Header Ads

Makan Malam di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Rasa lama sgt tak update sampai tak tahu dah nak mula dari mana, cuma malam ni tiba-tiba rasa nak berkongsi tempat makan malam di Bandar Baru Bangi yang sesuai dikunjungi seisi keluarga. 

Lokasi Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi ni mudah sangat dijumpai, kalau dari Exit Tol Bangi ambil kiri(jam 9) dan selepas itu uturn dalam 60 meter da sampai bersebelahan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Tempat ni memang tempat pilihan bagi saya dan keluarga sebab wife cakap makanan laut(ikan, sotong dan lain2) kat sini semua segar-segar. Kalau sambut birthday keluarga pun kitorang makan kat sini. Kalau waktu bulan puasa dulu nak cari tempat berbuka puasa di Bangi ni pun Ana ikan Bakar terima tempahan melalui walk in dan juga telefon, kitorang datang dulu awal2 tempah, senang nanti datang semua dah terhidang... 

Gambar tak banyak, sebab kitorang memang kalau makan jarang bergambar... Hehe.. Dulu selalu lah, maybe dah bosan kot...

Okay, kalau ada masa bolehlah datang singgah makan yer.. Tq.


 
Dinner ... Makanan sini sedap n segar... #AnaikanBakarPetai #Bangi #defarhano #fimf #niy... https://www.swarmapp.com/defarhanovii/checkin/55f2b7ca498e790472febc72?s=qIauZ0hWJJegkMadmHk-qulYQFE&ref=tw

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.