Rabu, 30 September 2015

Jalan Ke Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi

Semalam lepas solat Maghrib sempat pergi membeli barang-barang dapur di Jaya Grocers di Bangi Gateway, Seksyen 15 yang terletak berdekatan roundabout Plaza Tol Bangi.

Wife sememangnya suka membeli barang-barang mentah seperti sayur-sayuran di situ, katanya segar bugar dan bila di simpan tahan lama di dalam peti sejuk. Bila tengok packaging pun kebanyakkan berbungkus kat plastik syarikat yang berdaftar di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Itu antara supplier sayuran-sayuran untuk Jaya Grocers agaknya.

Selepas selesai shopping, kitorang makan dekat Kedai Makan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Di Bangi sekarang sudah sama macam di Shah Alam suasana kedai makannya. Yang mana, kedai akan penuh dengan mahasiswa universiti dan juga kolej-kolej yang terletak di Bandar Bangi ini.

Lupa pulak nama kedainya, tapi agak tak sesuai dan eloklah tidak dirakeman kan kepada semua. (" ,)


Yang ini merupakan hasil tangkapan Koleksi Aiskrim Magnum dan Wall's yang berbagai jenis. Antara aiskrim magnum yang saya suka ialah Magnum Almond dan Classic, rasa coklat yang original pergh meletup, sedap gila... Kipidap! Tiba-tiba saya dah jadi hantu aiskrim Wall's dan Magnum ini sejak sebulan yang lalu.


posted from Bloggeroid

Isnin, 14 September 2015

Semakan Indeks Pencemaran Udara Online - Bila Jerebu Melanda

Masalah jerebu sudah menjadikan Malaysia seperti negara empat(4) musim iaitu di antara musim yang ada di Malaysia ialah Musim Hujan, Musim Panas, Musim Buah dan Musim Jerebu akibat pembakaran dari negara jiran kita.

Keadaan Jerebu yang melanda Malaysia sebahagian Pantai Barat Malaysia khasnya semakin berada pada tahap kualiti udara tidak sihat, walaupun Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak melebihi 200, iaitu kadar yang boleh menyebabkan sesi persekolahan ditutup, namun jarak pemandangan bagi saya sendiri yang mengalaminya mendapati pandangan terbatas pada kadar 100-300 meter sahaja, dengan bau udaranya disertai asap kebakaran dari negara jiran kita Indonesia.

Berikut merupakan Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada pagi ini.


IPU Beberapa bandar
Putrajaya - 163
Banting, Selangor - 175
Pelabuhan Klang, Selangor - 162
Nilai, Negeri Sembilan - 170
Batu Muda, Selangor - 156


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Nilai, Negeri Sembilan dan Wilayah.


Semakan Indeks Pencemaran Udara secara online boleh dilihat pada Portal Kerajaan Air Pollutant Index of Malaysia atau pun Semakan IPU Online
Sempena musim jerebu ini, marilah sama-sama kita berdoa supaya hujan turun dengan lebat, dan banyakkan minum air suam untuk mengelakkan sakit tekak dan sakit-sakit lain.


Jumaat, 11 September 2015

Makan Malam di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Rasa lama sgt tak update sampai tak tahu dah nak mula dari mana, cuma malam ni tiba-tiba rasa nak berkongsi tempat makan malam di Bandar Baru Bangi yang sesuai dikunjungi seisi keluarga. 

Lokasi Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi ni mudah sangat dijumpai, kalau dari Exit Tol Bangi ambil kiri(jam 9) dan selepas itu uturn dalam 60 meter da sampai bersebelahan Balai Bomba Bandar Baru Bangi.

Tempat ni memang tempat pilihan bagi saya dan keluarga sebab wife cakap makanan laut(ikan, sotong dan lain2) kat sini semua segar-segar. Kalau sambut birthday keluarga pun kitorang makan kat sini. Kalau waktu bulan puasa dulu nak cari tempat berbuka puasa di Bangi ni pun Ana ikan Bakar terima tempahan melalui walk in dan juga telefon, kitorang datang dulu awal2 tempah, senang nanti datang semua dah terhidang... 

Gambar tak banyak, sebab kitorang memang kalau makan jarang bergambar... Hehe.. Dulu selalu lah, maybe dah bosan kot...

Okay, kalau ada masa bolehlah datang singgah makan yer.. Tq.


 
Dinner ... Makanan sini sedap n segar... #AnaikanBakarPetai #Bangi #defarhano #fimf #niy... https://www.swarmapp.com/defarhanovii/checkin/55f2b7ca498e790472febc72?s=qIauZ0hWJJegkMadmHk-qulYQFE&ref=tw

Khamis, 18 Jun 2015

Defarhano.com is back!

Sudah lama tidak dapat update blog ini secara rutin disebabkan kekangan masa yang melampau. Sudah puas curi-curi masa untuk update blog sebelum ini, namun tetap tak mampu juga.

Kini defarhano.com akan kembali beraksi di pentas blogger (" ,) hanya dengan menggunakan smartphones shj. Oklah kan dari tak terupdate kalau nak tunggu update blog guna desktop pc or notebook. =((.

Sememangnya saya rindukan zaman2 blog ini dikunjungi ramai visitor dalam sehari dan ranking alexa juga pernah mencecah ke angka 1k dalam Malaysia yang mana kini tidak lagi... Haha...

SELAMAT MALAM dan SELAMAT BERADU!!!

Bonus Hari Raya Untuk Penjawat Awam

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut kedatangan Bulan Ramadan Al Mubarak pada tahun ini. Ditambah seri lagi dengan pengumuman 2 dalam 1 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan bonus hari raya bagi kakitangan awam sebanyak RM500 kepada semua yang bergred 54 ke bawah. Dan jumlah bonus untuk pesara kerajaan pula sebanyak RM250. Tarikh masuk bonus yang diumumkan ialah pada 25 Jun ini. Gunakan dengan sebaiknya bagi membuat persiapan hari raya tahun ini.