Khamis, 24 Februari 2011

Tahniah Untuk Skuad Malaysia! Menang 2-0 ke atas Pakistan

Salam selamat pagi, 

Pagi ini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH ke atas skuad muda Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee yang beraksi malam tadi di Stadium Shah Alam menentang skuad Pakistan yang berada di Ranking ke 172 dunia, manakala skuad Malaysia berada di Ranking ke 140 dunia (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA).

Keseluruhan perlawanan malam tadi menjadi penaklukan Malaysia lebih-lebih lagi setelah pemain Pakistan bejersi no. 17 dibuang padang lewat babak pertama akibat menujah / menaji ke atas Apek @ Khairul Fahmi Che Mat @ KFCM betul² di depan pengadil perlawanan yang semuanya didatangkan dari Hong Kong.

DVII rasa macam tak puas hati, kenapa perlu pengadil dari Hong Kong yang mengadili perlawanan termasuk 3 pengadil lain kerana mengikut rekod pertemuan perlawanan persahabatan yang lalu, Malaysia menewaskan skuad Hong Kong di Stadium Shah Alam 2-0. Jadi kan lebih "BERSIH" jika dicampurkan pengadil dari negara Asia yang lain.

Dua pemain muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail muncul wira negara dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45.

Sepatutnya Malaysia memperoleh lebih banyak gol setelah pengadil  dari Hong Kong, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada penyerang Pakistan Ansar Abbas pada minit ke 44, tetapi disebabkan percaturan strategi Jurulatih Pakistan yang mungkin dapat membaca tindak balas Malaysia di atas kekurangan pemain mereka, Jurulatih Pakistan pantas mengeluarkan penjaga gol utama yang bermain bersama kelab Denmark Yousuf Ejaz Butt digantikan dengan Muhammad Umer yang kebal menjaga gawang menahan asakan demi asakan skuad kebangsaan.

Malaysia buntu menambah koleksi jaringan sebagai bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik di Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011 nanti. Tetapi TAHNIAH diucapkan kepada Harimau Malaya kerana berjaya mengelakkan gawang kita dari dibolosi oleh pihak lawan. Semoga skuad Malaysia menang dan layak ke pusingan seterusnya dan mengulangi pencapaian Skuad negara 1972, 1980 layak ke Sukan Olimpik.

KELAYAKAN OLIMPIK
MALAYSIA 2

PAKISTAN 0

Next Match at Lahore 9 Mac 2011
Pakistan vs Malaysia

*** sepatutnya Malaysia boleh menang besar, tapi finishing Malaysia kurang kemas...huhuhu

Rabu, 23 Februari 2011

Gatal kakitangan, rasa nak berkepak dengan Air Asia!!!



Rambang mate gatal tangan bila tengok PROMOSI yang dibuat 
oleh syarikat penerbangan tambang murah negara kita ni, AirAsia... 

Kalau boleh, rasanya tiap-tiap bulan DVII nak pergi melancong
ke negara orang...hehe tak kira la dalam ke luar negeri, asalkan
dapat pergi bercuti...tapi disebabkan ada plan lain yang lebih penting...hehehe
HOLD dulu la, bg peluang kt kawan² ok...

So kepada anda² semua, masih berkesempatan untuk menempah tiket
dengan bayaran pada kadar yang lebih murah dari yang biasa...

TAPI!
kalau dah banyak sangat duit, nak buat macam mana kan...tempah jer lah
bila-bila masa...hehe...bagi peluang dekat orang yang kurang berkemampuan
dan juga yang suka berjimat untuk merasai pakej percutian mereka okey!!!

Booking percutian dalam atau luar negara anda sebelum terlambat ok..
1,000,000 seat shj...(ye ker 1 juta seat? ntah² tak sampai kot...hehehe)
Book From 22 - 27 Feb 2011
Travel From 13 Sep 2011 - 29 Feb 2012


Hotel Murah !!!
Siap dengan promosi hotel untuk dibooking online oleh pelanggan pengunjung AirAsia taw....
booking okey!
kalau ikut promosi, RM5 lah kot ...tapi takkan hotel-hotel kat 
Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Hongkong, Taipei, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, 
Shenzhen Siem Reap, Bali, Bandung ni ada hotel pada kadar RM5???
Wayang je kot...maybe RM5 belum termasuk katil dan tilam...hahaha


Book now till 28 Feb 2011
Travel Period 1 April 2011 - 29 Feb 2012


* ada sesape tak nak sponsor pakej percutian untuk DVII???
DVII terima dengan hati yang terbuka...hehe...

