Sabtu, 31 Disember 2011

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Bulan Januari 2012


Sempena kedatangan 1 Januari 2012, Jadual harian buat Ustaz Azhar Idrus telah pun hampir penuh dengan kuliah agama di masjid dan surau berdekatan kawasan Terengganu. Tetapi dalam bulan Januari 2012, ada juga ceramah Ustaz Azhar Idrus di Selangor dan Negeri Sembilan iaitu pada pertengahan bulan dan akhir bulan. Sama-sama kita nantikan dan jangan lepaskan peluang menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz dari Terengganu ini.

Jadual Kuliyah Agama oleh Ustaz Azhar Idrus
1 Januari - Ahad - (Tiada Kuliah)
2 Januari - Isnin - Masjid Pinah Merah Paka Dungun
3 Januari - Selasa - Masjid Solihin Tmn Permai Jaya Cukai
4 Januari - Rabu - Surau Bukit Bading Ajil
5 Januari - Khamis - Surau Wan Esah Seberang Baruh K.Trg
6 Januari - Jumaat - Surau Pak Tuyu K.Trg
7 Januari - Sabtu - Masjid Banggol Peradung Manir
8 Januari - Ahad - Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
9 Januari - Isnin - Masjid Simpang 4 Cenering K.Trg
10 Januari- Selasa - Surau Ladang K.Trg
11 Januari- Rabu - Surau Bukit Kecik Kuala Terengganu
12 Januari- Khamis - Masjid Batu Buruk K.Trg
13 Januari- Jumaat - Surau Ladang K.Trg
14 Januari- Sabtu - Surau Belakang Stadium Negeri K.Trg
15 Januari- Ahad - Masjid Bandar Baru Senawang, Negeri Sembilan
16 Januari- Isnin - (Tiada Kuliyah)
17 Januari- Selasa - (Tiada Kuliyah)
18 Januari- Rabu - Masjid Pulau Serai Dungun
19 Januari- Khamis - Masjid Batu 6, Kuala Terengganu
20 Januari- Jumaat - Masjid Kijing, Marang
21 Januari- Sabtu - Masjid Titian Baru
22 Januari- Ahad - Surau Flat Gelung Bilal, K.Trg
23 Januari- Isnin - Masjid Pulau Ketam, K.Trg
24 Januari- Selasa - (Tiada Kuliyah)
25 Januari- Rabu - Masjid Al-Falah Sungai Isap Kuantan, Pahang
26 Januari- Khamis - (Tiada Kuliyah)
27 Januari- Jumaat - Surau Ladang K.Trg
28 Januari- Sabtu - Masjid Ar-Ridhuan Ulu Klang, Selangor
29 Januari- Ahad - Masjid Negeri Shah Alam, Selangor
30 Januari- Isnin - (Tiada Kuliyah)
31 Januari- Selasa - Masjid Pengadang Baru, K.Trg

Dijemput saudara yang berdekatan untuk hadir ke majlis ilmu yang dilangsungkan berdekatan masjid-masjid dan surau-surau tuan puan. Tidak kira sama ada ia disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ataupun orang lain. InsyaAllah.



Sumber Gambar Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) dan JKKK Fan Club



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Harga Akhbar Kosmo! Naik Mulai 1 Januari 2012



Kenaikan Harga Barang menjelang awal 2012 telah dimulakan dengan pengumuman kenaikan harga Akhbar Kosmo! mulai 1 Januari 2012. Akhbar Kosmo ! Isnin - Sabtu dinaikkan 20sen dari RM1 kepada RM1.20, manakala Kosmo! Ahad pula naik 10sen dari RM1.20 menjadi RM1.30.


Kalau sebelum ini, Kosmo! dan Sinar Harian menjadi pilihan, tapi Sinar Harian pun dah naik RM1.20 beberapa bulan lepas, 1 Januari pula Kosmo! naik harga... sudahnya bacalah akhbar online @ media elektronik sahaja. itupun tak dapat berita penuh, nak penuh kena beli...hehehe


Ikuti laporan Kosmo! untuk maklumat lanjut

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005



KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari 2012. Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1.
Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi.
Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! danKosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005. Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah.
Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006. Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari.- Sumber Kosmo! Online
Komen Defarhano : Alasan yang diberikan ialah Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi. bakal diguna pakai oleh media cetak dan barang-barang keperluan lain pada tahun 2012 nanti. Bersedialah semua dengan kenaikan harga barang pada tahun 2012 ataupun esok 1 Januari 2012...(",)

