Header Ads

Gambar Mata Wang Kertas Baru Dan Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Gambar reka bentuk wang kertas terbaru Malaysia

Amacam? cantik tak gambar not wang kertas baru yang bakal diguna pakai di pasaran matawang Malaysia ini pada pertengahan tahun 2012 nanti? Tengok balik gambar duit kertas berkenaan ala-ala duit RM50 yang kita tengah guna pakai, berbeza pada warna wang kertas sahaja. Ia dikeluarkan dalam bentuk note wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Paling best bagi aku ialah bila tengok wang kertas RM20 kembali berada dalam pasaran matawang tempatan ini. Siapa ada simpan duit lama RM20 yang bewarna coklat??? nostalgia betul... Tapi sayang pula not RM2 sudah tidak dikeluarkan lagi penggantinya...

Duit syiling baru pula aku tak tengok lagi sebab ianya akan diedarkan mulai Januari 2012. Jadi bolehlah tukar duit syiling kat bank banyak-banyak yer... eh...eh... nak buat ape pulak...(",) tunggu je nanti dapat duit baki bile shopping sudah...

Petikan dari Harian Metro Online 21 Disember 2011

Perdana Menteri lancar reka bentuk wang kertas baru


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan. Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.
Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Sumber Gambar duit kertas baru: Aizuddin Saad dan Sinar Harian.
Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Siri Baru
UPDATE 2012: Gambar Not Duit Kertas Baru 2012 Tukaran Duit Hari Raya

Gambar Duit Kertas Baru 2012, Gambar Wang kertas Baru 2012, Corak Baru wang Kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 pada 2012, Gambar Duit Syiling baru 2012

5 ulasan:

  1. cantik plak wang kertas rm20 tue...kuning nk oren..
    Duit kertas RM2 masih ade dalam simpanan...hehe

    BalasPadam
  2. wah..cepat je update..baru tgok kat muka depan paper pagi ni,x sempat la nak buat hantaran guna duit baru..kihkihkih..

    BalasPadam
  3. wah, cantik la..macam duit kertas yang main jutaria pulak..

    BalasPadam
  4. @DeQWa ade simpan gak eh RM2? boy pon ade...tp ilang mane tah...huhu

    BalasPadam
  5. @chinta... a ah, cepat jer...hehe...semalam kan cuti, so malam2 dah buat....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.