Selasa, 22 Februari 2011

Persona Modified, Persona + Lancer GT= Percer ???

Car Road Toll
Salam...kali ini DVII nak hupload sekeping dua gambar kereta persona yang telah dimodifiedkan oleh tuan punye kete lah... gambar ini DVII ambil waktu pergi ke The Store di Semenyih Sentral, Semenyih, Selangor Darul Ehsan last week.

Persona + Lancer = Percer :-)
Persona Evo
Persona with Evo X / Lancer GT Front Bumper View
 Persona with Evo X / Lancer GT Rear Bumper View

* Persona ni bukan aku yang punya...tapi kalau dapat miliki persona macam ni pun dah cukup, tak perlu beli Evo or Lancer GT yang harga agak 'murah sangat' hehehe.....ade duit lebih, beli ler Proton Inspira...hihi...tapi sape yang nak sponsored DVII beli nih...???




tags : persona bumper, persona front bumper, persona rear bumper, persona evo x, persona modified, persona evo x bumper, plate modified, lancer gt bumper, evo x, gen2 , proton modified, accesorries, extreme modified, modifikasi kereta, ubahsuai kereta, autoshow car, nice car, persona extreme, persona club

Ahad, 20 Februari 2011

Ahad dan Download Filem 2 Alam...

Ahad sudah berlalu...Esok hari Isnin...kena masuk kerja semula...oh! tidak...rasanya masih tak puas cuti ujung minggu lagik, kenapalah masa sekarang semakin singkat???

DVII time ni tengah lepak dekat 'office' member sebab die nak 'copy movies' yang DVII downloadkan,tapi malangnya DVII tak dapat satu cerita Filem Melayu pun dari dia...huhu...dapat Filem Omputih tapi confirm lah subtitle nya English kan, takde subtitle Melayu ke...huhu....terror cakap omputih DVII camni kalau layan English Movies hari-hari...

Internet kat 'office' member DVII ni boleh tahan la jugak, tapi slow yang teramat sangat, membosankan, nak download 1 movies, berejam jugak kena menunggu...DVII dah nak balik dah ni...nak buat apa pulak yer lepas nih???

Ha...tetiba DVII terfikir pasal Filem 2 Alam arahan Dr. Rozmey tue, takde keluar DVD ker? VCD ker? DVII kalau boleh nak download, tapi dah puas menggooglekan diri, tetap tak jumpa link untuk download Filem 2 Alam tersebut. Yelah, pasal kutipan dah memang kita tahu, tak seperti yang diharapkan...DVII pon x nak tengok Filem 2 Alam di pawagam dulu, sebab takde daya tarikan...hehe...so tunggu lah nak tgk kat CD atau download jer, tapi sampai sekarang masih tiada dalam bentuk DVD atau softcopy...hai...takkan sebab tak dapat sambutan di pawagam, sampai takde VCD/DVD kat pasaran??? mana pergi yer...

kalau sesiapa ada link untuk download Filem 2 Alam, sila-silakanlah shared kat sini ya, semua orang boleh dapat tengok Filem yang tak berjaya mencapai sasaran 40juta nih...hehehe...
DVII balik dlu....sekian..wassalam....

Jumaat, 18 Februari 2011

Tol PJS2 turun 60 sen, tapi aku lagi Suka kalau RON95 yang turun 60sen

Semalam tertonton berita kat TV dan juga pagi ini dah disebarkan di akhbar media perdana yang kerajaan telah mengumumkan penurunan harga Tol PJS2 sebanyak 60 sen menjadikan RM1 sahaja yang dikenakan kepada pengguna di situ.

Mesti gembira gila kan penduduk atau pengguna Tol PJS2 dengan pengumuman harga tol sebanyak RM1 sahaja.... bila lah Tol² PLUS HIGHWAY nak turun harga pulak yer.....hehehe......

*** DVII lagi suka kalau RON95 yang diturunkan 60sen...lagi berbaloi-baloi......

Khamis, 17 Februari 2011

Hack or Crack WEP Wireless Key...Internet FREE Seumur Hidup...sapa taknak....

Salam...setelah lama x update blog ni, pagi ini DVII nak berstory-mory sikit mengenai dunia IT masa kini...
Mesti korang pernah dengarkan...guna internet percuma dengan signal WiFi @ Wireless yang ada di kediaman korang... tapi macam mana yer...??? 

