Ahad, 30 September 2012

Keputusan Penuh Selangor vs Singapura 3-1 : Piala Sultan Selangor 2012

Perlawanan Piala Sultan Selangor 2012
Edisi ke-11


Keputusan Penuh Selangor vs Singapore 29 September 2012
Stadium Shah Alam


Veteran Selangor vs Veteran Singapura

1-2 

Full Time Result Selangor vs Veteran Singapura 1-2. 40 Minit Beraksi. 

8.00 malam

Full Time Result
Pilihan Selangor vs Pilihan Singapore
3 - 1  
Alexsandar Duric minit-24
Safiq Rahim m30 lebih (pen)
Bosko Balaban minit-55
Rozaimi Rahman minit-89
9.20 malam

Komen Defarhano: Selangor Menang juga setelah 3 tahun kemarau kemenangan di tangan Singapura


Keputusan Penuh Singapura vs Selangor, Keputusan Terkini Singapore vs Selangor, Selangor vs Singapore Result, Result Singapore vs Selangor, Result Selangor vs Singapura, Result Singapura vs Selangor, Gol Selangor vs Singapore, Keputusan Semasa Perlawanan Piala Sultan Selangor, Keputusan Terkini Selangor vs Singapura, Live Selangor vs Singapore, 

Sabtu, 22 September 2012

Program Pusat Penilaian Kompetensi Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Peluang Kerja GOMEN... YEAY!~!
Sabtu 22 September 2012 iaitu hari ini adalah hari yang mana telah lama defarhano nanti-nantikan setelah berjaya melepasi PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29 yang dibuat pada bulan Mei 2012 lalu. Defarhano dapat Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di Putrajaya.
Rupanya gambaran Exam PPKTU 2nd Stage ini tak sama ketika defarhano pernah melepasi Exam pada peringkat pertama tahun 2009 yang lalu. Dulu bagi defarhano sangat mudah berbanding kini. Walaupun mudah, tetapi keputusan peringkat KEDUA 
PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29 tetap GAGAL. Walaupun hanya perlu menceritakan tentang diri, salah satu gambar yang diberi dalam bahasa Inggeris ketika berdepan dengan penemuduga.Kini 2012 defarhano berpeluang sekali lagi berada pada peringkat yang sama dengan situasi exam yang berbeza. Setelah dibuat research dan juga melalui jadual exam PPKTU yang Defarhano dapat, peringkat kedua ini lebih mencabar berbanding 2009 dahulu.

Antara aktiviti yang bakal dilalui oleh peserta PAC nanti ialah :
A. Ujian Rabun Warna (Aktiviti 1)
B. Lakonan Komunikasi Pengawal Kawalan Trafik Udara dan Juruterbang (Aktiviti 2)
C. Ujian Kertas Kefahaman Teks (Aktiviti 2)
D. Penyelesaian Kes Penerbangan (Perbincangan Kumpulan - Aktiviti 3)

Ini adalah apa yang diceritakan oleh otai-otai di Group Facebook Air Traffic Control Assistant 2011. Banyak lagi tips dan hint soalan yang diorang beri. Semoga semua Calon yang bakal menjaga Menara Kawalan Trafik Udara berjaya melepasi halangan tersebut.
Akhir kata, Defarhano tidak dapat turut serta di peringkat kedua ini, kerana ada MISI yang belum selesai, walaupun gembira melepasi peringkat pertama. Nampaknya peserta telah kekurangan seorang. Peluang semakin terbuka... HeHeHe (",)
Komen Defarhano: Kalau program PPKTU ini tamat jam 12.00 tengah hari, sudah pasti defarhano pergi. Mungkin peluang defarhano untuk dapat kerja kerajaan belum tiba lagi... (",) Susahnya nak dapat kerja kerajaan sekarang ini. Perlu melepasi beberapa peringkat peperiksaan pula... dahla nak tunggu SPA panggil berzaman... InsyaAllah, rezeki tak kemana kan...

 

Jumaat, 21 September 2012

Tengok Kereta Adik Ipar Kena Langgar

Sebelum solat Jumaat tadi, Defarhano sempat pergi tengok kereta adik ipar kena cium langgar oleh seorang Minah beberapa hari sebelum ini berdekatan UPM...so perempuan vs perempuan.

My Wife minta tengok-tengokkan dulu apa yang patut. So bila dah pergi baru dapat tahu keadaan sebenar. Boleh claim insurans ke tak, or whatever lah kan... Kalau kita lihat kereta kancil tu memanglah nampak sikit je kena, tapi dari segi kosnya banyak jugak yang perlu keluar.

