Isnin, 13 Ogos 2012

Jadual Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2012


Seperti kebiasaan setiap tahun, para pemimpin di Malaysia akan membuat majlis rumah terbuka bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri 2012 ini bersama-sama dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat. 

Berikut adalah jadual rumah terbuka yang dapat disenaraikan melalui maklumat rasmi. Semua dijemput hadir ke lokasi majlis... dengan adanya senarai ini memudahkan orang ramai yang mencari-cari bila tarikh pemimpin kesayangan buat open house.

Hari Raya Pertama
Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Jemaah Menteri
mulai 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang
(Bas Nadi Putra disediakan percuma)
di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya


Rumah Terbuka di Istana Negeri, Kubang Kerian
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra
Selepas Solat Sunat Aidilfitri
10.00 pagi - 12.30 tengah hari


Istana Terbuka Aidilfitri Istana Besar Seri Menanti
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
10.30 pagi hingga 2.30 petang - Link Jemputan

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 Kerajaan Negeri Sembilan
10.00 pagi hingga 2.00 petang
Di Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri - Link Jemputan

Rumah Terbuka Menteri Besar Kelantan
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Selepas Solat Sunat Aidilfitri
di Kampung Pulau Melaka


Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Perak
Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir
3.00 hingga 6.00 petang
di Kediaman Rasmi Jalan Raja Di-Hilir.

Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor - Link
Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Selangor 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
11.00 pagi hingga 3.00 petang
Dataran Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.


Rumah Terbuka Ketua Polis Negara (KPN)
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar 
Ketua Polis Negara
9.00 pagi hingga 2.00 petang | 19 Ogos 2012
Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman - Link Jemputan

Hari Raya Ketiga
Rumah Terbuka Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
di Darulfalah, Batu 11, Jeli pada hari raya ketiga mulai jam 10 pagi.

Hari Raya Keempat
Rumah Terbuka Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri Kewangan,
di Dewan Haji Hussein, Perupok, Bachok, Kelantan

Hari Raya Ketujuh
Majlis Rumah Terbuka Negeri Kedah
Rumah Terbuka YAB Menteri Besar Kedah 2012
YAB Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
25 Ogos 2012 / 7 Syawal 1433H (Sabtu)
11.00 pagi hingga 4.00 petang
di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentalon


Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Negeri Sembilan
MB Datuk Seri Mohamad Hasan
25 Ogos 2012
10.00 pagi hingga 5.00 petang
di Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan - Link Jemputan

Majlis hari terbuka Aidilfitri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Parlimen Jelebu 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 
di padang Pasar Tani Kuala Klawang, Jelebu 
pada 13 September 2012 mulai 7.30 malam. Link Jemputan

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 Kerajaan Negeri Perak 
16 September 2012 - Sempena Hari Malaysia
3.00 hingga 6.30 petang
di Dataran Ipoh, Perak

Rumah Terbuka Datuk Seri Najib Tun Razak (Ahli Parlimen Pekan)
di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang 
pada 26 Ogos 2012. 10 pagi hingga 2 petang.

Rumah Terbuka Datuk Shaziman Abu Mansor,
Menteri Kerja Raya
di Padang Serbaguna Tampin, Negeri Sembilan
2.00 hingga 5.00 petang pada 25 September 2012 - Link

Sekian senarai Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 yang dapat saya paparkan, untuk sebarang tambahan, sila jemput saya untuk makan di (",) blogger@defarhano.com ...  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. MzB

Sumber Image : Utusan Malaysia
Sumber Maklumat : Bharian dan lain-lain
Komen Defarhano: Banyaknya rumah terbuka pemimpin kita ya? Makan-makan tu beringat juga ada sakit ke, darah tinggi ke...jangan main makan aje tau... Like n Share Kepada Kawan² yang tak tahu yer

Jadual Rumah Terbuka 2012, Rumah Terbuka Malaysia 2012, Rumah Terbuka Aidilfitri 2012, Senarai Tempat Rumah Terbuka 2012, Rumah Terbuka Menteri Besar, Rumah Terbuka Aidilfitri Pemimpin Malaysia, Hari Raya Open House 2012 Celebration, Malaysia Open House hari Raya,

Video Iklan Raya Petronas 2012

Iklan Petronas saban tahun menjadi penyeri rancangan Iklan Televisyen di Malaysia bila tiba sesuatu musim perayaan. Ianya antara yang terbaik dihasilkan buat rakyat Malaysia merasai, menikmati dan meraikan suasana perayaan yang dinantikan.

