Header Ads

Safee Sali dipanggil sertai Ujian Penuh Cardiff City


Sebentar tadi aku tengok facebook HarimauMalaya dan terus buka Buletin Utama TV3 tunggu segmen Sukan (",). Berita mengenai Safee Sali dijemput untuk menyertai Ujian Penuh dengan team Cardiff City. 

Yang ini apa yang tertera di Facebook HarimauMalaya mahupun di Facebook SafeeSali_10 Official 

" Safee Sali mendapat jemputan untuk menjalani ujian penuh bersama pasukan Cardiff City FC selama 2 minggu mulai minggu depan. Jika segala urusan berjalan lancar, Safee akan berangkat pada 12 hingga 27 September, 2011.

Surat memohon pelepasan dari kelabnya Pelita Jaya juga sudah dihantar dan sekarang menantikan pelepasannya. Safee akan menjalani latihan berasama pasukan utama Cardiff City"

Tengok Buletin Sukan, Coach QPR pulak bersuara yang Safee Sali seperti David Beckham Malaysia, pergh...boleh tahan pujian melambung dari Neil Warnock tu yer...

Pastu dia puji jugak Jurulatih K. Rajagobal yang telah dikenali katanya, nampaknya kontrak Datuk K. Rajagobal untuk bimbing skuad Malaysia pastinya untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Dapatlah dunia Bolasepak Malaysia melahirkan satu pasukan yang stabil dan berdaya saing!

Berbalik pada berita Safee Sali pergi ujian Cardiff City nanti, 2 minggu pulak tu kan... kalau tengok ayat, cakap JEMPUTAN, tapi takkan JEMPUTAN jer kot...tawaran dan jemputan pun lebih kurang jer kan...hehehe... harap-harap, ini peluang terbaik buat Safee Sali menunjukkan bakat di medan Liga Perdana Inggeris bersama Cardiff City, sementara menunggu Piala Malaysia habis Safiq Rahim pula bakal menyertai latihan bersama Cardiff City!...

Syarat untuk beraksi di England sangat ketat jika hendak bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu pasukan Negara Malaysia hendaklah berada dalam ranking 70. Tetapi untuk Liga Divisyen pula tiada syarat permit kerja yang ketat buat Safiq dan Safee Sali terpilih setelah mempamerkan bakatnya nanti.
Sudah pasti doa rakyat Malaysia bakal mengiringi demi kejayaan mereka berdua membawa nama Malaysia!.

* Dulu QPR pernah berura-ura untuk membawa Apek - Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali beraksi untuk QPR, tetapi terdapat halangan permit kerja yang ketat. Kini peluang datang lagi buat pemain negara!

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!




Safee Sali sertai Cardiff City, Safee Sali terpilih ujian latihan Cardiff City, Safee Sali ke Cardiff City, Cardiff City Called Safee Sali, Malaysian Striker to English Premier League, Malaysians Player to England Club, Cardiff City called Safee Sali, Safee beraksi di Cardiff, Penyerang Import Pelita Jaya ke Kelab England, Penyerang Safee Sali ke Eropah

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.