Tengok Kereta Adik Ipar Kena Langgar
Sebelum solat Jumaat tadi, Defarhano sempat pergi tengok kereta adik ipar kena cium langgar oleh seorang Minah beberapa hari sebelum ini berdekatan UPM...so perempuan vs perempuan.
My Wife minta tengok-tengokkan dulu apa yang patut. So bila dah pergi baru dapat tahu keadaan sebenar. Boleh claim insurans ke tak, or whatever lah kan... Kalau kita lihat kereta kancil tu memanglah nampak sikit je kena, tapi dari segi kosnya banyak jugak yang perlu keluar.
Melalui cerita adik ipar, dia cakap, kereta yang langgar dia tu, selambe badak sumbu jer main keluar simpang tanpa tengok Kancil yang memang tengah di laluan utama.
Lepas tu, diorang berhenti, tapi adik ipar takde ambil no. plat kereta awek tersebut. Untunglah minah tu kan, dah langgar kereta orang lepas tu selamat tak perlu keluar duit... adik ipar pula jenis cool and rileks je, dia cakap, minah tu langsung tak rasa bersalah... minta maaf pun tidak... hampeh!
Keadaan kereta yang dilanggar. Lampu pecah, nasiblah bukan lampu besar kereta kancil tu, kalau tak lagilah mahal kos nak repair. So kat sini kerugian, bumper, body tepi, dan lampu signal bawah tu jer... agak-agak dalam RM300-500 memang tak larilah termasuk cat kalau nak repair nanti...sian³...takpe, adelah balasan nanti dekat orang yang langgar adik ipar tue...
Lepas tengok kereta tu, Defarhano terus balik rumah... rehat-rehat sebelum solat jumaat... Weeeeee... bestnya
Komen Defarhano: Minah tu saje buat muka tak bersalah, sebab tanak kena bayar ganti rugi tue.. pepatah baru nih, berani kerana salah, bukan berani kerana benar... huhuhu
hooooo... melayang lagi duit.. haizzzz
BalasPadam@Leeza dayasari [santai leeza]
BalasPadamhurm... nak buat camne... manusia kalau buat salah, memang ssh nak mengaku.. (",) kalau dia bayar RM100-200 pun boleh menampung baiki kerosakan tu kan...