Apa yang DVII tahu....untuk menggunakan internet wireless percuma seumur hidup...kita mestilah tahu crack WEP or WPA password WiFi signal yang berada di area kediaman kita...kalau ada jiran-jiran yang gunakan Streamyx Wireless...lagilah menarik untuk kita 'sedut' wirelessnya...hehehe...yang ni bukan curi line tau, tapi cuma 'TUMPANG' line sahaja...kerana pemilik wifi tersebut tetap akan bayar bil bulanan yang sama tiap-tiap bulan....hihi.....

Buat masa ini, DVII masih lagi mengkaji cara-cara nak hack password WiFi yang WEP or WPA key...tengah blaja lagi nih...kalau ada yang singgah sini tahu cara nak dapatkan password wifi / wireless wep or WPA key...sila-sila ajar yer....

'Orang kate' nak hack password wifi ni kene ade WiFi USB Adapter, dan peralatan software lain seperti Backtrack Version 3,4 dan lain...DVII masih tak faham sebab ade aircrack,airodump,aireplay, dan sebagainya....so tengah2 belajar lah sekarang ni nak buat macam mana...sama ada laptop biasa boleh guna tak nak hack wifi key nih...sama-sama kita nantikan......

Selasa, 8 Februari 2011

Tewasnya United di tangan Wolves, Chelsea Torres Tersungkur di Stamford Bridge kepada Liverpool


2 hari sudah berlalu perlawanan yang menyaksikan Liga Perdana England mencatat rekod 41 gol. Dengan tewasnya United di tangan Wolves, bermakna rekod tanpa kalah 29 perlawanan United dalam liga telah berakhir, hasrat untuk menyamai pencapaian Arsenal pada musim 2003 tidak kesampaian apabila Manchester United tumbang di tempat lawan. United amat bermasalah untuk mencari kemenangan di tempat lawan musim ini. 


Skuad Wolves yang pernah menewaskan Chelsea sebelum ini berada di kedudukan tercorot, dan kini kembali menaiki tangga English Premier League. DVII yang menyaksikan '2nd Half' perlawanan tersebut yang berlangsung pada 1.30 pagi waktu Malaysia, merasakan menyaksikan satu perlawanan yang membosankan dari skuad United...turun tanpa tonggak Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan betis United tewas pada bola tinggi di dalam kotak penalti menyaksikan Wolves mendapat 2 gol menerusi tandukan dan United melalui Nani mendapat gol se-awal minit ke 3. Tahniah untuk Wolves kerana berjaya menjadi pasukan yang pertama musim ini menewaskan United dalam liga.

Sementara itu, Chelsea pula yang baru mendapatkan khidmat Fernando Torres dengan yuran perpindahan 50 juta pound (RM 244.8 juta) dari Liverpool terus tersungkur di Stamford Bridge kepada Liverpool walaupun menurunkan bekas penyerang sensasi kelab The Reds...Harapan Chelsea untuk mengejar kedudukan United masih lagi terbuka walaupun perbezaan 10 mata disebabkan kekalahan United kepada Wolves. 

Berikut antara keputusan perlawanan utama yang berlangsung.

Wolves 2 - Manchester United 1
Chelsea 0 - Liverpool 1
New U 4 - 4 Arsenal
Man. City 3 - West Ham 0

*** Ujian getir menanti United pada 12 Februari ini menentang jiran setempat Manchester City.

Jumaat, 4 Februari 2011

Online @ Restoran Darussalam @ Mamak Berkembar Presint 9, Putrajaya

Huh...setelah kebosanan duduk di rumah cuti-cuti Hari Raya Cina ini. DVII membosankan diri kat umah, so sebelum solat Jumaat sebentar lagik, DVII melepakkan diri di mapley seorang diri. Makan Nasi lemak telur mate + Milo Ais...huhu....

Putrajaya ni sempena cuti yang panjang macam ni, sunyi sepi, parking pun senang nak cari disebabkan ramai penduduk pulang ke kampung halaman memasing. DVII takde pergi kemana disebabkan hari Isnin yang lalu baru sahaja pulang dari Kelantan. Jadi, cuti Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad ini tak tahu lagi plan ke mana. Tapi yang pasti, hari Ahad adalah hari pergi majlis kenduri kahwin kawan....huhu...Musim mengawan lah katakan....

