Jumaat, 29 Jun 2012

Jersi Baru Manchester United 2012 2013 - Home & Away Kit

Jersey Manchester United New Home and Away Kit 2012/2013 Season

Apa khabar Old Trafford??? Eh!, (",)
Untuk EPL Musim 2012/2013 nanti Manchester United bakal menggunakan jersi  bercorak baru. Yang mana kita telah tahu sebelum ini, jersi baju baru Manchester United ini bercorak petak² yang telah disindir oleh fan-fan yang Anti Manchester United di Malaysia Jersey kain sarong/pelikat. 

Sebenarnya diorang jeleous sebab jersi kelab diorang corak lebih kurang sama sahaja tiap-tiap musim. Peace (",)

Manchester United Home and Away Jersey Kit 2012/2013





Manchester United Goalkeeper Home and Away Jersey Kit 2012/2013
Dan sebagai tambahan Defarhano letak juga jersey khas wanita buat penyokong Manchester United. Ikut cuting body gitu...(",)



Kalau rasa berkenan, belilah jersi MU tu secara online di website rasmi MUFC.
Direct dari Old Trafford gitu...


Cantik tak baju baru Manchester United musim ni???




TAGS : Manchester United, Jersi Manchester United 2012/2013, Jersi Baru MU,Jersey Terbaru Manchester United, Manchester United New Jersey, Manchester United Away Kit 2012,2013, Manchester United Home & Away Kit, 3rd Jersey Manchester United, 3rd Kit Man. United, Away Jersey, Pelancaran Jersey baru United 2013



Khamis, 28 Jun 2012

Hujan dan Cuci Kereta Tak Dapat Dipisahkan



Lunch time semalam Defarhano sempat hantar kereta ke car wash. Lokasi Car Wash ni berhampiran dengan Restoran Tupai-Tupai. Senang hati hantar kereta semalam takde kereta lain... Lepas selesai semua barulah pergi makan. 

Tapi yang tak bestnya dan sering berlaku secara kebetulan ke atas diri Defarhano ialah, asal hantar car wash atau cuci kereta jer mesti hujan pun turun kan... (",) bukan sekali dua, banyak kali jugak lah kebetulan ni berlaku... huhuhu.... Hujan Rahmat semalam turun dengan lebat... Redha je lah kan... Kalau hujan tak boleh bawa laju², bahaya...So memang patut hujan turun membasahi bumi...

Hujan dan Basuh Kereta bagi saya memang tak dapat dipisahkan...
Hari ini baik-baik saja...

*** Mood tak berapa best, sebab Portugal kalah dengan Spain melalui Penalti 4-2. pagi tadi, walaupun tak dapat tengok...huHuHu... :-(




Rabu, 27 Jun 2012

Panggilan Percutian di Krabi, Thailand



Tengok tempat ni dah memang senang sangat dijangka iaitu Krabi Island (",) destinasi percutian pulau yang menarik dan berdekatan dengan Malaysia. Dekat ker??? (",)
Yang bawah ini pula, tiket flight Air Asia dari KL ke Krabi yang telah aku beli waktu promo sblm2 nih , harga promo tak promo sangatlah... duit jugak kan...

Kalau ikutkan aku bercuti di Krabi bulan Julai 2012 ni, tapi sehingga ke hari ini passport yang dah mati belum direnew lagi. (",) Jom Renew Passport...

Sekian. (",)


*Cuti banyak nak digunakan tahun nih, September, Oktober, dan Disember... (",) November tiada aktiviti setakat ini, tapi nasib cuti tahun lepas tak habis lagi... gaji takde plak camtu... HeHeHe 

* Siapa yang dah pernah pergi, boleh share link kat sini yer, kongsi² pengalaman bercuti kat Krabi ye.. (",)


Ahad, 17 Jun 2012

Musim Buah Buahan Tempatan di Kampungku


Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dengan balik ke kampung dan bersempena dengan musim buah-buahan tempatan di kampung Defarhano, sempat lah jugak menjamah sedikit buah yang mula gugur/masak.

Antara pokok yang berjaya dipanjat ialah Pokok Durian...
Eh! Pokok Manggis lah.... ada ke orang panjat pokok Durian???
HaHa... sah3x tak sabar nak tunggu Durian gugur lah kalau macam tue...

Dapatlah dalam 18 biji buah manggis yang telah dimakan (",) nyum3x...
Waktu pergi mencari buah durian takda pulak yang gugur, jadi untuk tidak menghampakan edisi pergi mencari buah, Defarhano panjat jerlah pokok manggis... (",) 


Nasib tak patah pokok manggis tue, kira masih ringanlah berat badan ni kan???


Kampung Defarhano di Negeri Sembilan sedang musim buah Durian dah mula gugur, manggis dan buah rambai, buah rambutan tak termasuk yer musim ni... buah Anggur jauh sekali... (",) Kampung anda bagaimana???


*** Mula mencari mood untuk mengupdate blog secara tegar kembali setelah hampir 2 bulan menyepi. (",)

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!