Untuk tahun 2012, video klip iklan hari raya Petronas tayangan youtube ini tempoh masa tayangan dia agak panjang sehingga 14 minit mengenai Ramadhan di Uzbekistan.

Video Iklan Hari Raya Aidilfitri 2012 dari Petronas

Komen Defarhano: Masih teringat lagi iklan raya petronas lembu yang mak dia suruh cari hati, daging, limpa tu... ingat tak? dan burung murai....

Khamis, 9 Ogos 2012

Tiba-Tiba Sesak Nafas, Ujian DariNya

Tengok ubat kat atas tu ada 5 jenis... adoiyai, terpaksa lah minggu ni layan ubat termasuk ubat batuk. Antara banyak-banyak ubat kat atas ada 1 jenis yang saya tak suke, tapi ramai orang lain suka...huhu (",)

Ubat ini dapat semalam, eh bukan dapat, tapi kene bayar...huhuhu
itulah badan demam sejak hari Selasa lagi, datang-datang je office terus mood badan lari. Mungkin sistem penghawa dingin kat tempat saya bekerja tu bermasalah, eh bukan mungkin, tapi memang bermasalah, tapi yang datang repair tu buat-buat tak faham.

So Isnin dah demam, badan tak sedap... pastu malam Isnin tu, teruk dengan batuk-batuknye... rasa macam nak sesak nafas, tidur seharian pun tak lena...
tapi pagi Rabu tetap pergi kerja.

Akhirnya tengah hari minta kawan hantar gi Klinik sebab dah sesak nafas sangat-sangat. Kalau ikut sejarah kesihatan... 6 tahun lalu je...

Ambil gas selama 30 minit, sian kawan tunggu kat luar... 
So pergilah Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, ambil nombor dan tunggu giliran di panggil, Bila masuk je dalam bilik jumpe doktor, dia kata lain kali terus mintak masuk gas - benda yang letak kat mulut tue...(bantuan pernafasan).
Doktor cakap ni asma, ada inhaler??? huh... mengeluh...sebab memang takde alat-alat tu semua sebab memang takde asma, takde lelah... hahaha...

Sebelum sesak nafas ni cakap kat doktor yang saya tanda-tanda awal demam,selsema,bersin dan seterusnya jadilah macam ni...tak tahu la pulak jadi camni kan... tapi aku rasa mesti sebab kahak banyak ni, tu yang sesak nafas...hehehe

Dapat MC sehari, tapi cakap dengan doktor, takpelah...dah separuh hari pun... huhu...



Ini pula ubat yang paling saya tak suka makan tapi ramai orang yang gian makan ubat batuk ni, apalah yang sedap sangat???
Jenuh nak habiskan 6 biji pil dari 4 paket ubat tue... harap-harap dapatlah habiskan semuanya dan tak berulang lagi penyakit ini. 

Tapi, bukankah kedatangan penyakit itu untuk penghapus dosa, Mungkin doa dah dimakbulkan Allah, jadi Allah beri ujian kat diri ini... 
Syukur Alhamdulillah, semakin pulih dari dugaan yang diberikan olehNya..


Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Muslim)
Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
sumber

Tak Terlepas Set Gelas Biru Mc Donald's


Disebabkan Gelas Oliympics London 2012 Mc Donald's keluaran ke-4 bewarna biru ini keluar pada 27 Julai 2012 iaitu minggu pertama kita berpuasa, maka tiada lagilah defarhano ke Mc D berdekatan bersama kawan-kawan.

Dan kalau ikutkan Jumaat ini dah nak masuk 2 minggu, tapi saya pergi juga hari selasa yang lepas iaitu 7 Ogos dengan harapan masih ada stok lagi disebabkan sekarang bulan puasa orang tak berapa ramai ke Mc Donald's. (",)
Pergi dekat jam 6 petang, nasib dah time set dinner 6pm-9pm tue...(",) take away jelahkan... bulan puasa, takkan nak makan kat situ...huhu

Jadi dapatlah mengumpul Gelas edisi ke-4 walaupun Gelas Warna Pink dah keluar Jumaat minggu lepas 3 Ogos. Yang tu belum beli pulak, lupa nak cakap dengan cashier tu 2 set berlainan warna...


