoh 3 bulan bakal berakhir 16 April 2012. Jadi masih terlalu awal untuk berkira-kira mengenai kenaikan gaji terbaru SBPA ini setelah ditangguh sejak Januari 2012.

Berikut merupakan maklumat terkini kenaikan gaji mengikut gred gred dalam perkhidmatan awam berkaitan Gaji Baru SBPA tuntutan CUEPACS kepada Kerajaan Malaysia demi membela nasib kakitangan kerajaan Gred 54 dan ke bawah.
Kadar Kenaikan Gaji Baru SBPA Tuntutan CUEPACS
Gred 1 hingga Gred 16 : + RM700
Gred 17 hingga Gred 26 : + RM1000
Gred 27 hingga Gred 40 : +RM1500
Gred 41 hingga Gred 48 : +RM1800
Gred 52 hingga Gred 54 : +RM2500


"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. -Presiden CUEPACS  

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga Gred 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Kalaulah tuntutan CUEPACS ini benar-benar menjadi kenyataan, sudah pasti seluruh kakitangan awam akan gembira dengan keputusan gaji baru SBPA yang bakal diumumkan nanti.
Jangkaan Defarhano: 1/2 dari Jumlah Kenaikan Gaji Baru SBPA yang diminta Cuepacs mungkin akan diguna pakai kelak, kerana sebelum ini segala tuntutan CUEPACS hanya diberikan separuh sahaja, tidak sepenuhnya... (",)
Contoh : Gred 17 hingga Gred 26 : kadar kenaikan RM500 bukan RM1000.
Tapi kalau benar² semua tuntutan SBPA Cuepacs kali ini berjaya, korang semua patut belanja Tuan Presiden Cuepacs Open Table Roti Canai 1X... (",)
 

Isnin, 20 Februari 2012

Laptop Acer Buat Hal Lagi...



Setelah hampir 3 tahun menggunakan laptop model Acer 4736G tanpa sebarang masalah, kecuali kecuaian sendiri...dulu...LED (LCD) Screen Crack, kini Laptop Acer aku menunjukkan tanda-tanda ianya bakal mengalami kerosakan hardware.


Sebelum ni terjadi benda yang sama iaitu Power Komputer akan mati secara tiba-tiba walaupun tengah 'plugged in' power cable, aku Format dan Install semula windows, beralih ke Windows 7, ianya kembali ok...tak lama lepas tu, berlaku lagi dan aku terus sabar menanti guna saban hari dengan 4,5,6,7 dan banyak kali restart notebook sebelum dapat guna seperti biasa.


Jadi aku buat keputusan re-install Windows 7 semula, mana tahu berlaku masalah ketika nak load Windows dapat diselesaikan. Lastly, bila Windows 7 fresh install dah complete, pon terjadi benda yang sama... notebook shutoff sendiri tiba-tiba...stressssss...grRrrr...


Jadi aku buat keputusan, nak hantar laptop ke Acer Service Center sementara masih under warranty lagi. Rasa untung jugalah upgrade ke 3 tahun warranty masa beli tahun 2009 hari tuh... Check / Periksa Acer Warranty Check Online disini dengan guna Serial No / SN ID.


Setelah survey di website acer, ada 3 lokasi Service Center Acer di Selangor dan Kuala Lumpur seperti alamat di bawah. Kenalah aku pilih masa yang sesuai nak hantar ke sana... (",) harap-harap semua dicoverlah kan...dahlah DVD-ROM Drive pun macam bermasalah...


Lokasi dan Alamat Acer Service Center in Selangor, Malaysia
Highpoint HQ (Selangor)
1 Jalan TP6, Sime UEP Industrial Park, Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Acer Call Center: 1-800-88-1918 [9.00AM to 6.00PM / Monday to Friday]
Tel: 03-8026 6226 Fax: 03-8024 5100

Lokasi dan Alamat Acer Service Center in Kuala Lumpur - KL, Malaysia
Highpoint Low Yat Plaza
Lot 4.20, 4th Floor, Plaza Low Yat, Off Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur [10.30am to 9.00pm/ Daily]
Tel: 03-2141 2942 Fax: NA

Highpoint Berjaya Time Square
09-19, Ninth Floor, Berjaya Times Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur [10.00AM to 7.00PM / Daily]
Tel: 03-2141 6232 Fax: 03-2141 6202

Link Untuk semak warranty laptop acer secara online di sini - Acer Warranty Check

Bila yer nak pergi hantar laptop ni??? ke Low Yat? atau ke Subang??? Jeng3x...pergi lowyat dapat tengok dan beli barang-barang komputer yang murah-murah...sambil ambil tahu gadget-gadget terbaru yang ada kat pasaran Malaysia sekarang kan...huhuhu...baru update 1 entry ;-(



Selasa, 14 Februari 2012

Cuti Sudah Habis Bro, Kerja Kerja Kerja!!!

