Header Ads

Kadar Dividen ASB 2011 - Dividen 7.65 sen, Bonus 1.15 sen seunit


Syukur, Alhamdulillah... kadar Didiven ASB 2011 meningkat 0.15 lagi berbanding tahun 2010 7.50, Dividen ASB 2011 - 7.65 dan Bonus 1.15 sen seunit kepada mereka yang membuat simpanan pelaburan di ASB. (",)


Dan untuk maklumat juga, 3 Januari 2012 barulah boleh semua orang pergi ke bank membuat pengemaskinian akaun ASB masing-masing. Dan yang paling tak sabar, kepada mereka yang ingin membawa keluar Dividen ASB tahun 2011 ini yang dapat tinggi lagi... 


Mesti dah ada perancangan kan nak buat apa dengan pendapatan asb tersebut???



Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit


KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.


Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.


Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

Sumber: Bharian Online.
Credit Pic to wanwidget.com

11 ulasan:

  1. alhamdulillah...untung sape ada smpnan kt asb n xusik...:)

    BalasPadam
  2. hihihi...dah berangan dlm kepala hotak nak beli something dah nie ngan dividen asb...
    rezeki tahun 2012...

    BalasPadam
  3. huhuhu..x sbar nak kemaskini buku bulan jan nanti...

    BalasPadam
  4. @DeQWa mesti banyak wawa menyimpan kan... ley blanje la yerk

    BalasPadam
  5. @chinta... x sabar eh?...sabar-sabar...nnt jgn lupe banje kFC...weeee

    BalasPadam
  6. siyes tak reti kire...haha

    ade akaun,tp xla bnyk isinya

    BalasPadam
  7. Hai,banyak ke chinta simpan.leh la belanja nanti ek snack plate KFCpun tak pa ..he he

    BalasPadam
  8. simpanla sikit pendapatan anda untuk masa susah akan datang.Kita tak selalunya senang,dan tak selalunya susah.Tapi adakalanya yang sakit dan susah sepanjang hayat.Allahuaallam

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.