Komen Defarhano: Agak-agak bulan puasa ni ramai ke yang makan kat luar??? makan dengan keluarga dirumah lebih afdhal kan, lagi-lagi makan masakan mak dan isteri?(",) tapi apa-apa pun bazaar ramadhan tetap laris... hehe


Jumaat, 3 Ogos 2012

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Ogos 2012


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus bagi bulan Ogos 2012 telah pun keluar. 11 Ogos 2012 ada Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan disambung pada Kuliah Subuh di Masjid Negeri Shah Alam. Sila semak tempat ceramah Ustaz Azhar Idrus yang berdekatan anda!. 
Jom Gi Kuliah Ustaz Azhar Idrus !~


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Bulan Ogos 2012
1 Ogos - Rabu (Tiada Kuliyah)
2 Ogos - Khamis (Tiada Kuliyah)
3 Ogos - Jumaat di Stadium Kota Baru Kelantan (5.30 ptg)
4 Ogos - Sabtu (Tiada Kuliyah)
5 Ogos - Ahad di Masjid Banggol Peradung (5.30 ptg)
6 Ogos - Isnin di Surau Wan Esah (5.30 ptg)
7 Ogos - Selasa (Tiada Kuliyah)
8 Ogos - Rabu di Surau Bukit Bading Ajil (5.30 ptg)
9 Ogos - Khamis di Istana Kelantan Kota Bharu (12 mlm)
10 Ogos - Jumaat (Tiada Kuliyah)
11 Ogos - Sabtu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (10 mlm)
12 Ogos - Ahad di Masjid Negeri Shah Alam (Kuliyah Subuh)
            - Ahad di Masjid Ar-Ridhuan (5 ptg)
13 Ogos - Isnin (Kuliah Tertutup)
14 Ogos - Selasa (Tiada Kuliyah)
15 Ogos - Rabu di Pondok Taman Islam Kemaman (5.30 ptg)
16 Ogos - Khamis di Masjid Jaya Gading Bt. 9 Kuantan (5.30 ptg)
17 Ogos - Jumaat (Tiada Kuliyah)
18 Ogos - Sabtu di Masjid Titian Baru Atas Tol Trg (5.30 ptg)
19 Ogos - Ahad (Tiada Kuliyah)
20 Ogos - Isnin (Tiada Kuliyah)
21 Ogos - Selasa (Tiada Kuliyah)
22 Ogos - Rabu (Tiada Kuliyah)
23 Ogos - Khamis di Masjid Batu Buruk, Terengganu
24 Ogos - Jumaat di Surau Ladang, Kuala Terengganu
25 Ogos - Sabtu di Surau Belakang Stadium Negeri K.Terengganu
26 Ogos - Ahad di Surau Flat Gelung Bilal Kuala Terengganu
27 Ogos - Isnin di Masjid Pulau Ketam Kuala Terengganu
28 Ogos - Selasa di Masjid Simpang 4 Cenering, Kuala Terengganu
29 Ogos - Rabu (Tiada Kuliyah)
30 Ogos - Khamis (Tiada Kuliyah)
31 Ogos - Jumaat (Tiada Kuliyah)

(Kuliyah jam 5.30 ptg adalah kuliyah berbuka puasa)
Kredit Ustaz Azhar Idrus (Original)

Khas buat pengunjung Defarhano.Com. Saya keluarkan Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus versi Kalendar Kuda tapi tiada gambar kuda tau. InsyaAllah, saya akan buat kalender kuda Ustaz Azhar Idrus ini setiap bulan jika dapat jadual rasmi dari page Ustaz Azhar mahupun FB Ustaz Azhar Idrus (Original).

Kalendar Takwim Kuliauh Ustaz Azhar Idrus Bulan Ogos 2012
(
Sila klik SKIP selepas 5 Saat disebelah atas kanan link download, sila komen di bawah jika ada sebarang masalah muatturun)
Antara Poster Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur


Dijemput saudara yang berdekatan untuk hadir ke majlis ilmu yang dilangsungkan berdekatan masjid-masjid dan surau-surau tuan puan. Tidak kira sama ada ia disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ataupun orang lain. InsyaAllah. 


Jadual Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus Bagi Bulan Ogos 2012, Ceramah/Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Selangor Ogos 2012, Kuliah dan Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Perak 2012, Jadual dan Lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Ogos 2012,
Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2012.

