Tewasnya United di tangan Wolves, Chelsea Torres Tersungkur di Stamford Bridge kepada Liverpool
2 hari sudah berlalu perlawanan yang menyaksikan Liga Perdana England mencatat rekod 41 gol. Dengan tewasnya United di tangan Wolves, bermakna rekod tanpa kalah 29 perlawanan United dalam liga telah berakhir, hasrat untuk menyamai pencapaian Arsenal pada musim 2003 tidak kesampaian apabila Manchester United tumbang di tempat lawan. United amat bermasalah untuk mencari kemenangan di tempat lawan musim ini.
Skuad Wolves yang pernah menewaskan Chelsea sebelum ini berada di kedudukan tercorot, dan kini kembali menaiki tangga English Premier League. DVII yang menyaksikan '2nd Half' perlawanan tersebut yang berlangsung pada 1.30 pagi waktu Malaysia, merasakan menyaksikan satu perlawanan yang membosankan dari skuad United...turun tanpa tonggak Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan betis United tewas pada bola tinggi di dalam kotak penalti menyaksikan Wolves mendapat 2 gol menerusi tandukan dan United melalui Nani mendapat gol se-awal minit ke 3. Tahniah untuk Wolves kerana berjaya menjadi pasukan yang pertama musim ini menewaskan United dalam liga.
Sementara itu, Chelsea pula yang baru mendapatkan khidmat Fernando Torres dengan yuran perpindahan 50 juta pound (RM 244.8 juta) dari Liverpool terus tersungkur di Stamford Bridge kepada Liverpool walaupun menurunkan bekas penyerang sensasi kelab The Reds...Harapan Chelsea untuk mengejar kedudukan United masih lagi terbuka walaupun perbezaan 10 mata disebabkan kekalahan United kepada Wolves.
Berikut antara keputusan perlawanan utama yang berlangsung.
Wolves 2 - Manchester United 1
Chelsea 0 - Liverpool 1
New U 4 - 4 Arsenal
Man. City 3 - West Ham 0
*** Ujian getir menanti United pada 12 Februari ini menentang jiran setempat Manchester City.
Post a Comment