Header Ads

Bintang Realiti Kahwin Senyap2x... hehehe

TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendapat tahu seorang bintang realiti yang namanya sedang mekar rupa-rupanya sudah berkahwin dalam diam. Malah yang paling menakutkan, ada yang mendakwa artis yang dimaksudkan itu sudah melahirkan anak. Cik Normah kurang pasti apa situasi yang sebenar apatah lagi artis ini sudah hilang tanpa dikesan.

Difahamkan artis ini berada di sebuah negeri dan barangkali cuba menyembunyikan status dirinya. Cik Normah pun cuba bertanyakan pihak pengurusannya. Malangnya mereka pun sudah tidak tahu cara terbaik untuk mengesannya. Kenapa artis itu sanggup berbuat demikian di saat namanya semakin meniti di puncak? Sayang sekali sebab artis itu antara penyanyi yang berbakat di negara kita.

Macam-macam versi cerita yang Cik Normah hidu termasuk kisah kononnya ketika berlangsung sebuah anugerah di luar negara yang membabitkan artis terbabit, dia sebenarnya sudah mengandung. Namun disebabkan perutnya tak besar, maka tak nampak sangat yang dia sebenarnya sudah berbadan dua.


Cik Normah difahamkan lelaki yang bertakhta di hati artis itu masih muda dan bekerja makan gaji di sebuah kedai. Cik Normah tak boleh nyatakan secara spesifik bekerja sebagai apa. Ada versi cerita, sebenarnya artis itu sudah terlanjur dengan bekas kekasihnya, maka mahu atau tidak, dia kena berkahwin.

Pernah Cik Normah dengar cerita, rakan artis ini menegur perut buncitnya yang disangka gara-gara terlalu banyak minum alkohol tanpa mengetahui perkara sebenar yang dia sebenarnya sudah mengandung. Hai... pening kepala Cik Normah dengan gelagat bintang realiti ini.


Credit to Berita Harian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.