Setelah lama bercuti dari dunia blog dan alam pekerjaan atas Urusan Seri Paduka Baginda (",), hari ini baru kembali menulis entry (",).


Sebelum ini memanfaatkan tempoh2 bercuti sepenuh masa. (",)
Terlalu banyak benda yang dibuat dari 2-13 Februari yang aku buat. (",)


Tapi apa yang pasti, bila masuk office setelah hampir 2 minggu tak tunjuk muka, kerja di office datang bertalu-talu... dengan audit nya lagi, nak kena mintak quatation/sebut harga Impiana Hotel / Swiss Garden Hotel lagi untuk events hujung tahun ni...dan macam-macam lagi lah....adoi... tak boleh nak masuk office dengan tenang langsung...rasanya nak dalam mood bercuti jer lagi....hehehe.... 
 Ranking Blog Februari 2012
Dengan ranking alexa blog aku yang jatuh 400 anak tangga, semakin sedih dan parah rasanya...ades... :-(
Ranking Blog Januari 2012



Harap-harap selepas ini ada peningkatan kembali bagi ranking alexa blog ni, dah lah PR blog ni pun jatuh dari PR 2 ke PR 1 (Pages Rank) sebab lama tak post entry...biler  nak naik PR2 balik pon tak tahu...kena usaha ni... :-(


Ok...Sekian... kepada yg komen entri² sebelum nih... InsyaAllah ada masa sy akan reply dan berkunjung semula ok...tq....


Rabu, 1 Februari 2012

Cuti Panjang Dah Diluluskan (",)

Syukur Alhamdulillah, Permohonan Cuti yang aku buat beberapa hari lepas telah diluluskan. (",) Nampaknya aku akan bercuti dari kerja dan berblog... eh...eh...berblog? ala...tak best lah nanti blog ni akan jatuh pages rank, lagi² kat alexa dan MISS ENTRY sehingga 11 Februari... :-( Nak Curik² Masa Update Blog Leh Tak?

Aku start cuti mulai ESOK iaitu 2hb Februari 2012 dan kembali bekerja pada 13 Februari 2012.

Semoga segala URUSAN SERI BLOGGER DEFARHANO sepanjang CUTI ini berjalan dengan lancar. 
Eh, Salah Poster lah pulak... ni Urusan Aizat Amdan nye album... (",)

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Permudahkanlah segala perjalananku untuk Majlis Urusan Raja Sehari Muhammad Farhan & Pasangan sehingga selesai semuanya kembali ke Kuala Lumpur. Amin"

~ Majlis Perkahwinan Saya 4hb Februari 2012 ~
Sebelah Pengantin Perempuan , Doakan Yang Baik² Ye (",)


Selamat Hari Wilayah Persekutuan buat mereka yang menyambut dan Cuti hari Ini....

Keputusan Manchester United vs Stoke City Result 1 Februari 2012 2-0

Full Time English Premier League Result 1 Februari 2012
Keputusan Penuh Perlawanan


Keputusan Penuh Manchester United vs Stoke City
Full Time Result Manchester United vs Stoke City



2-0
Goal Scored by
Berbatov
min-53" (Pen)
Hernandez min-38' (Pen)

Video gol penalty Berbatov vs Stoke City 
Video gol penalti Hernandez vs Stoke City


Keputusan Penuh Everton vs Manchester City
Full Time Result Everton vs Manchester City
1-0
Goal Scored by
Darron Gibson (Ex Man. Utd)


Jam 4.00 pagi tadi berlangsung perlawanan EPL minggu ke-23 yang mana keputusan nya seperti di atas. Keputusan Manchester United menang lawan Stoke City, dan Everton menang lawan Manchester City.


Lain- Lain Keputusan Semasa EPL ialah
Full Time Match EPL Result Gameweek 23 on 1 Februari 2012
Swansea vs Chelsea
1-1


Spurs vs Wigan
3-1


Wales vs Liverpool
0-3


Terjaga pagi tengok result, Manchester United menang dan Everton tengah leading dengan Manchester City... Yehaaa...TQ Ex- Man. United Player!
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!