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Selamat Tahun Baru 2012 - Tukar Header Blog


Salam pagi Sabtu Terakhir 2011, 


Ape aktiviti hari ni? 31 Disember 2011? aku pon takde aktiviti secara rasminya, disebabkan hari ini hari orang ramai keluar menyambut malam tahun baru 2012 yang bakal tiba beberapa jam je lagi, dan juga aktiviti besar-besaran oleh pihak berkuasa tempatan iaitu PDRM dan JPJ khasnya membuat operasi 'road block' besar-besaran di jalanan sudah pasti tidak melepaskan peluang mengeluarkan 'surat chinta' kepada mereka yang memerlukan...


Aku seakan-akan duduk di rumah jer hari ni.. (",)


Jadi pagi-pagi Sabtu ni, tangan aku menggatalkan diri mengubahsuai header blog ni yang buruk dan expired!... Hari Merdeka 31 Ogos dah lama berlalu...tapi 31 Disember baru aku nak turunkan header blog nih....


Header lama blog sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke-54


Header baru blog yang tak cantik langsung dan simple giler, disebabkan aku rasa dah bosan tengok header yang lama... jadi buat sementara waktu letak lah yang ini, ringan pun ringan...

Jadi, sekian saja coretan ku di pagi ini... dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakyat Malaysia dan Happy New Year 2012 kepada semua visitor blog dari luar Malaysia... chehhh... macam diorang pahammmmmmm....

* Azam 2011 yang mana tak tercapai dibawa ke tahun 2012...check and balance lah yer...Semoga Tahun 2012 lebih memberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buat kita, dan juga ia tahun yang terbaik dari 2011.Amin...

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Jumaat, 30 Disember 2011

Nak Duit? Exabytes mencari 100 blogger! Siapa mahu Cek boleh sertai!





Entri ini mengenai status banner di blog Defarhano ini yang agak kekosongan setelah Iklan dari Exabytes telah dikeluarkan dari blog ini pertengahan Disember 2011 yang lalu, walaupun sepatutnya awal-awal lagi Defarhano keluarkan dari blog ini kerana telah tamat tempoh perjanjian selama 3 bulan yang bermula dari 11 Ogos - 11 November 2011 sepatutnya. Tapi disebabkan kesibukan, maka saya biarkan dan bagi extra selama sebulan tanpa claim apa-apa dari pihak Exabytes Network.


Dan baru-baru ini, nak dijadikan cerita rezeki datang lagi... baru je turunkan Exabytes Network punya banner iklan, dah dapat lagi emel untuk sertai Exabytes 100 Blogger Ads Program. Jadi sama seperti yang aku pernah cerita dulu di entri Jom Buat Duit Dengan Letak Iklan, kita kena hantar laporan trafik harian ke syarikat Exabytes,

Syukur, Alhamdulillah...diterima juga buat kali kedua... dulu waktu nak cuba-cuba letak iklan penaja kat blog, trafik dalam 300 - 1000 sehari, tapi bulan ni, Exabytes bagi tahu yang blog Defarhano ni purata trafik sehari ribu-ribu berpandukan printscreen Unique Visitor yang kita attached kat email. Aku ingatkan ratus ribu sehari...hehehe rupanya baru ribu-ribu jer...



"I would like to confirm with you again, your average traffic a day is roughly xxxx.
We are interested to advertise at the top part of your sidebar, 160x300 or 728x90 below your blog banner.

We would like to offer you at RM60 / 3 months. "



Dulu RM50 untuk 3 bulan, kini dapatlah RM60 untuk 3 bulan, takpa...yang penting ada income juga dari hasil aku berblogging nih... (",)


Tengah tunggu nak cashout Advertlets dan juga Churp-Churp untuk tahun 2012 pulak... dapat setahun sekali Cek dari hasil berblog ni pun dah cukup, tapi orang lain ada yang dapat cashout banyak kali, tengoklah kalau nak minimum senang jelah cashout...tapi aku kalau boleh nak sekali gus macam Bonus hujung tahun gitue....hehehe...


