Header Ads

Makanan Menghilangkan Stress


Berikut beberapa makanan yang boleh menghilangkan stress anda. Pastikan pengambilan sumber makanan anda adalah betul

1. Asparagus dan Vitamin B
Asparagus dan Vitamin B kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan emosi. Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Apabola mengalami tekanan, paras hormon kortisol dalam tubuh akan meningkat lalu menyebabkan tahap serotonin merosot. Oleh itu, ambillah tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci (1/2 inci) yang dimasak sebagai sayur goreng atau sup.

2. Daging
Daging merupakan makanan yang terbaik untuk diambil ketika anda mengalami stress(mungkin ada yang mengatakan tidak sesuai makan daging bagi mereka yang sering mengalami masalah stress). Ini kerana daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood. Tapi jangan ambil terlalu banyak, cukup sekadar satu cawan kecil daging merah sahaja.

3. Susu segar dan bijirin
Makan bijirin bersama susu segar pada waktu pagi bagi memulakan hari yang baik tanpa stress. Jumlah yang disyorkan ialah setengah cawan dan tanpa gula.

4. Kacang Almond
Dengan mengamalkan memakan Kacang Almond ia boleh menghilangkan stress kerana ianya mengandungi vitamin E, B2, magnesium dan zink. Jumlah sesuai ialah 1/3 cawan bersamaan dengan 306 kalori.

5. Tuna 
Ikan tuna adalah hidangan makanan tengah hari yang hebat serta yang membantu menghilangkan stress kerana dengan vitamin B6. Namun, jika mahu menyediakan sandwich tuna, elak daripada mencampurkan terlalu banyak mayonis ke dalam tuna.

6.Emping jagung atau bertih beras.
Sesuai sebagai minuman petang yang kaya dengan vitamin dan asid folik. Jumlah yang sesuai adalah satu cawan emping jagung atau dua cawan bertih beras.


*Sumber: Ditaip dan diedit dari iSihat Jun 2014

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.