Isnin, 11 Julai 2016

Portugal Juara Final UEFA EURO 2016 - Champion


Portugal menjuarai Perlawanan Akhir Final Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2016, ataupun EURO 2016, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-15 yang diadakan di France.

Portugal juga merupakan Negara ke-10 yang mencatat nama selaku pemenang Final EURO yang telah diadakan sejak dahulu.

Pemain bintang Christiano Ronaldo terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat kecederaan dan akhirnya rakan-rakan pasukan memastikan kejuaraan tetap milik Portugal dengan jaringan Eder pada masa tambahan perlawanan.

Tahniah Portugal!!!


Laluan Portugal dan Perancis ke Perlawanan Akhir EURO 2016 Final.


 

Jumaat, 1 Julai 2016

Alkisah Duit Raya 2016


Menjelang raya tahun ni, kalau tengok live update facebook wall memasing, semua nya dok join pelbagai contest teka berapa jumlah duit raya yang dibuat oleh individu ataupun admin pages tersebut. Maaflah tak berapa berminat nak join and teka.... sebab ada syarat yang tak dipersetujui... hehehe...

Alkisah Duit Raya untuk anak-anak buah dan anak-anak saudara tahun ni, kalau ikutkan memang takda bajet, tapi cuba semampu yang boleh, untuk menggembirakan mereka di pagi raya... Bagi duit raya ini pon bukannya jatuh hukum wajib, kalau rasa mampu berilah... tak mampu... bagilah apa yang mampu walaupun RM1... (",)

Lagi beberapa hari nak menjelang Hari Raya Aidilfitri 1437h, masa tulah terfikir nak tukar duit raya baru. Nasib ada yang tolong membantu tukarkan duit baru ini.

Nampak tak sampul duit raya tu? Warna kuning... semestinya Maybank yang punya. Alhamdulillah dapat sekali sampul VIP. Kalau sebelum ni, minta kawan je yang tukarkan duit dekat Bank CIMB, tapi sejak dah berpindah pejabat ni, kenalah cari solution sendiri.... (",) 

Tahun ni tukar duit raya tak banyak, sebab ekonomi negara tak stabil... hahaha... Duit raya tu nanti ada yang terpakai sendiri tuh... Dan ketika menaip entry ini, baru teringat... duit anak sendiri tak termasuk dalam list! eh...eh... ke ada yang nak bagi? meh bagi melalui e-Duit Raya ...(",)

Komen Defarhano: Dah lama tak dapat duit raya, Ada sesape yang nak beri tak?