Ok, jom layan cara-cara nak letak iklan syarikat lain di Internet yang sudah pastinya aku bagi dari Exabytes Network. Kat sini Bukti Exabytes bagi Cek untuk kali pertama aku terlibat dengan program nih...


Syarat-syarat minimum nya ialah : 


1. 200 UV trafik minima sehari ke blog korang. Malaysia Mari!!!
2. Hantar print screen UV sebulan yang lepas blog korang ke marketing@exabytes.com.my
- macam aku hantar print screen Google Anylytic (Nuffnang tak pakai dah kat blog ni)
3. Proses ambil 3-4 hari bekerja. (waktu aku hantar cepat jer dia reply)
4. Korang akan dapat borang, untuk disi dan hantar semula.
5. Tunggu banner script dari Exabytes Network untuk diletakkan di blog
6. Bermulalah korang sebagai penyewa tapak ruangan iklan di dunia maya!


Sertai disini Exabytes 100 Blogger Ads Program 


*** Lepas tamat tempoh banner Exabytes Network ni, Ruang berkenaan akan disewakan kepada pihak-pihak yang berkeinginan...hehehe...Exabytes pun sanggup bayar tau, so??? 


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Sabtu, 24 Disember 2011

Konsert Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 - New Year Countdown Celebration

 Tahun 2012 bakal menjelma dalam beberapa hari saje lagi, maka sudah tibalah masanya 2011 melabuhkan tirainya... (",) dan seperti biasa, Negara kita mengamalkan sambutan tahun baru dengan mengadakan Malam Ambang Tahun Baru 2012 yang juga turut disertakan dengan persembahan artis-artis popular dan tak popular Malaysia di pentas konsert itu nanti sebelum pertunjukan letupan mercun bunga api @ fireworks detik 12 malam @ 00:00:00 di lokasi-lokasi yang telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia menyambut pesta...pesta????
Antara tempat yang pasti menjadi tarikan orang ramai nanti mesti di Dataran Merdeka bakal diadakan Konsert Ambang 2012 sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2011 ini anjuran Kumpulan Ambank dengan kerjasama DBKL buat kali ketujuh.

Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2012
Dataran Merdeka
Pada 9.00 Malam 31 Disember
Siaran Secara Langsung di TV RTM2
Persembahan pentas oleh artis : Datuk M. Nasir, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Awie, Mizz Nina, Kumpulan Hujan, dan One Nation Emcees.
Pertunjukan bunga api detik 12 malam.

Wah, agak meriah di Dataran Merdeka, sudah pasti sambutan tahun baru di Bukit Bintang, KLCC Petronas Twin Tower juga semeriah di tempat lain. (Teringat zaman-zaman dulu-dulu... sorang-sorang di KLCC time new year sebab ikut pakcik kerja Putra LRT)

Dan yang paling penting sebenarnya dalam entri ini ialah aku nak bagi tahu korang semua supaya DATANG BERAMAI-RAMAI ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Dataran Shah Alam kan? pada 31 Disember 2011 ini sempena Countdown 2012 yang diadakan. Tempat ini aku syorkan untuk korang berbanding tempat-tempat lain di atas...hehehe...

Klik untuk tumbersaran gambar poster
Antara artis-artis popular dan tetamu jemputan yang hadir ialah Akhil Hay, Shahir, Imam Muda Ashraff, Ustaz Syed Norhisham, Sham Kamikaze, Zizan Raja Lawak dan Ustaz yang mendapat tempat di kalangan orang ramai ketika ini iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Kalau tengok pada jadual persembahan konsert oleh artis jemputan ialah Akhil Hay, Shahir dan Ust. Azhar Idrus... hehe... Ustaz Azhar Idrus buat ape time tu nanti yer.. nak tau, jom pergi beramai-ramai... hehe... kat Shah Alam, siap dapat air mineral percuma lagi... (",)

DATANG JANGAN TAK DATANG KE SHAH ALAM

Semoga sambutan tahun baru 2012 ini disambut dengan sederhana, dan kepada anak-anak muda khasnya, remaja... berhibur lah dengan batasan jangan melampaui batas, jaga diri khasnya wanita, elak jadi mangsa rogol kenalan baru dan lama wokey???...kalau tak nanti paper 2 Januari, masuk akhbar Harian Metro muka utama... dan 9 bulan selepas 1 Januari 2012... bakal bertambahlah kelahiran anak luar nikah di Malaysia...Semoga Malaysia lebih Makmur pada 2012 ini...


