Rabu, 3 Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 5 Hari ke-78 (PKPB)


Rabu - Hari ini merupakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari yang ke-78 di Malaysia. Jumlah kematian pesakit Covid-19 di Malaysia sehingga 2 Jun 2020 adalah sebanyak 115 orang kematian, yang mana tiada kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari terakhir.

Tempoh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan telah masuk bulan yang ketiga sejak ia dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 yang lalu dengan melalui beberapa fasa seperti berikut:

Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia
Fasa PKP Terma Tarikh Pelaksanaan PKP Bil. Hari(Jumlah)
Fasa 1 PKP 18 Mac hingga 31 Mac 2020 14(14)
Fasa 2 PKP 1 April hingga 14 April 2020 14(28)
Fasa 3 PKP 15 April hingga 28 April 2020 14(42)
Fasa 4 PKP 29 April hingga 12 Mei 2020 5(47)
Fasa 4 PKPB 4 Mei hingga 12 Mei 2020 6(53)
Fasa 5 PKPB 10 Mei hingga 9 Jun 2020 31(84)
Fasa - PKPB - -
Fasa - PKPB - -


Dengan baki beberapa hari lagi PKPB dijangka berakhir dan kemungkinan akan dilanjutkan bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Ramai rakyat dilihat ingin kelonggaran diberikan untuk melakukan Pergerakan Rentas Negeri yang telah lama dikuatkuasakan sejak PKP dilaksanakan agar  ditamatkan serta merta. Majoriti 63% daripada 229 ribu undian telah memilih Pergerakan Rentas Negeri dan 57% Aktiviti Keagamaan antara peraturan yang perlu dilonggarkan selepas 9 Jun 2020. Undian boleh dibuat melebihi 1 pilihan melalui saluran rasmi Telegram MKN.



Ini adalah kerana semua rakyat Malaysia tidak dapat melakukan aktiviti ziarah ke atas keluarga di kampung halaman dan lama tidak pulang demi memutuskan rantaian Covid-19 sehingga Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020 bagi kebanyakkan rakyat Malaysia terpaksa beraya di perantauan, iaitu rumah masing-masing.

Semoga pandemik ini bakal berakhir tidak lama lagi.