Oklah...malas nak bercoret panjang lebar... dah sampai masa DVII balik ke rumah, menyiapkan diri untuk pergi menyahut seruah illahi Solat Jumaat di Surau berdekatan rumah...Time untuk berambus dari mamak disebabkan bateri lappy pon dah nak abes....ok!...

Chalos....

Buat sesiapa yang datang kesini...password untuk Wifi Restoran Darussalam ialah 0123456789. Selamat mencuba.....

*** Breakfast @ Mamak ....

Rabu, 2 Februari 2011

Kutipan Tiket Semasa Filem Khurafat dan Filem HAQ

FILEM KHURAFAT 2010


Filem Khurafat merupakan filem bergenre seram pertama keluaran dari Skop Production. Ianya dihasilkan oleh pengarah muda Syamsul Yusof yang telah memecah tradisi genre dari Skop Production. Filem Khurafat yang ditayangkan di pawagam sejak 13 Januari 2011 telah mendapat sambutan hangat dikala musim filem-filem seram menjengah pawagam negara kita sejak kebelakangan ini.

Sehingga 1 Februari 2011 iaitu sudah 20 hari Filem Khurafat berada di pawagam Malaysia, ianya telah berjaya membuat kutipan semasa yang cukup memberangsangkan iaitu sebanyak RM 6.61 juta @ RM 6,610,000. Tidak mustahil Filem Khurafat mampu membuat kutipan mencecah sehingga 7 ataupun 8 juta sebelum tamat tempoh wajib tayang. Jadi kepada semua yang masih belum menyaksikan Filem Khurafat ini, mari terjah ke pawagam berdekatan anda...(jangan hanya nak harapkan download dan menorent Filem Khurafat DVDrip sahaja dari Internet!!! cubalah pergi 'support' Filem Tempatan kita!...hehehe)
Update terkini dari FINAS : Kutipan Terkini Tiket Filem Khurafat

Dengar² Filem ini amat seram, dan memang puas ati pergi tengok wayang bersama kawan-kawan ataupun awek ataupun teman tapi mesra...hehehe....jom terjah!!!


Berikut merupakan kata² yang di post oleh Syamsul Yusof di Facebooknya ketika Filem Khurafat telah mencapai kutipan RM6.5 juta, tak lupa juga, dia berpesan "Bukan berapa kutipan yang jadi kayu ukuran tetapi berapa ramai yang dapat ambil pengaharan." semoga kita semua mendapat pengajaran dan iktibar dari Filem-filem seram yang kita tengok...

Manakala sebuah lagi Filem yang baru menjengah pawagam iaitu Filem HAQ lakonan Zul Huzaimy, Ady Putra, Nanu dan Raja Farah sebagai watak utama telah berada di pawagam sejak 27 Januari 2011 yang lalu, iaitu telah hampir seminggu di pawagam. Kutipan untuk Filem HAQ setakat ini, kurang memberangsangkan, kerana dalam tempoh 1 minggu tidak berjaya melepasi kutipan RM 1 juta, Kutipan Terkini Filem HAQ baru mencecah RM 360 ribu.


Untuk makluman.
Jumlah Kutipan semasa Filem yang bermain di pawagam update FINAS.
Filem Khurafat - RM6.61 juta  (RM 8 juta  by Syamsul Yusof on 6 Februari )
Filem HAQ - RM 360 ribu.



UPDATE terkini dari Syamsul Yusof 6 Februari : " ALHAMDULILLAH.KHURAFAT mencecah RM 8 JUTA.SYUKUR.Terima kasih warga SINGAPURA atas layanan semua!Terharu atas anugerah Pelapis Lagenda mewakili penggiat muda seni filem Malaysia!Diharap lagu "YA ROBBI"-KHURAFAT sentiasa jadi ingatan semua!LOVE YOU ALL! "



Tahniah dari DVII buat Syamsul Yusof kerana Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan merupakan Filem seram pertama arahan Syamsul Yusof telah mencecah kutipan RM 8 juta, yang mana ianya adalah kutipan tiket tertinggi di antara Filem-filem arahanya buat masa ini. Tahniah dan teruskan lagi berkarya untuk menghasilkan filem yang berkualiti untuk tanah air.

Rooney Kembali Meledakkan Gol buat United menewaskan Villa. Result EPL Pagi Tadi.

English Premier League Fixture
Gameweek 24
2 February 2011

Manchester United 3
vs 
Aston Villa 1
Old Trafford
3:55 AM


Pagi tadi berlangsung 4 perlawanan EPL yang mana 3 daripadanya menjadi tumpuan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Berikut merupakan result perlawanan pagi tadi(waktu Malaysia).