Jumaat, 23 Disember 2011

Papa I Love You Movie | Synopsis | Trailer




Sinopsis Papa I Love You | Trailer Filem Papa I Love You

Filem Papa I Love You ini bakal ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia mulai 29 Disember 2011 dan aku masih lagi di antara insan bertuah dapat tengok percuma filem dari David Teo disebabkan dapat 3 pass masuk ke Pratonton Filem Papa I Love You bersama Artis yang bakal ditayangkan beberapa hari sebelum Tayangan Umum minggu depan di MBO Parade pada tarikh aku terpaksa (kekadang 2 pas, kekadang 3 pas..apa-apa pun kali ni, sambutan hangat sebab ada Lisa agaknye...mungkin selepas ini aku tak dapat tiket dah kot...hehe...bagi orang lain pulak kan...)

Rasa hati aku teringin sangat nak tengok jalan cerita Papa I Love You ni, sebab dah lama dia punya Trailer kita asyik tengok jer kat pawagam. Tengok macam best... (",) Dapat tengok ngan Artis lagilah best... sebelum-sebelum nih, pergi pratonton tak sempat nak bergambar dengan Lisa Surihani pun, kekadang aku pergi mood nak bergambar pulak takde...huhuhu...

Perancangan dah baek punya nak pergi tengok Pratonton ni kali ni, sebab Pratonton Alamak Toyol, aku dapat juga pas , tapi tak dapat join..so kali ini last minit juga tak dapat pergi sebab Keluarga diutamakan (",) Tarikh pratonton tersebut aku berada di Utara tanah air bersama keluarga, kan Cuti Krismas panjang... hehehe.... jadi tiket pas pratonton tersebut telah ditempah khas oleh insan tersayang....so kepada kawan-kawan yang booking tiket dari aku, mintak maap la yer, tak dapat...hehehe

So layankan ajelah yer, sinopsis Papa I Love You kat bawah ni yer... dan tunggu 29 Disember 2011...rugi tiket pratonton aku camni, rugi 1 entri tak dapat buat review Papa I Love You...huhu.. ;-( Frust....huhuhuhu

Sinopsis Papa I Love You :

Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

Pengarah Filem Papa I Love You
Hashim Rejab

Pelakon Utama Papa I Love You
Lisa Surihani sebagai Elly (Pelakon Utama)
Mia Sara Nasuha sebagai Mia Sara (Pelakon Utama)
Zalif Sidek sebagai Baha (Pelakon Utama)
Zaidi Omar sebagai Datuk Kudin (Pelakon Pembantu)
Bob (KU2)@Kuman sebagai Bos (Pelakon Pembantu)
Syanie sebagai Tuan Rumah (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack sebagai Penarik Kereta (Pelakon Pembantu)

Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar:(Pengarah Fotografi)
Hasnizar Ithnin:(Pengarah Seni)
Brian Ng:(Penyunting)

Penerbit:
David Teo:(Penerbit)

Trailer Papa I Love You







Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!
Papa I Love You, Youtube Papa I Love You, barisan pelakon Filem Papa I Love You, Filem Papa I Love You, sinopsis Filem Papa I Love You, review Filem Papa I Love You, jalan cerita Filem Papa I Love You, pelakon utama Filem Papa I Love You, pengarah Filem Papa I Love You, watak baha Papa I Love You, watak Lisa Surihani dalam filem, tiket tayangan Filem Papa I Love You, kutipan tiket Filem Papa I Love You, Malay Comedy movies, Filem Komedi Romantik, Watak Mia Sara dalam Filem Papa I Love You, Watak Mat Saja dalam Filem Papa I Love You, Selebriti Kontroversi Berpelukan dalam Video Klip

Jadual Tarikh Bayaran Gaji 2012 Kakitangan Awam



Berikut merupakan tarikh bayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan pada tahun 2012. Pekeliling Jadual Gaji 2012 ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada awal Disember yang lalu. Bolehlah tengok bila gaji masuk setiap bulan pada tahun 2012 nanti untuk perancangan Cuti-Cuti Malaysia / Luar Negara atau membuat pilihan tarikh untuk mengadakan kenduri-kendara... Rujuk juga Jadual Cuti Sekolah 2012 disini.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2012
BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN / PERAYAAN
Januari 2012
16.01.2012
ISNIN
(Tahun Baru Cina 23 & 24.01.2012)
Februari 2012
23.02.2012
KHAMIS
credit to defarhano 
Mac 2012
22.03.2012
KHAMIS

