Header Ads

Kadar Kenaikan Gaji Baru SBPA 2012 Tuntutan Cuepacs

Jadual Gaji Baru SBPA 2012 belum lagi keluar, tapi biasalah, semua penjawat awam ternanti-nanti akan jumlah sebenar kenaikan gaji selepas dikaji semula dalam tempoh 3 bulan. Blog ini pun dah menerima ratusan ribu pelawat bulan ini mengenai SBPA. Harus diingat, tempoh 3 bulan bakal berakhir 16 April 2012. Jadi masih terlalu awal untuk berkira-kira mengenai kenaikan gaji terbaru SBPA ini setelah ditangguh sejak Januari 2012.

Berikut merupakan maklumat terkini kenaikan gaji mengikut gred gred dalam perkhidmatan awam berkaitan Gaji Baru SBPA tuntutan CUEPACS kepada Kerajaan Malaysia demi membela nasib kakitangan kerajaan Gred 54 dan ke bawah.
Kadar Kenaikan Gaji Baru SBPA Tuntutan CUEPACS
Gred 1 hingga Gred 16 : + RM700
Gred 17 hingga Gred 26 : + RM1000
Gred 27 hingga Gred 40 : +RM1500
Gred 41 hingga Gred 48 : +RM1800
Gred 52 hingga Gred 54 : +RM2500


"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini. -Presiden CUEPACS  

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga Gred 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Kalaulah tuntutan CUEPACS ini benar-benar menjadi kenyataan, sudah pasti seluruh kakitangan awam akan gembira dengan keputusan gaji baru SBPA yang bakal diumumkan nanti.
Jangkaan Defarhano: 1/2 dari Jumlah Kenaikan Gaji Baru SBPA yang diminta Cuepacs mungkin akan diguna pakai kelak, kerana sebelum ini segala tuntutan CUEPACS hanya diberikan separuh sahaja, tidak sepenuhnya... (",)
Contoh : Gred 17 hingga Gred 26 : kadar kenaikan RM500 bukan RM1000.
Tapi kalau benar² semua tuntutan SBPA Cuepacs kali ini berjaya, korang semua patut belanja Tuan Presiden Cuepacs Open Table Roti Canai 1X... (",)
 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.