Arsenal 2 - 1 Everton
Louis Saha (24')
Andrei Arshavin (70')

Lourent Koscielny (75')

Sunderland 2 - 4 Chelsea
Philip Bardsley (4')
Frank Lampard (pen-15')
Salomon Kalou (23')
Kieran Richardson (26')
John Terry (60')
Nicolas Anelka (90')

Manchester United 3 - 1 Aston Villa
Wayne Rooney (1', 45')
Darrent Bent (58')
Nemanja Vidic (63')

West Bromwich Albion 2 - 2 Wigan Athletic
Peter Odemwingie (5')
Charles N'Zogbia (20')
Ben Watson (43')
Marc-Antoine Fortune (79')

Manchester United menurunkan barisan terbaiknya bagi memburu tiga mata penuh pagi tadi dibarisi oleh

Edwin Van Der Sar
O'shea     Vidic     Ferdinand     Evra
Nani     Fletcher(Anderson)     Carrick     Giggs
Rooney     Berbatov

Rooney membuka jaringan seawal saat ke 46 hasil sepakan bebas daripada Van Der Sar yang terus menyepak ke atas dan disambut oleh Rooney seterusnya melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol Brian Friedel. 

United seharusnya memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi penyudah dan juga kecekapan penjaga gol Villa sebagai benteng terakhir berjaya menahan asakan bertali arus United. Sebelum babak pertama berakhir, United menambah satu lagi gol menerusi hantaran silang dari Nani ke depan pintu gol dan disudahkan dengan kemas oleh Rooney pada minit ke 45 menjadikan United 2-0 Villa.

Babak kedua bersambung, Nani hampir menjaringkan gol ketiga United tetapi sepakan lemah dinafikan. Seterusnya Villa mendapat gol saguhati pada minit ke 58' melalui pemain yang baru dibeli dari Sunderland Darrent Bent. Bent kini menjaringkan gol disetiap perlawanan Villa sejak berpindah dari Suderland.

United seterusnya menjaringkan gol ketiga melalui rembatan kencang Vidic di dalam kotak penalti hasil hantaran Rooney pada minit ke 63'. United berjaya mengekalkan 24 perlawanan liga tanpa kalah musim 2010/2011.

Video highligh perlawanan Manchester United vs Aston Villa boleh ditonton dari Youtube menerusi akaun ACGoals <--Link ni jer DVII tengok ok, Link lain semua hampes....

Tak sia² DVII bersengkang mata pagi tadi tengok LIVE GAME.

Selasa, 1 Februari 2011

Petrol RON97 naik 10sen 1 Februari 2011 dan Minyak Turun bulan JUN 2011 berapa sen???

Naik 10 sen = RM2.50 / liter

Salam, DVII menggodek² pada petang hari ni disebabkan hari ini, 

Huh...Minyak Naik Kecoh??? Tak jugak kot...sebab dah biasa tiap² bulan dengar Minyak Naik, Petrol Naik...betul tak...

1 Februari 2011 merupakan kali keempat Petrol RON97 dinaikkan berturut-turut. DVII baru tahu hari ini, 
maknanya dah terlewat lah kan...haha..disebabkan malam tadi DVII baru sampai dari Kelantan
Gambar dibawah merupakan kronologi kenaikkan harga minyak / petrol RON97 2004-2011 tidak termasuk untuk bulan Februari ini yang menjadikan RM2.50 / liter.




Mengikut sumber dari Kosmo a.k.a Bernama kenaikan minyak disebabkan peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 setong sebelum ini. Dan disebabkan peningkatan mendadak penggunaan minyak mentah di Amerika dan Eropah akibat cuaca sejuk. Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan stabil pada waktu itu.

Jadi adakah harga minyak mentah di Malaysia akan turun??? DVII jangkakan kalau turun pun tetap berada di paras RM2.10 / liter untuk RON95. Dan bagaimana pula harga barang yang dinaikkan akibat kenaikan harga minyak??? adakah akan turun juga??? sama-sama kita nantikan....walaupun sudah tahu jawapannya...hehehe....

Tadi DVII berkesempatan menggodek harga pasaran dunia, tidaklah sampai AS$105 setong baru sekitar $92, atau mungkin DVII tidak tahu pengiraan macam mana. Maafkan DVII. Untuk harga minyak dunia semasa sila ke OilPrice .