April 2012
25.04.2012
RABU

Mei 2012
23.05.2012
RABU
(Pesta Menuai 30 & 31.05.2012)
Jun 2012
25.06.2012
ISNIN
(Hari Gawai 01 & 02.06.2012)
Julai 2012
25.07.2012
RABU

Ogos 2012
13.08.2012
ISNIN
(Hari Raya Puasa 19 & 20.08.2012
September 2012 
25.09.2012
SELASA

Oktober 2012 
22.10.2012
ISNIN
(Hari Raya Haji 26.10.2012)
November 2012
06.11.2012
SELASA
(Deepavali 13.11.2012)
Disember 2012 
18.12.2012
SELASA
(Hari Krismas 25.12.2012)

Gaji akan masuk awal sebanyak 4 kali pada tahun 2012 iaitu di bulan Januari, Ogos November dan Disember.


16hb Januari 2012 untuk Perayaan Tahun Baru Cina 23 & 24/1
13 Ogos 2012 untuk menyambut Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos,  
6 November 2012 sebelum Perayaan Deepavali 13/11 dan 
18 Disember 2012 sebelum Perayaan Hari Krismas 25/12.


Untuk baca Pekeliling Gaji Bulanan 2012 yang mempunyai isi kandungan seperti:


1. Tarikh Pembayaran Gaji 2012 
2. Peraturan Pembayaran Gaji 2012


Sila download pekeliling berkenaan termasuk tarikh jadual bayaran gaji PDF type di link di bawah.

Download


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!



Tarikh Gaji Kerajaan 2012, Tarikh Gaji 2012, Tarikh Gaji Kakitangan 2012, Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2012, Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2012, Bayaran Gaji Tahun 2012, Bayaran Gaji 2012, Tarikh Masuk Gaji 2012, Tarikh keluar Gaji 2012,

Khamis, 22 Disember 2011

Gambar Mata Wang Kertas Baru Dan Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Gambar reka bentuk wang kertas terbaru Malaysia

Amacam? cantik tak gambar not wang kertas baru yang bakal diguna pakai di pasaran matawang Malaysia ini pada pertengahan tahun 2012 nanti? Tengok balik gambar duit kertas berkenaan ala-ala duit RM50 yang kita tengah guna pakai, berbeza pada warna wang kertas sahaja. Ia dikeluarkan dalam bentuk note wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Paling best bagi aku ialah bila tengok wang kertas RM20 kembali berada dalam pasaran matawang tempatan ini. Siapa ada simpan duit lama RM20 yang bewarna coklat??? nostalgia betul... Tapi sayang pula not RM2 sudah tidak dikeluarkan lagi penggantinya...

Duit syiling baru pula aku tak tengok lagi sebab ianya akan diedarkan mulai Januari 2012. Jadi bolehlah tukar duit syiling kat bank banyak-banyak yer... eh...eh... nak buat ape pulak...(",) tunggu je nanti dapat duit baki bile shopping sudah...

Petikan dari Harian Metro Online 21 Disember 2011

Perdana Menteri lancar reka bentuk wang kertas baru


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan. Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.
Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Sumber Gambar duit kertas baru: Aizuddin Saad dan Sinar Harian.
Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Siri Baru
UPDATE 2012: Gambar Not Duit Kertas Baru 2012 Tukaran Duit Hari Raya

Gambar Duit Kertas Baru 2012, Gambar Wang kertas Baru 2012, Corak Baru wang Kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 pada 2012, Gambar Duit Syiling baru 2012

Senarai Pemain Bolasepak Selangor 2012 | Selangor Football Player 2012


Berikut merupakan Senarai Pemain Pasukan Bolasepak Selangor bagi Musim 2012 yang bakal turun merebut kejuaraan Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia ke-33. Terdapat ramai pemain-pemain baru yang dibawa masuk termasuk pemain import oleh Pasukan Selangor.


Berikut barisan pemain Selangor lengkap dengan nombor jersi pemain Selangor musim ini.


