Header Ads

Manchester United vs Malaysia July 2013

Manchester United dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2013 untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia sempena jelajah pra-musim kelab-kelab EPL ke luar Eropah.

Malaysia kemungkinan dipilih sebagai salah satu destinasi untuk Manchester United mengadakan 'friendly match'. Ini merupakan penampilan yang ketiga Manchester United datang ke Malaysia untuk mengunjungi peminat-peminat setia Red Devils yang dianggarkan melebihi 4 juta peminat termasuk Defarhano. (",)

Perlawanan Manchester United vs Malaysia dijangka diadakan pada bulan Julai 2013 setelah United dikatakan bersetuju menerima terma perlawanan di Malaysia.

Kedua-dua wakil Malaysia dan Manchester United telah bertemu dan bakal mendatangani kontrak perlawanan tidak lama lagi.
(credit pic Malaysia XI vs Manchester United to google)

Sejarah perlawanan Malaysia vs Manchester United yang terakhir berakhir dengan keputusan Manchester United 3-2 Malaysia XI dan beberapa hari kemudian Manchester United 2-0 Malaysia.(Perlawanan gantian disebabkan berlaku letupan di Indonesia).
(Credit Pic Amri Yahyah tewaskan Ben Foster to google uploader)

Peminat Malaysia bakal menyaksikan sekali lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan penyokong Manchester United dan diharapkan Warga Malaysia terus setia dan menyarung JERSI KEBANGSAAN MALAYSIA sebagai pemain ke-12, menyokong Harimau Malaya di tengah padang terus mengaum memberikan saingan kepada Red Devils.



Segala maklumat rasmi mengenai Perlawanan Malaysia vs Manchester United tahun 2013 bakal diupdate di entri ini...
UPDATE 1 Mac 2013 : Manchester tidak jadi datang ke Malaysia untuk Jelajah Manchester United Asia Tour 2013. Tunggu 2013 plak ye...




Teruskan menyokong...Manchester United Asia Tour 2013

Komen Defarhano: Glory-Glory Manchester United!~ erk... Selamanya Harimau Malaya...(",) 2009 pergi,2013 tak jadi... Manchester tak jadi datang ke Malaysia sebab jadual pra musim ke Jepun (",)

sumber:sports247 Perlawanan Malaysia vs Manchester United 2013, Manchester United vs Malaysia 2013,

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.