Header Ads

Jalan Ke Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi

Semalam lepas solat Maghrib sempat pergi membeli barang-barang dapur di Jaya Grocers di Bangi Gateway, Seksyen 15 yang terletak berdekatan roundabout Plaza Tol Bangi.

Wife sememangnya suka membeli barang-barang mentah seperti sayur-sayuran di situ, katanya segar bugar dan bila di simpan tahan lama di dalam peti sejuk. Bila tengok packaging pun kebanyakkan berbungkus kat plastik syarikat yang berdaftar di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Itu antara supplier sayuran-sayuran untuk Jaya Grocers agaknya.

Selepas selesai shopping, kitorang makan dekat Kedai Makan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Di Bangi sekarang sudah sama macam di Shah Alam suasana kedai makannya. Yang mana, kedai akan penuh dengan mahasiswa universiti dan juga kolej-kolej yang terletak di Bandar Bangi ini.

Lupa pulak nama kedainya, tapi agak tak sesuai dan eloklah tidak dirakeman kan kepada semua. (" ,)


Yang ini merupakan hasil tangkapan Koleksi Aiskrim Magnum dan Wall's yang berbagai jenis. Antara aiskrim magnum yang saya suka ialah Magnum Almond dan Classic, rasa coklat yang original pergh meletup, sedap gila... Kipidap! Tiba-tiba saya dah jadi hantu aiskrim Wall's dan Magnum ini sejak sebulan yang lalu.


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.