Barisan Pemain Pasukan Selangor 2012


Penjaga Gol
1. Mohd Fairul Azwan Shahrullai
21. Norazlan RAZALI
22. G. JEEVANANTHAN

Pemain Pertahanan
2. Md Hasmarul Fadzir
3. Mohd Razman Roslan
4. Mohd Asraruddin Putra Omar
5. Ramez Jamal Dayoub - Import
6. Mohd Nasriq Baharom
15. P. Gunalan

Pemain Tengah
7. Adib Aizuddin Ab Latif
8. Safiq Rahim
9. Solihin Kanasian
12. Mohd Bunyamin Umar
13. K. Gurusamy
16. Khairul Anuar Khalid
18. Azidan Sarudin
20. Mohd Amirulhadi Zainal
24. Mohd Fitri Shazwan
25. Fazilidin Khalid

Pemain Penyerang
10. Bosko Balaban
11. Famirul Asraf Sayuti
17. Mohd Amri Yahyah
19. Wan Mohd Hoesne Wan Hussain
23. R. Surendren

Pengurusan Selangor
Pengurus Pasukan – Dato Mokhtar Ahmad
Penolong Pengurus – Dato S. Sivasundram
Ketua Jurulatih – Irfan Bakti Salim
Penolong Jurulatih – P. Maniam
Pembantu Jurulatih – M. Farhan
Jurulatih Penjaga Gol – Azmin Azram Aziz


Digugurkan Musim 2013

Blaise Lelo Mbele - Import
* Gambar diedit dari SelangorFC.Com

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Team Selangor,Senarai Pemain Selangor 2012, Barisan Pemain Selangor 2012, Selangor FA 1st Eleven Team, Pemain Selangor Musim baru, Sedlangor beli Pemain Baru 2012, Nombor jersi pemain Selangor, Nama Pemain Penyerang Selangor FA, Pertahanan Selangor, Penjaga gol Selangor, Selangor Club New Jersey, Player Selangor with Number, Full List Selangor 2012 Player, Jersi pemain bolasepak Selangor, Pemain Import Selangor Baru 2012,

Rabu, 21 Disember 2011

Tukar Banner Exabytes dengan Banner Lain, Banner Apa Ye Nak Letak?


Telah lama rasanya aku nak turunkan Iklan dari Syarikat Exabytes Network yang sudah tamat tempoh pada 11 November 2011 yang lalu dari blog ini. Bayaran Cek dari Exabytes pun sudah lama dapat untuk penyewaan tapak selama 3 Bulan di blog ini. Cuma aku tak kesampaian, tak sampai hati nak biar ruang banner yang disewa tu kosong jer, sebab tue aku secara bermurah hatinya membiarkan sahaja Iklan dari Company berkenaan berlegar² di blog ini.


Jadi hari ini tepat 21 Disember 2011, secara rasminya aku menurunkan Iklan Exabytes Network dan diganti dengan banner aku sendiri iaitu dari X-Co. Inipun setelah mendapat teguran dari member yang mengata aku memberi trafik percuma kepada Exabytes Network dengan tanpa bayaran dari Exabytes.


Selepas ini mungkin nak sewakan ruang banner di atas dan tepi blog ini. Chewahhhhh, macam ada jer yang nak sewakan? poyo sendiri plak...


Tapi kalau ada sesiapa nak menyewa ruang banner 728x90 dan juga 100x100 di tapak blog ini bolehlah berhubung ngan saya yer. hehehe... .(",)


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Selasa, 20 Disember 2011

Kadar Dividen ASB 2011 - Dividen 7.65 sen, Bonus 1.15 sen seunit


Syukur, Alhamdulillah... kadar Didiven ASB 2011 meningkat 0.15 lagi berbanding tahun 2010 7.50, Dividen ASB 2011 - 7.65 dan Bonus 1.15 sen seunit kepada mereka yang membuat simpanan pelaburan di ASB. (",)


Dan untuk maklumat juga, 3 Januari 2012 barulah boleh semua orang pergi ke bank membuat pengemaskinian akaun ASB masing-masing. Dan yang paling tak sabar, kepada mereka yang ingin membawa keluar Dividen ASB tahun 2011 ini yang dapat tinggi lagi... 


Mesti dah ada perancangan kan nak buat apa dengan pendapatan asb tersebut???



Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit


KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.


Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

Sumber: Bharian Online.
Credit Pic to wanwidget.com

Ahad, 18 Disember 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bandar Baru Bangi Satu Fenomena!

Syukur Alhamdulillah, disebabkan semalam 17 Disember 2011 aku diberi kesempatan untuk hadir ke Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali Masjid Hijau yang terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 untuk menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Selebriti yang mencipta fenomena kini mendapat sambutan hangat dari setiap penduduk tempatan di Lembah Klang, iaitu Ustaz Azhar Idrus yang berasal dari Terengganu.

Ustaz Azhar Idrus menyampaikan Kuliah Maghrib sejak selepas solat Maghrib dan sehingga ke jam 10.00 malam. Aku rasa amat gembira sekali, kerana ini adalah kali pertama dapat mendengar ceramah agama secara live dari Ustaz Azhar Idrus yang amat dikenali ramai melalui youtube mahupun facebook.

Acapkali terdapat pengguna-pengguna facebook yang berkongsi video-video pendek berkenaan ilmu agama dari Ustaz Azhar Idrus ini.

Aku ke Masjid Bangi ini sebelum jam 7.00 malam terpaksa parking jauh dari kawasan masjid dan tidak menyangka akan berlaku kesesakan trafik untuk parking. Tapi aku bersyukur, dapat juga duduk di dalam Masjid dan tengok sendiri Ustaz Azhar walaupun dari jauh. (",).

Setelah pulang ke rumah, aku online facebook dan mendapati berita-berita berkenaan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bangi mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih dari 20,000 umat manusia yang terdiri dari golongan muda, baik muslimin mahupun muslimat yang datang untuk mencari ilmu agama dari seorang Ustaz. Aku duduk dalam Masjid, tak tau perkembangan orang ramai diluar.. Diberitakan Abby Abadi turut hadir mendengar majlis ilmu berkenaan.


Dana kutipan jihad untuk pembangunan juga mencapai RM50,000 ribu ringgit dalam satu malam yang dilancarkan di Masjid berkenaan. Saksikan gambar di bawah, dimana jawatan kuasa yang terlibat sedang membuat kiraan wang derma.


Semoga program-program ilmu sebegini terus berterusan dan mendapat tempat di hati masyarakat Islam khususnya anak-anak muda yang sedang membangun supaya tidak leka dalam dunia kita sekarang ini yang penuh pancaroba... (",)

Akan ku nantikan Ustaz Azhar Idrus di sekitar Lembah Klang untuk sekian kalinya... Insya Allah...

Untuk lebih gambar Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Bangi, Sila ke Facebook Suara Masjid Al-Hasanah
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Sabtu, 17 Disember 2011

Surau di Putrajaya Dipecah Masuk Pencuri!



Astagfirullahaladzim, apa nak jadi orang zaman sekarang ni??? Tak dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk...Surau sebagai tempat umat Islam beribadat kepada Allah S.W.T dan memberikan sumbangan amal-jariah untuk pembangunan pendidikan Islam itu sendiri telah dipecah masuk oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Mengikut maklumat yang aku terima, Surau Jumaat di Presint 8, Putrajaya telah dipecah masuk oleh pencuri a.k.a penyamun menjelang pagi Sabtu 17 Disember 2011. Kalau sebelum ini Surau di Presint 11 dipecah masuk pencuri...


Banyak juga kerugian yang dialami oleh Surau Presint 8 berkenaan, di antara barang-barang yang dilarikan oleh pencuri berkenaan ialah Komputer Riba (Laptop), Desktop CPU, LCD Monitor dan juga kumpulan duit syiling hasil kutipan surau berkenaan yang dipecahkan peti simpanannya.


Mujurlah wang hasil kutipan dari orang ramai yang hadir ke Solat Jumaat telah selamat simpan di bank mahupun di tempat lain. Kalau tidak, dengan duit tu sekali penyangak ni curi.


Bila aku dengar kes macam ni, tiba-tiba teringat terus dekat Video Maharajalawak Jozan Minggu ke-4 yang lawak diorang menyaksikan Johan dan Zizan menggunakan cahaya lampu pentas dan aksi gegar-gegar tabung surau dalam lawak pecah tabung surau...  Layan Video Youtube di bawah




Siapalah yang punya angkara memecah masuk dan mencuri barang-barang di Surau berkenaan ni ya...? Tak takut langsung mencuri di rumah Allah...