Dah Tukar Duit Raya? Jom Tukar

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti meriah bagi mereka yang 'LAYAK' dapat duit raya dari sanak saudara, tetama kerana Aidilfitri 2012 kali ini didatangkan juga dengan keluaran wang kertas versi baru oleh Bank Negara Malaysia mulai pertengahan Julai 2012. 
 Apa guna keluar duit kertas baru kalau kita tak tukar duit raya pada tahun kepada duit kertas baru di bank berdekatan. Defarhano dah tukar duit raya dalam minggu ini dalam 4 jenis not wang kertas baru seperti dalam gambar di bawah iaitu RM1, RM5, RM10 dan RM20... (",) RM50 dan RM100 belum tukar lagi... Walaupun tahun ini kompeni defarhano tak beri bonus awal, namun demi memeriahkan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya membuat bajet untuk duit raya anak-anak buah dan saudara mara yang dalam kategori 'Layak'. (",)


Berita mengenai Wang Kertas Baru ketika Pelancaran pada Disember 2011
Bila tengok wang kertas baru ini terlampau meriah sangat warnanya, berbanding keluaran sebelum ini. Dan diharapkan kualiti wang kertas baru ini mampu mengatasi versi lama, walaupun kedengaran komen-komen negatif mengenai wang kertas baru ini. 


 Sayang,duit wang kertas RM2 sudah tidak dikeluarkan lagi oleh BNM. Kalau tak, dapat jugalah mengecilkan bajet duit raya...HaHaHa...


Mengenai status penukaran duit raya di Bank-Bank tempatan pula, Bank Muamalat dah boleh tukar duit raya mulai 1 Ogos 2012, bank-bank lain tak tahu pula...Nanti nak pergi tengok Bank CIMB pulak... Harapnya duit baru ini banyaklah stok yang dikeluarkan...Ada kedengaran juga Maybank KL dah habis stok duit baru...Wallahualam...
Komen Defarhano: Berapa bajet yang korang sediakan duit raya tahun ini???4 angka ada tak???huhu...Nak Cikit Boleh???

Rabu, 1 Ogos 2012

Jualan Metrojaya Warehouse Sales Kembali Lagi

Mulai esok 2 Ogos hingga 6 Ogos 2012 akan berlangsung Jualan Murah Metrojaya Warehouse Sales 2012 di PICC dengan harga murah dan diskaun sehingga 70%.

Pelbagai barangan dijual di sana untuk musim raya ini antaranya minyak wangi, barangan kosmetik, handbags, pakaian lelaki dan wanita yang berjenama , barangan rumah dan pelbagai lagi... berdasarkan Metrojaya Sales tahun lalu yang defarhano pergi...
Antara lokasi lain Jualan Gudang Metrojaya ini ialah
Lokasi :Damansara Uptown 
1-12 Ogos 2012 | 11 pagi-8.30 malam
Jualan Raya Metrojaya 
27 Julai - 5 Ogos 2012 | 11 pagi 10 malam
Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor

Komen Defarhano: Tak tahu lagi sempat pergi ke tidak yang Jualan Metrojaya di PICC ni...(",)
Selain itu, Reject Shop juga membuat potongan hebat sempena karnival mega sales yang sedang berlangsung...


Reject Shop Raya Sale 
28 Julai - 21 Ogos 2012
Lokasi Reject Shop berdekatan anda:

KUALA LUMPUR Kompleks Pertama|Ampang Point Shopping Centre|Mid Valley Megamall|Brem Mall Kepong| Metro Prima Kepong| SELANGOR The Mines|Subang Parade|Alamanda Putrajaya Shopping Centre|IOI Mall Puchong|Summit USJ|The Curve|Plaza Metro Kajang|Shah Alam Mall|Bukit Raja Shopping Centre| PULAU PINANG Gurney Plaza|Komtar|Sunway Carnival PERAK Ipoh Parade|Kinta City Shopping Centre| KEDAH Kompleks Star Parade Alor Setar|Central Square Sungai Petani| NEGERI SEMBILAN 9 Avenue, Putra Nilai|Seremban Parade MELAKA Mahkota Parade|AEON Bandaraya Melaka JOHOR Plaza Angsana|City Square|Tebrau City Shopping Centre|Danga City Mall| KELANTAN Kota Bharu Mall PAHANG Mega Mall Kuantan| TERENGGANU Mesra Mall|SABAH Suria Sabah Shopping Mall| SARAWAK Bintang Mega Mall Miri