Melalui cerita adik ipar, dia cakap, kereta yang langgar dia tu, selambe badak sumbu jer main keluar simpang tanpa tengok Kancil yang memang tengah di laluan utama.

Lepas tu, diorang berhenti, tapi adik ipar takde ambil no. plat kereta awek tersebut. Untunglah minah tu kan, dah langgar kereta orang lepas tu selamat tak perlu keluar duit... adik ipar pula jenis cool and rileks je, dia cakap, minah tu langsung tak rasa bersalah... minta maaf pun tidak... hampeh!
Keadaan kereta yang dilanggar. Lampu pecah, nasiblah bukan lampu besar kereta kancil tu, kalau tak lagilah mahal kos nak repair. So kat sini kerugian, bumper, body tepi, dan lampu signal bawah tu jer... agak-agak dalam RM300-500 memang tak larilah termasuk cat kalau nak repair nanti...sian³...takpe, adelah balasan nanti dekat orang yang langgar adik ipar tue...

Lepas tengok kereta tu, Defarhano terus balik rumah... rehat-rehat sebelum solat jumaat... Weeeeee... bestnya

Komen Defarhano: Minah tu saje buat muka tak bersalah, sebab tanak kena bayar ganti rugi tue.. pepatah baru nih, berani kerana salah, bukan berani kerana benar... huhuhu

Rabu, 19 September 2012

Beli Sauna Belt Nak Buang Lemak (",)


Dah lama tak tengok promo MilkaDeal, jadi bila tengok tiba-tiba tertarik dengan produk Velform Sauna Belt nih (",)
Bila dah teliti kelebihan dia, baru rasa macam berbaloi nak beli. Sebab Sauna Belt ni boleh digunakan untuk membuang lemak dan mengempiskan perut, pinggang, belakang, paha dan punggung eh, pinggul...(",) nanti berpeluh lah badan, ala-ala sauna di rumah sendiri...(",)

Harga dia tak mahal, Beli 1 RM35 kalau beli 2 RM60. Tapi defarhano beli satu saje, nak cuba-cuba membuang lemak yang sekian lama diternak dengan jayanya...hehehe...Barangan sampai dalam masa 14 hari...lambatnya baru boleh guna

Sebelum terlupa, promosi murah barangan ini di MilkaDeal telah pun tamat, jadi untuk tidak ketinggalan mendapatkan promo-promo murahan daftar je untuk melanggan promosi terbaru. - Tutorial daftar ada kat sini Tutorial Daftar MilkaDeal. Nanti dapatlah email-email promo terbaru...

Komen Defarhano: Agak-Agak boleh kurang tak lemak badan ni? Saje try test cuba...
 

Isnin, 17 September 2012

Melawat Projek Teratak Ayahbonda

Lebih kurang jam 10 pagi pulang ke kampung untuk melihat tapak pembinaan rumah @ teratak ayahbonda yang dibuat tanah pusaka keluarga.
Disebabkan 4 hari masa telah dihabiskan Cuti-Cuti Malaysia di Sabah, jadi terpaksa jugalah pulang ke kampung, nak tengok lah sama ada tukang yang buat rumah tu buat kerja ke tak bila tuan tanah tak datang melawat. Rupanya memang diorang tekun buat kerja, walaupun dalam masa yang sama diorang ada projek rumah di kawasan lain juga.

Kalau ikut target asal dalam tempoh 2 ke 3 bulan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan rumah tersebut, tapi keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam projek pembinaan. (",)

Semoga Teratak Ayahbonda dapat disiapkan sebelum menjelang 2013. (",)
Tauke tu cakap, bulan November 2012 boleh siap rumah... urmmm...tak sabarnya...
Komen Defarhano: Berhati-hati dalam memilih tukang buat rumah, sama ada Indonesia, Melayu atau pun Cina, kerana takut duit habis, rumah terbengkalai... huhu...

Khamis, 13 September 2012

Nak Cari Lokasi Bunga Rafflesia

Jam dah menunjukkan Pukul 1.00 pagi, mata masih belum boleh dilelapkan, memandangkan masih membuat persiapan pakaian untuk ke LCCT untuk mencari Bunga Gergasi Rafflesia. Kat mana ya lokasi habitat bunga rafflesia ni tumbuh???  Ada sesiapa boleh tolong tak??? huhu

Hehe... nantikan 

Komen Defarhano : Gambar hanyalah simbolik kepada tempat yang bakal dituju sempena Cuti-Cuti Malaysia 2012 yang keberapa saya pun dah tak ingat.(",)