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Jumaat, 16 Disember 2011

Sekali Sekala Makan Kebab

Dah lama rasa tak makan kebab kat kafe bawah, jadi menu aku waktu lepak² minum petang tadi ameklah kebab blackpepper @ chicken blackpapper. Bab harga murah je RM5.50 (",)...Biasa minum petang Milo Ais + Roti Cream or Pizza yang RM 1.80 tu...hari ini terliur lak tengok...hehehe

 
Nah! ni gambar isi dalam kebab tue...huhu....saje bukak, ala-ala Twister KFC plak... (",) kenyang la juga...


Hari ini kat office tadi agak rileks, disebabkan ramai staff yang pergi kursus dan juga bercuti kot, sebab suasana cool jer takde mengganggu kehidupan aku di office. (",) tapi aku pulak yang tak dapat selesaikan masalah aku yang sepatutnya aku kena selesaikan dengan cepat...sebab orang berkaitan asyik terlibat dengan meeting, pergi putrajaya urus hal perumahan dan lain-lain lagi... adoiii, x siap ler surat aku gamaknye...


Berbalik pada bab kursus tadi sepatutnya aku boleh juga pergi kursus lagi, tapi tak larat lak badan minggu ni nak gi kursus kan, dah pergi ke 4 tempat sebelum nih, termasuk Pulau Tioman, Cameron dan Taman Negara...hehehe.... jadi bagilah peluang pada mereka yang belum keluar kawasan liputan lagi, ye tak?...


Oklah, ni jer kot karutan petang nih, mood Happy bila tengok PageView blog berbanding entri semalam semakin meningkat...huhu...




Ni baru dapat dalam 40,000 Pageview sehari...Kalaulah dapat 100k pageviews dan juga keatas Unique Visitor sehari mesti lagi seronok kan...dapat rasa macam blogger² popular tue... kalau nak 100k boleh, tapi nanti isi blog dah jadi blog rojak...hehehe....


Tapi apa-apa pun, teruskan usaha berblog...itu aje...


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Khamis, 15 Disember 2011

Trafik Blog Tinggi Bulan Disember. TQ To ALL


Syukur Alhamdulillah, 
Blog ni dapat respon yang baik dari orang yang berkunjung.... Hari ini dah cecah 620614 hits! kalau tengok pergerakan nombor, dah macam main game yang samakan jenis buah tue... bukan senang blog aku nak cecah tahap camni, macam blog Jejariruncing waktu dikaitkan isu-isu panas Khairul Fahmi (apex) dengan tunangnya....huhuhu tapi time tu lagi laju gila....


Aku akan cuba menyampaikan maklumat dan bercerita mengikut pengolahan aku sendiri... 


Peace \"/


Sebelum ni Trafik Pageview Blog ini hanya sekitar 2000 ke 4000  sehari, tapi masuk bulan Disember dapatlah naik hampir 30,000 page view sehari... Unique Visitor pulak lupa nak check...


Tak kisah berapa banyak pelawat yang datang ke blog kita pun, asalkan kita terus menulis dan berkarya, ada yang cakap aku syok sendiri kalau orang tak baca apa yang aku tulis...eh??? eh???...ini blog aku kan??? a.k.a Diary aku kan???... takpelah kalau aku tak promosikan secara hangat di pasaran pun... bergerak bawah tanah pun dah cukup...hehehe... ada juga yang datang jenguk blog ni tiap-tiap hari kan....


"aku rasa gembira kalau maklumat yang aku cuba sampaikan, orang lain pun dapat input sama...."


Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat, membaca dan mengambil fakta dan auta di blog aku...tetapi jangan sampai terkantoi, meniru, menciplak bulat-bulat ayat-ayat cinta yang aku taip sudah...sebab aku dah dapat tau, beberapa entri aku telah dicopy-paste secara haram tanpa meninggalkan kredit kepada pemilik pun...huhu....




* kebelakangan ni Busy skit nak update personal story-mory kat blog nih....(",)
sebenarnya takde idea nak update blog time nih...hahaha... 


** ini bukan entri berlagak ataupun poyo, tapi entri untuk membangkitkan semangat aku utk. terus berblogging...huhu...semangat korang camne???
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!